View: 4029|Reply: 30
|
Pak Andam Disangka Tidur Rupanya Sudah Tiada..
[Copy link]
|
|
Disangka sedang tidur, namun rupanya seorang pak andam didapati sudah pun meninggal dunia.
Harian Metro melaporkan mayat Rudy Alpian Zahari, 37 yang juga dikenali sebagai Aechik ditemui tidak sedarkan diri oleh rakan serumahnya di Kuala Krai semalam.
Pemeriksaan lanjut mendapati ada kesan tompokan darah di bawah bantal yang digunakan mangsa, seperti yang dikatakan oleh Ketua Polis Daerah Kuala Krai Superintendan Abdullah Roning.
"Kita turut menemui kesan darah di bahagian kanan dan kiri leher mangsa. Bagaimanapun, kita dapati tiada kesan geledah di biliknya.
"unca kematian mangsa masih belum diketahui dan mayat dibawa ke Hospital Kuala Krai (HKK) untuk bedah siasat," katanya.
Dalam pada itu, rakan serumah mangsa, Mohammad Yaacob, 47 berkata dia cuba mengejutkan mangsa daripada bangun tidur.
foto Kosmo!
"Bagaimanapun, selepas beberapa kali mengejut Aechik, dia masih tidak sedarkan diri. Saya mendapati badannya sejuk dan tiada denyutan nadi.
"Saya kemudian terus hubungi polis untuk tindakan lanjut," katanya. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Takziah.
Dah sampai ajalnya. |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillahiwainnailaihirojiun..
dia sakit ker..
|
|
|
|
|
|
|
|
Ada sorang yang aku kenal mcm ni gak. Bekas nyah.. meninggal pun sorang2 macam ni. Dah 2,3 hari meninggal baru org perasan. |
|
|
|
|
|
|
|
Takziah buat keluarga dan kawan2 arwah. |
|
|
|
|
|
|
|
Salam takziah buat family.
I baca news on Twitter katanya sebelum arwah meninggal, arwah amalkan pil kurus 7 botol and makan nasi once a week untuk masuk satu pertandingan in Thailand.
|
|
|
|
|
|
|
|
msuk pertandingan kuruskn badan ke apa?
|
|
|
|
|
|
|
|
orang kg sebelah mek ni..kawan rapat sepupu mek jugak..innalillah |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillahiwainnailaihirajiun. Tompokan darah di bantal tu, arwah ada sakit apa-apa ker? |
|
|
|
|
|
|
|
'Pak andam' ditemui mati dengan kesan darah di leher
Sinar Harian | Januari 03, 2018 19:30 MYT
Mayat Rudy Alpian (kiri) ditemui mati oleh rakan serumah kira-kira jam 10 pagi, hari ini. - Sumber foto Sinar Harian Online
KUALA KRAI: Mayat seorang jurusolek ditemui dengan kesan darah di leher kiri dan kanan di rumahnya di Guchil Enam,kira-kira jam 10 pagi, hari ini.
Ketua Polis Daerah Kuala Krai,Superintendan Abdullah Roning berkata, mayat Rudy Alpian Zahari,37 tahun,ditemui terbaring di atas katil sebuah rumah yang didiami bersama rakannya.
"Kematian mangsa yang juga juru solek hanya disedari rakan serumahnya setelah majikannya datang untuk mengajaknya ke sebuah sekolah untuk membuat gubahan bunga.
"Apabila rakan serumah mengejutkannya,lelaki itu tidak bangun,lalu dia memeriksa nadi dan mendapati badannya telah sejuk," katanya.
Abdullah berkata, rakannya kemudiannya memanggil majikan mangsa untuk memeriksa nadinya sekali lagi.
“Sementara itu, temubual dengan majikannya mendapati mangsa mengambil sejenis produk kecantikan dalam bentuk kapsul untuk melangsingkan badan sebagai persiapan menyertai pertandingan ratu cantik di Thailand pada bulan Februari depan.
"Mangsa juga dipercayai telah makan pil tersebut sebanyak tujuh botol dan hanya makan nasi seminggu sekali serta seringkali mengadu penat dan sakit di bahagian dada sejak mengamalkan produk jamu berkenaan," katanya.
Abdullah berkata, hasil pemeriksaan dalam bilik mendapati terdapat kesan darah pada bantal di bawah kepala mangsa.
"Bilik tersebut dalam keadaan kemas tanpa sebarang kesan geledah,telefon bimbit serta beg tangan berada bersama mangsa.
"Hasil pemeriksaan di bilik juga tidak menjumpai tali atau senjata ,polis bertindak merampas bantal dengan kesan darah serta telah di rampas dan di bawa balik ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Krai untuk siasatan lanjut," katanya.
Beliau berkata, sehingga kini polis tidak menemui sebarang unsur jenayah berhubung kematian mangsa.
"Bagaimanapun, kita menunggu keputusan bedah siasat ke atas mayat mangsa yang telah di hantar ke Hospital Kuala Krai," katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Mungkin juga darah dari hidung atau mulut mengalir ke leher kot.
|
|
|
|
|
|
|
|
sakit apa ek, darah2 tu.. muka jambu abis |
|
|
|
|
|
|
|
takziah. sakit barangkali |
|
|
|
|
|
|
|
Takutnya telan pil kurus x tentu hala ni. |
|
|
|
|
|
|
|
lama tak nmpk kaka @famri7 .......apakah? |
|
|
|
|
|
|
|
sister pon bakalan cash mcm ittew tatkala makan pil kopek 3 kali sehari.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|