View: 8572|Reply: 51
|
Farid Kamil Dedah Siapa Sebenar Dalang, Bersedia Untuk Kawat Cam
[Copy link]
|
|
Datuk Farid Kamil membuat pendedahan dalang disebalik isu pengambilan dadah sehingga dirinya dianiaya. Apa yang pasti kedua-dua individu tersebut bukanlah Taj (Innuendo) dan Osh seperti yang didakwa sebelum ini.
Foto: Carian Internet
Individu yang terlibat itu merupakan orang yang bekerja dalam industri hiburan dan nama yang digunakan juga adalah sama. Kedua-dua individu yang dicari itu dikatakan ada pertalian kerabat diraja Johor dan Kedah.
"Saya menyebut nama iaitu Osh dan Taj iaitu manager artis dan penyanyi dalam laporan saya tapi agak memeranjatkan apabila dua orang individu yang disiasat adalah orang yang lain.”
"Malam sebelum saya ditahan polis ada dua individu yang saya tidak pernah jumpa sebelum ini memperkenalkan diri mereka sebagai kerabat diraja Kedah dan Johor.”
"Mereka menggunakan dadah jenis semburan yang dipercayai belum dikesan oleh pihak polis," ujarnya kepada mStar Online.
Foto: NST
Sidang media itu diadakan di The Loft Event Space, Setia Alam dengan ditemani tiga peguam yang diketuai oleh Faizul Mohd Nasir daripada Tetuan Faizul Nasir & Co.
Menurutnya, Sofi Jikan juga telah memberikan keterangan kepada polis berkenaan perkara ini.
Farid mendedahkan gambar individu yang terlibat dan dia berasa kecewa selepas menyiasat dua orang yang dipanggil polis bukanlah orang yang sebenar.
Foto: Mstar
Foto: Mstar
"Saya tunggu untuk kawat cam daripada pihak polis tapi daripada gambar yang dikeluarkan di surat khabar ia bukan individu saya laporkan," ujarnya.
Selain itu dia juga akan menuntut keadilan kerana pada malam ketiga ditahan dirinya telah dibelasah oleh 11 orang anggota polis berpakaian preman.
Kejadian itu berlaku pada jam lebih kurang 2 pagi dalam keadaan lampu ditutup.
"Kira-kira pukul 2 pagi lampu tiba-tiba ditutup dan saya terdengar bunyi tapak kaki datang berhampiran dan lampu terbuka semua. Saya kemudian dipakaian baju berwarna putih dan tidak boleh bergerak dan lampu ditutup semula.”
"Saya nampak tiga orang di atas kepala dan kiri dan kanan saya. Masa itu saya fikir matilah saya dan kesan darah banyak di baju kerana luka di dahi. Saya kemudian dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Melaya (PPUM), tambahnya lagi.
Foto: IG Farid Kamil
Laporan telah dilakukan atas kejadian tersebut namun maklum balas yang diterima daripada pihak polis mengecewakan dirinya selepas dibebas dari tahanan reman.
Harap Farid Kamil dapat menegakkan keadilan untuk maruahnya dan mereka yang menganiaya dirinya selama ini diberi hukuman setimpal. Ambil pengajaran dari kisah Farid Kamil ini dan berhati-hatilah ketika berkawan dengan sesiapa pun. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Ada kes sabotaj ke?? amboi abang polis 11 lawan 1 kang jadi kes mati macam budak askar tu baru tahu sesalan |
|
|
|
|
|
|
|
hati-hati la sapa kawan dengan dia ni |
|
|
|
|
|
|
|
kau isap lagi sebelom buat PC ni? cerita tamil kollywood belit belit. |
|
|
|
|
|
|
|
bukan_ustazah replied at 1-3-2018 10:54 AM
Ada kes sabotaj ke?? amboi abang polis 11 lawan 1 kang jadi kes mati macam budak askar tu baru tahu ...
eaa lahh fatiya |
|
|
|
|
|
|
|
EhhEtonLahh replied at 1-3-2018 03:18 AM
eaa lahh fatiya
cobaan eton nak viralkan perkataanbaru, fatiya |
|
|
|
|
|
|
|
Bodohlah siapa yang percaya cakap dia ni. Loyar dia pun loyar Boy Iman. Semua set set tak boleh pakai. |
|
|
|
|
|
|
|
nyanyuk ke tokyid?
nampaknya kes ni masih belum the end.
|
|
|
|
|
|
|
|
samasam90 replied at 1-3-2018 11:24 AM
cobaan eton nak viralkan perkataanbaru, fatiya
memang fatiya laaa...eii |
|
|
|
|
|
|
|
Eleh die pukul polis xpe Konn bwh pengaruh dadah sabotaj. Polis pukul die Xblh . Masalah nye pukul ke die je berangan die kene pukul |
|
|
|
|
|
|
|
drahma drahma sangattttt.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dalang la pulak |
|
|
|
|
|
|
|
gmbar last ni macam muka che mad
che mad comel dan berlembut bahasanya, kesian che mad
|
|
|
|
|
|
|
|
Eh mangkuk la putar belit cerita. Apedaaa |
|
|
|
|
|
|
|
Mcm sinetron dah |
|
|
|
|
|
|
|
blh bt cerita Kabali 2.dia ganti Rajnikan.Padayappa...Farid ouh Farid |
|
|
|
|
|
|
|
Lepas ni ko tumpu pada penulisan skrip je la yid!
High imagination sgt! |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan dahi tu kesan die hantuk kepala waktu dlm lokap? |
|
|
|
|
|
|
| |
|