Kalau dulu ada Harlem Shake dan pelbagai tarian lain lagi yang menjadi trend, mesti ramai rakyat Malaysia yang terikut-ikut.
Terbaru adalah "Panama Dance Challenge". Apa lagi, semua sibuk memuat naik video mereka berjoget tidak kira muda atau tua.
Bersepah-sepah video di media sosial, ada yang berjoget di sekolah, tempat kerja dan lain-lain.
Perkara ini ditegur oleh seorang pengguna Facebook, Abeben's Artework yang mengatakan aksi berjoget sebegini adalah langsung tidak manis dipandang, lebih-lebih bagi seorang wanita yang bertudung.
Foto: FB Abeben's Artworks
Katanya lagi, tiada langsung salah untuk melakukan tarian ini tetapi janganlah dirakam dan dilihat oleh bukan mahram.
Baca lagi:
Ramai netizen yang bersetuju dengan Abeden. Ada yang malu melihat lengok-lengok wanita yang membuat Panama Dance.
Ada juga yang kata wanita sekarang tidak boleh ditegur. Betul ke?
Panama Dance ini bagus kira salah satu senaman yang boleh menyihatkan badan tetapi tak perlu sampai memuat naik video di media sosial. Buat sendiri di rumah, setuju tak? -CARI |