View: 3679|Reply: 34
|
Marah pinangannya ditolak, seorang majikan tergamak mengambil kesempatan mencabu
[Copy link]
|
|
KUALA TERENGGANU - Marah pinangannya ditolak, seorang majikan tergamak mengambil kesempatan mencabul pekerja wanita dalam kejadian di sebuah kedai gambar di Gong Badak, Kuala Nerus, Jumaat lalu.
Menurut sumber, kejadian berlaku selepas mangsa berusia 20 tahun yang sebelum ini pernah menolak lamaran suspek untuk dijadikan isteri kedua diarahkan masuk ke bilik studio sebelum dipaksa menjalani sesi penggambaran tanpa diberitahu sebab musabab.
"Mangsa hanya akur dengan arahan tersebut sebelum majikannya mengambil beberapa keping gambar dengan berlainan posisi.
"Lebih kurang 10 minit kemudian, suspek terus menghampiri mangsa dari arah depan sebelum bertindak memegang buah dada gadis itu secara paksa," katanya.
Sumber berkata, tidak cukup dengan itu, suspek lebih berani dengan membuka baju dan seluar mangsa sebelum bertindak rakus mencabulnya.
"Dalam keadaan separuh bogel dan tidak terdaya itu, suspek cuba mengambil kesempatan hendak merakam gambar dengan alasan untuk dijadikan simpanan peribadinya tetapi sempat ditepis mangsa.
"Melihat keadaan mangsa yang ketakutan itu, suspek cuba memujuk dengan mengajak keluar makan menaiki keretanya," katanya.
Kata sumber, semasa dalam perjalanan ke kedai makan, suspek sekali lagi mengambil kesempatan mencabul mangsa dan dalam masa sama memujuk lagi agar menerima lamarannya.
" Suspek memujuk mangsa agar berkahwin dengannya di Thailand tetapi ditolak sebelum bertindak meninggalkan mangsa keseorangan di luar tandas sebuah pasaraya di Gong Badak, Kuala Nerus, kerana bengang.
"Mangsa yang tidak berpuas hati diperlakukan sedemikian pulang ke rumahnya dan menceritakan perbuatan suspek kepada keluarganya sebelum terus membuat laporan polis," katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintendan Suffian Sulaiman ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan kejadian.
Jelasnya, suspek kini direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul.
http://www.sinarharian.com.my/edisi/...jikan-1.797650
|
|
|
|
|
|
|
|
Dh dicabul hingga separa bogel,boleh pulak lps tu naik kereta ikut nk pi mkn.telenovela sgt kes ni |
|
|
|
|
|
|
|
jap aku tak faham
dah kena raba kena separa bogel bagai
apahal x jerit kuat2
or lari keluar kedai
kena ikat kah?
pintu kena kunci kah?
dah lepas tu gigih ikut naik kereta pegi kedai makan bagai
musykil aku dibuatnya |
|
|
|
|
|
|
|
Rasakan, semoga di penjarakan. |
|
|
|
|
|
|
|
Marah kena tinggal depan jamban barulah sibuk nk repot polis khennn kalau x ko ikut jah sana sini...acah2 menolak |
|
|
|
|
|
|
|
ada ke kedai gambar kat mesia yg punya bilik khas ala2 photoshot retis /magazine /model tu? curios iolls pompuan tak teriak, pastu boleh pergi makan dgn suspek.. bila kena cabul kat keta pun, takdenye nak keluar terus.. bila kena tinggal , baru meroyan gegeh report.. |
|
|
|
|
|
|
|
apa2pun , dasar tua kutuk tak sedar diri.. takat kedai gambar, gegeh nak berbini dua..alih2 sebab nafsu.. natsu tak tahan, mencabul pula dia.. dasar hanat.. bini first, kau tibai je la laki kau tu mcm kat jugglers tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Jahatnya jantan tu, sian bini dengan anak dia. Nafsu binatang. Ko nampak pompuan ni as objek je ke? |
|
|
|
|
|
|
|
sempat lagi naik kereta nak keluar makan? dah separuh bogel pun tak reti nak melawan?bukan kena acu pisau, pistol pun.. yg jantan tu pulak macam dah lapar batin sangat ke |
|
|
|
|
|
|
|
Jijik sungguh perangai gitu |
|
|
|
|
|
|
|
Jln cerita sgt mengikuti tema 'smut manga'. Paksa2 rela |
|
|
|
|
|
|
|
Dah org xnak paksa2 pulak...muka x malu |
|
|
|
|
|
|
|
Sempat lagi ikut naik kereta tu.. patut awal2 lagi kau dah lari selamatkan diri dek oii |
|
|
|
|
|
|
|
Makin bertambah orang gila atas dunia ni. Ikutkan nafsu sangat. |
|
|
|
|
|
|
|
sebab kena tinggal sorang2 barulah komplen? She should kasi penampar terus at the first time right? |
|
|
|
|
|
|
|
as usual acik2 kepam garit yg fefeling suci akan menyalahkan ppn dulu. |
|
|
|
|
|
|
|
kucen_miang replied at 14-2-2018 05:15 AM
as usual acik2 kepam garit yg fefeling suci akan menyalahkan ppn dulu.
Aiol dah hagak komen victim blaming akan berleluasa. |
|
|
|
|
|
|
|
chazey replied at 14-2-2018 06:13 AM
Aiol dah hagak komen victim blaming akan berleluasa.
teringin nak tgk komen acik2 kepam ni bila diri sendiri atau anak memasing jd mangsa. |
|
|
|
|
|
|
|
Niat sucinya untuk membina satu lagi mesjid belum di izinkan Allah SWT.
Semoga tukang gambar itu terus berusaha. |
|
|
|
|
|
|
| |
|