View: 6183|Reply: 44
|
[Tempatan]
Juruteknik pergigian jabatan kesihatan ditemui mati dalam rumah
[Copy link]
|
|
PORT DICKSON - Seorang juruteknik pergigian berusia 28 tahun ditemui mati di kediamannya di tingkat empat Kuarters Klinik Kesihatan Lukut di sini kira-kira pukul 8.30 pagi ini.
Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Zainudin Ahmad berkata, mayat Mahusin Abd. Rahim ditemui terbaring di atas sebuah tilam warna coklat dalam salah sebuah rumah di kuaters tersebut.
Menurut beliau, juruteknik pergigian di Klinik Kesihatan Lukut itu ditemui oleh rakannya yang datang ke rumah berkenaan untuk mencarinya kerana dia dipercayai tidak hadir bertugas sejak Jumaat lalu.
"Mayatnya ditemui oleh rakannya yang datang ke rumahnya pada pukul 8.30 pagi. Siasatan awal polis percaya mangsa meninggal dunia lebih 72 jam berdasarkan keadaan mayatnya," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.
Zainudin berkata, polis mengklasifikasikan kes itu sebagai kematian mengejut buat masa ini, namun siasatan lanjut masih dijalankan termasuk proses bedah siasat.
Kata beliau, polis akan melakukan siasatan dalam segenap aspek termasuk kemungkinan kejadian itu membabitkan unsur jenayah.
Jelas beliau, pemeriksaan awal polis mendapati dompet serta motosikal mangsa tiada di kawasan kejadian.
Sementara itu, Pengarah Kesihatan Negeri Sembilan, Dr. Zainudin Mohd Ali ketika dihubungi berkata, beliau masih menunggu laporan lengkap mengenai mangsa yang merupakan kakitangan Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan.
Tambahnya, beliau dimaklumkan Mahusin kakitangan yang baik dan rajin, malah dicalonkan untuk menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) pada Jun ini. - K! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
ada sesaper nampak sis kopek @dodolgemok dalam porem tak? |
|
|
|
|
|
|
|
dah jadi kes bunuh dah. ada kesan cedera kat kepala & muka. motor & wallet arwah pon lenyap |
|
|
|
|
|
|
|
ada nampak tadi  
|
|
|
|
|
|
|
|
takziah buat sis kopek....
|
|
|
|
|
|
|
|
Innalillahiwainnailaihirojiun |
|
|
|
|
|
|
|
Modngengade replied at 23-1-2018 04:18 PM
ada sesaper nampak sis kopek @dodolgemok dalam porem tak?
Ada lgi sis. Ni juruteknik, bukan doktor gigi. Sila belajar membaca dan mengira lagi sis. Anyway, takziah buat mangsa. Dgar nya kes bunuh. |
|
|
|
|
|
|
|
sofiazara replied at 23-1-2018 05:18 PM
ddodolgemok la tu
Busuk hati sister. Moga tuhan memberkahi kalian. |
|
|
|
|
|
|
|
prettyuglybabe replied at 23-1-2018 05:05 PM
ada nampak tadi
Amen, mata sister masih terbuka luas berbanding Sister @sofiazara yg dah buta sebelah. Kahkahkah |
|
|
|
|
|
|
|
MeghanK replied at 23-1-2018 06:44 PM
@dodolgemok are you there
Ada lagi sis. Rupanya ramai ummah porem cemburu kejayaan dodolgemok.  |
|
|
|
|
|
|
|
apa punya kawan la
dari jumaat, skrg bru nk cari |
|
|
|
|
|
|
|
MeghanK replied at 23-1-2018 06:45 PM
juruteknik pergigian tu camne assistant dentist yang pegang tools tu ke
dah la mati sensora ...
Tu dental assistant, ni dental technician. Yang buat gigi palsu, buat crown bridge, biasa duduk dekat lab so xnmpak la dalam bilik gigi tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Habis yg kat kaunter, ambik nama pesakit tu dental apa pulak?  |
|
|
|
|
|
|
|
dodolgemok replied at 23-1-2018 07:57 PM
Ada lagi sis. Rupanya ramai ummah porem cemburu kejayaan dodolgemok.
alhamdulillah umo sis panjang   |
|
|
|
|
|
|
|
dodolgemok replied at 23-1-2018 07:58 PM
Tu dental assistant, ni dental technician. Yang buat gigi palsu, buat crown bridge, biasa duduk de ...
ooo iols ingat dentist yang buat benda tu..ye la kan cast gigi dentist yang buat kat pt kan  |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillahiwainnailaihirojiun... |
|
|
|
|
|
|
|
innalillahi.....
berita kematian pun ada yang acah2 lawak....
|
|
|
|
|
|
|
| |
|