CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8253|Reply: 82

[Jenayah] Perompak Maut Di Tetak Tuan Rumah

[Copy link]
Post time 3-1-2018 10:40 PM | Show all posts |Read mode
Edited by spiderman80 at 29-3-2018 10:29 PM











PEROMPAK MAUT DI TETAK TUAN RUMAH
SEORANG perompak bersenjatakan pemutar skru maut ditetak mangsanya menggunakan pisau pemotong sayur dalam kejadian samun di sebuah rumah di Taman Puteri Wangsa, Ulu Tiram, Johor, 2.45 petang hari ini.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.45 petang oleh orang ramai yang memaklumkan seorang penghuni rumah di Jalan Jenawi 3, Taman Puteri Wangsa cedera di kepala akibat disamun dan bergelut dengan suspek.
"Bertindak atas maklumat itu, sepasukan polis dikejarkan ke lokasi dan apabila tiba, kami dapati mangsa cedera parah di kepala dan pemeriksaan susulan membawa kepada penemuan seorang lelaki terbaring dan meninggal dunia di lorong belakang rumah mangsa.
"Kami membawa mangsa untuk melihat mayat berkenaan dan mangsa mengecam lelaki itu serta mengatakan dialah suspek yang memasuki rumah, mengugut menggunakan pemutar skru dan bergelut dengannya.
"Hasil siasatan awal, mangsa berusia 32 tahun mendakwa rumahnya dipecah masuk oleh suspek lelaki berusia 32 tahun selepas lelaki itu mengumpil tingkap tandas bersebelahan dapur rumahnya itu," katanya dalam satu kenyataan, sebentar tadi.
Menurutnya, suspek memecahkan pintu bilik utama di mana dia berehat ketika itu dan mengugutnya menggunakan pemutar skru supaya menyerahkan semua barang berharga.
Katanya, suspek kemudiannya menggeledah bilik kedua dan ketiga di dalam rumah mangsa dan ketika itu, mangsa hanya menuruti arahan suspek kerana bimbangkan keselamatannya.
"Suspek kemudiannya memaksa mangsa membuka pintu dapur untuk melarikan diri dan ketika itu, mangsa berjaya mencapai sebilah pisau pemotong sayur sepanjang 22 sentimeter sebelum mengarahkan suspek memulangkan semua barang yang dirompaknya itu.
"Suspek enggan memulangkannya sebelum berlaku pergelutan, mangsa luka di bahagian kiri kepala akibat dipukul menggunakan pemutar skru yang ditemui di tempat kejadian manakala suspek meninggal dunia dengan kesan luka di belakang kepala kiri dan kanan dipercayai akibat pisau pemotong sayur yang ditemui di tempat kejadian.
"Selain itu, suspek luka di belakang tangan kiri dari siku ke bawah dan ke atas serta parah di belakang kepala. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk bedah siasat manakala mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk mendapatkan rawatan," katanya.
Menurutnya, pemeriksaan mendapati suspek yang berasal dari Kedah itu mempunyai 14 rekod jenayah lampau membabitkan dadah dan menghalang penjawat awam menjalankan tugas.
Katanya, dalam kejadian itu semua barang mangsa yang dicuri suspek iaitu dompet, wang tunai sebanyak RM730, cincin emas dan telefon bimbit Motorola ditemui semula di poket kiri seluar suspek.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan," katanya.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2018 11:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Mengikut undang2 negara kita mangsa patut dijatuhi hukuman gantung sampai mati.
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2018 11:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Otaku85 replied at 3-1-2018 11:15 PM
Mengikut undang2 negara kita mangsa patut dijatuhi hukuman gantung sampai mati.

So, kita kena biarkan jenayah berlaku tanpa dikacau lah
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2018 01:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Alamak mati la pulok perompaknye..Harap nasib baik menyebelahi mangsa..Takutnye x pasal ke tali gantung..
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2018 02:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by JokesCop at 4-1-2018 02:16 AM
Otaku85 replied at 3-1-2018 11:15 PM
Mengikut undang2 negara kita mangsa patut dijatuhi hukuman gantung sampai mati.


Dalam rumah, self defense lah. Kecuali "negara kita" yg ko maksudkan bukan malaysia.

Tapi ada tricky sikit kes ni, kesan tetakan kat belakang kepala.

Bila baca balik, kes ni sangat hanyir, 2.45pm. Semua kecederaan di belakang badan, siapa yg attack siapa dulu, 2x tetak dikiri dan kanan kepala dibahagian belakang, ini bukan calang2 orang boleh buat? Jiran2 dengar bunyi bising dan buat laporan sedangkan kecederaan tuan rumah boleh buat dia keluar dan minta bantuan.

Aku xnak ckp ape aku spekulasi ni betul, tapi pendakwa raya boleh tanya, "bergelut mcm mana sampai boleh tetak belakang kepala si mati?" atau "betul ke perompak?"
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2018 06:52 AM From the mobile phone | Show all posts
14rekod lampau cmne boleh berkeliaran babi ni?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-1-2018 07:51 AM From the mobile phone | Show all posts
dodolgemok replied at 4-1-2018 06:52 AM
14rekod lampau cmne boleh berkeliaran babi ni?

Terima kasih kpd pejuang civil liberty. Soft approach to crime.

Kununnya didik tu penting.tak boleh corporal punishment. Pakaiguna sistem parol.

Ini la hasilnya. Dumbassses.
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2018 07:54 AM | Show all posts
mati pulak perompak tu..
jgn tuan rumah kena hukum gantung pulak sudaaa..
nak pertahan diri pun da x boleh...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2018 08:12 AM | Show all posts
JokesCop replied at 4-1-2018 02:01 AM
Dalam rumah, self defense lah. Kecuali "negara kita" yg ko maksudkan bukan malaysia.

Tapi ad ...

barang rompakan dijumpai pada badan si mati tu dah dikira bukti kukuh dah tu bang, pulak tu mangsa lak terbaring cedera parah kat rumah
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2018 08:45 AM | Show all posts
ayuh pejuang hak asasi perompak. kita demo.....
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2018 08:54 AM From the mobile phone | Show all posts
JokesCop replied at 4-1-2018 02:01 AM
Dalam rumah, self defense lah. Kecuali "negara kita" yg ko maksudkan bukan malaysia.

Tapi ad ...

Mangsa dgn suspek bergelut..lepas tu suspek rasa dia tak boleh menang lawan mangsa, lagi pun senjata mangsa lebih bahaya..dia buat keputusan lari, dan masa  lari tu la dia kena tetak belakang kepala.. klu betul kronologi aku bagi ni kira mangsa dah marah tahap maksima laa walau suspek dah nak beredar dia tetap tetak...
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2018 08:55 AM | Show all posts
syukur..kurang sorang perompak di malaysia..

cuma risau sikit lah dgn nasib tuan rumah yang dah mempertahankan harta benda dan nyawa sampai membunuh perompak tu...

negara msia nie undang2 pelik sikit sejak byk org pelik2 jadi org atasan...
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2018 09:14 AM | Show all posts
perompak tahu kalau dia dah masuk dalam rumah orang, dia tak boleh diapa apakan
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2018 09:21 AM | Show all posts
ambik ko balasan cash ke atas penjahat tu
tapi ntah la nasib mangsa macam mana
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2018 09:24 AM | Show all posts
tengah bergelut, boleh lak pikir nak tetak kat depan atau belakang badan?
aku rasa, mesti kena minta izin dulu nak tetak ni
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2018 09:26 AM | Show all posts
so kira macam mana  ni? nak pertahankan diri tapi last2 jadi pembunuh secara tak sengaja..kesiannya..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2018 09:44 AM | Show all posts
simpati dengan perompak tersebut, dia hanya menjalankan tanggung jawab dan peranan sebagai perompak.

kalaupun marah, adakah sepadan membunuh perompak tersebut dengan hasil curiannya?
bukannya sampai 2.6billion pun...
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2018 09:46 AM From the mobile phone | Show all posts
korang yg beria2 kata ini kes cuma ada di msia mmg btl2 tak tau ke atau mmg tak amik peduli pasal dunia luar2
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2018 09:48 AM | Show all posts
masuk dlm rumah kan, amik ko... mendapatla
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2018 10:12 AM | Show all posts
kurang satu perampok..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 07:02 PM GMT+8 , Processed in 0.060870 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list