View: 3844|Reply: 21
|
Pulangkan Roti Hanya Kerana Potong Tak Sama Saiz? Macam Mengarut Je!
[Copy link]
|
|
Gara-gara roti sandwich keju yang dibeli tidak dipotong sama besar, pelanggan ini nekad memulangkan kembali roti yang dibelinya! Amboi, over tau!
Adakah anda akan memulangkan roti itu sekiranya perkara sama berlaku kepada anda? Rasanya, mesti ramai yang menganggap tindakan pelanggan itu sebagai mengarut. Makan sajalah, kan? Tak perlu susah-susah fikir dan ukur. Adakah terlalu ketara perbezaannya hingga dia nekad memulangkan roti itu?
Menurut Mirror, staf yang menerima komplen daripada pelanggan terbabit menganggap ianya amat melucukan, namun selepas mengukur ternyata dakwaan pelanggannya adalah benar. Roti sandwich keju itu tidak dipotong dengan tepat iaitu kurang 1cm pada sebelah bahagian.
Ketua Pegawai Eksekutif kelab Corowa RSL, Peter Norris memuat naik gambar roti berkenaan sebagi bukti di Linkedln.
Foto: Mirror/Linkedln
Walaupun nampak remeh dan melucukan, namun beliau bersetuju pernah menerima aduan daripada beberapa pelanggan yang pelik dan mahukan semuanya sempurna seperti kejadian berkenaan.
Katanya, pihaknya bertanggungjawab di atas kesalahan ini kerana memotong roti berkenaan tidak sama rata. Walaupun agak remeh, dia tetap mengutamakan keselesaan dan permintaan pelanggan.
Alamak, kurang 1cm saja! Berbaloi ke nak menyusahkan diri untuk memulangkan roti tersebut? - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
aduh cerewet tulllllllllllllllll mkn je le |
|
|
|
|
|
|
|
Kalo dia mkn seorg over la nak pulangkn tp kalo dia share mkn yg seorg dpt kecil la.. |
|
|
|
|
|
|
|
1cm tu kira besar ikutkan tapi ni roti je kot, telan je la. |
|
|
|
|
|
|
|
kalo iols jadi staff yang terima komplen tu, iols amek roti tu baling kat muka customer tu, then resign. koasser nak layan menda-menda sampah camni. |
|
|
|
|
|
|
|
Bake je la roti sendiri. Then potong la secara terperinci ikut measurement macam mana nak. |
|
|
|
|
|
|
|
Beza seinci ok lg. Beza banyak tu yg xbleh terima |
|
|
|
|
|
|
|
Walaupun nampak cerewet tapi itu ler kuasa pengguna disana kalau kat sini sebab ramai yang lebih suka mendiamkan diri dan berlebih kurang tu yang kadang makanan yang dihidangkan nampak cincai je |
|
|
|
|
|
|
|
adoilaaaa.....
ada gak orang cenggini ek..... |
|
|
|
|
|
|
|
err i pernah la jumpa customer yang berkira yakmat. masa tu jaga music school. ada satu parent buat monthly fee anak dia guna cek. tapi dia sign tu tak terang. mcm masa tgh sign ink pen habis. lepas tu dia sambung signature tu. so i worried if cek tu tak laku and mintak dia issue another cek. dia tak mau .. and said "u cuba bank in dulu. kalau tak boleh then i issue lagi satu. sekeping cek ni cost me 30 sen". yg i pun bodoh .. ambik jgk cek tu. then i ngadu kat another friend. my friend marah .. dia cakap kenapa u tak bagi je dia 30 sen .. dan insist dia issue another cek? oo haá ek. |
|
|
|
|
|
|
|
endingnye, cek tu berjaya ditunaikan tak chuols? mmg ada manusia yg berkira hatta 10 sen. #wujudweh
|
|
|
|
|
|
|
|
haha i tak ingat la pulak cek tu berjaya ditunaikan ke tak. tapi mmg parent tu berkira nak mampus. buku2 music anak2 dia dia hutang tak bayar2.
|
|
|
|
|
|
|
|
alahai, ttiba meols jatuh kesian dgn anak2 dia. kalau bab2 pembelajaran pun berkira, agak2 makanan anak2 pun dia catu tak?
|
|
|
|
|
|
|
|
Memang ada orang jenis suka berkira kan. Kawan dgn sorang secretary ni dia pernah tagih orang yg hutang 10 cent dgn dia |
|
|
|
|
|
|
| |
|