CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4092|Reply: 28

[Dunia] Seorang Lelaki Sembelih Ibunya Sebab Tak Dapat Duit

[Copy link]
Post time 13-3-2018 11:13 AM | Show all posts |Read mode
Edited by spiderman80 at 22-3-2018 12:45 PM

Gara-Gara Tak Dapat Duit, Anak Sembelih Ibunya

https://www.mynewshub.cc/utama-sensasi/gara-gara-tidak-diberi-wang-anak-sembelih-ibunya/

Published on Mar 12, 2018 in Jenayah/Utama & Sensasi







HANYA disebabkan tidak diberi wang tunai, seorang lelaki di Indonesia tergamak menyembelih ibu kandungnya sendiri sehingga mati di tengah kawasan sawah padi.
Kejadian itu berlaku di daerah Kebumen, Jawa Tengah itu berlaku setelah lelaki tersebut yang dikenali sebagai Sumudi menggunakan parang untuk memenggal kepala ibunya, Sutarmi Mad Muslim sehingga putus.

Menurut saksi kejadian, Jumadi, suspek tiba di sawah tempat ibunya bekerja sebelum meminta wang sebanyak 500,000 rupiah (RM137) pada tengah hari Jumaat lalu.


Apabila permintaannya ditolak, lelaki tersebut mengamuk dan mengancam untuk membunuh ibunya sekali gus menyebabkan wanita tersebut berlari ke tengah sawah kerana berasa takut.

Suspek kemudiannya bertindak agresif dengan mengeluarkan sebilah parang daripada begnya dan bertindak mengejar ibunya yang menyebabkan wanita berkenaan terjatuh dan kemudian menetak leher ibunya berkali-kali.

“Selepas permintaannya tidak dituruti. Tiba-tiba pelaku mengambil sebilah parang dari dalam beg dan langsung menebas leher ibunya dengan parang,” jelas Junadi yang menyaksikan kejadian tersebut.

Tambahnya, kebanyakan saksi di tempat kejadian tidak mampu membuat apa-apa dan tiada siapa berani mendekatinya kerana berasa amat takut.

Jenazah ibunya kemudian dibawa pihak berkuasa ke sebuah hospital berhampiran untuk dijalankan proses autopsi.

Menurut Ketua Polis Daerah Kebumen, Komisioner Arief Bahtiar, berdasarkan siasatan polis suspek pernah menghidap gangguan mental sebelum ini.

Malah penduduk sekitar yang mengenali Sumudi mendakwa suspek memang terkenal dengan sikap panas baran selain sering memarahi ibu dan adik kandungnya jika tidak diberi wang.


Setelah sehari melakukan pencarian, suspek akhirnya berjaya ditangkap polis ketika sedang berbasikal di daerah tersebut pada pukul 7.30 pagi waktu tempatan pada Sabtu lalu.

Tambahnya lagi, ketika ditahan, pemuda yang mempunyai tatu di seluruh mukanya itu tidak sedikit pun menyesal atas tindakannya, malah mengakui sedar ketika membunuh ibunya dengan kejam.

Sejumlah barang bukti juga berjaya ditemui pihak polis antaranya parang yang digunakan untuk menetak ibunya, baju mangsa, beg suspek dan juga basikal milik suspek.


Justeru, bagi tindakan seterusnya, polis akan membawa suspek untuk menjalani pemeriksaan mental di hospital terdekat berdasarkan sejarahnya yang mempunyai penyakit itu.

Disebabkan perbuatannya itu, Sumudi berkemungkinan dijatuhkan hukuman mati atau pun hanya penjara seumur hidup. – MYNEWSHUB,CC/EZ

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2018 11:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Lek2 je kayuh basikal lepas bunuh mak sendiri. Takde penyesalan plak tu
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2018 11:54 AM | Show all posts
Setelah sehari melakukan pencarian, suspek akhirnya berjaya ditangkap polis ketika sedang berbasikal di daerah tersebut pada pukul 7.30 pagi waktu tempatan pada Sabtu lalu.




ambik masa sehari cari saspek yg cuma berbasikal. indon gagal total.
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2018 11:58 AM | Show all posts
Seriouslah dia tatu muka mcm tu skali?? Eeee muka burok seburok hati. Tergamak ko sembelih mak sendiri!
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2018 12:06 PM | Show all posts
Menyesal pula i tengok gambar arwah makcik tu lama-lama
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2018 12:15 PM | Show all posts
hensemla...teringin nak buat tatu camtu  
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-3-2018 12:36 PM | Show all posts
selamba je dia berbasikal lps bunuh..mmg mental ko ni..
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2018 12:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian si ibu dibunuh anak..Patut anak yang bagi ibu tu duit..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2018 12:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Patut masa dalam perut....mak dia gugurkan dari kandungan. ..
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2018 01:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Orang Indon memang menakutkan... hati kering terus... yg membakar budak2 tahfiz 22 orang tu kan anak IC merah... masa ditangkap pun muka takde penyesalan... mohon jauh kan diri korang dgn keturunan Indon.. orang Siam pun ada yg miskin pun mana ada kes2 menakutkan berbanding diorang ni
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2018 01:40 PM | Show all posts
kucen_miang replied at 13-3-2018 03:54 AM
Setelah sehari melakukan pencarian, suspek akhirnya berjaya ditangkap polis ketika sedang berbasikal ...

dari situ boleh nmpk kecekapan pak polisi indongsialgaruduborku

Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2018 03:44 PM | Show all posts
takutnye muke..
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2018 04:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Selamat mereput di penjara
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2018 04:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Kurang ajar punya anak
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2018 05:04 PM | Show all posts
sy raserlahkan, syaitan pon tak buat cmnih
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2018 05:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Tengok tajuk ni
Iols ada dpt video yang pompuan kene sembelih
Adui...iols terasa ngilu di leher ok...mcm.iols.plak yang kena sembelih
Siap ada pic kepala pompuam tu lagi....huhuuu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2018 06:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Bekas laki @trisnalovezul la ni..
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2018 03:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Takde sapa laungkan azan ka waktu itu?? Dan nama aje ramai tapi sekor pun tak berani tangkap mamat tuh?? Dasar indon pengecut @baterflai @thanawat @pembisikmaut
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2018 06:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesian ibu tu Serba salah jika ada ahli keluarga menghadapi masalah mental, dikurung kesian bebas silap2 jadi macam ni
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2018 09:07 AM | Show all posts
anak neraka!!!!!
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 01:05 AM GMT+8 , Processed in 0.055099 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list