|
Nampaknya bunga-bunga cinta semakin berkembang mekar antara Fasha Sandha dan temannya sehinggakan Fasha takut kekasihnya itu dirampas.
Bertuah jejaka yang dikasihi pelakon tersebut kerana begitu sekali sayang yang ditunjukkan.
Mengakui dirinya sangat bahagia ketika ini, Fasha bagaimanapun tidak mahu mendedahkan identiti jejaka yang dihubungi melalui panggilan video itu.
Bagi Fasha biarlah hubungan itu menjadi rahsia kerana dia bimbang bahagia yang dirasa akan hilang jika terlalu mendedahkan hubungan mereka.
“Hanya saya seorang yang tahu dengan siapa saya berkawan. Buat masa ini, saya lebih selesa berkawan saja. Bukan tak nak dedahkan, tetapi saya takut tak jadi. Bahagia kita jangan ditunjuk, nanti orang curi. Derita kita pula jangan beritahu semua orang, nanti kena keji, ” ujar Fasha.
Sejak Mei lepas Fasha sudah memberikan ‘hint’ sednag mengenali seseorang. Saling berbalas ucapan selamat pagi Fasha kemudiannya sudah berani berbalas kata rindu. Namun, sehingga kini mulut Fasha masih terkunci rapat untuk mendedahkan siapa insanbertuah itu.
Menurut Fasha lagi, sekiranya di adna jejaka itu benar-benar ditakdirkan berjdoohan dia akan kongsikan. Setakat ini Fasha merasakan, temannya itu dapat memberikan kebahagiaan dan menghilangkan kesunyiannya.
“Biarlah rasa bahagia itu saya simpan dalam diri. Nanti kalau memang sudah jadi, barulah saya akan kongsi. Apa pun, saya akui sangat bahagia sekarang kerana saya tidak lagi rasa sunyi,” ujarnya. - CARI |
|