CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 10359|Reply: 58

Siapa Gadis Cantik Yang Berjaya Memikat Bekas Pemain AC Milan, Alexander Pato?

[Copy link]
Post time 23-3-2018 04:41 PM | Show all posts |Read mode
Mungkin ramai yang tidak mengenali gadis bernama Dilraba Dilmurat ini. Namun, nama dia mula menjadi sebutan apabila bekas penyerang pasukan bola sepak AC Milan, Alexander Pato menunjukkan minatnya terhadap Dilraba kepada umum.







Pato menarik perhatian ramai apabila dia membawa poster yang mengandungi dua gambar; Pato dan Dilmurat berlari mengelilingi padang sebagai meraikan kejayaannya menjaringkan gol semasa acara saringan Liga AFC pada minggu lalu.



Alexander Pato. Foto: Carian Google



Poster tersebut, yang tidak diketahui siapa yang membuatnya turut mengandungi mesej yang meminta bekas pemain Brazil itu untuk bermain dengan bersungguh-sungguh kerana Dilraba akan menonton perlawanan tersebut secara 'live'.



Foto: Carian Google



Menurut Pato, walaupun Dilraba belum lagi menghubunginya, namun dia percaya sekiranya dia secara berterusan menjaringkan gol bagi pasukan China ini, dia akan berjaya meraih perhatian Dilraba.


Sikap Pato yang menampakkan minatnya terhadap Dilraba itu membuatkan ramai yang ingin tahu siapakah gerangan gadis cantik tersebut. Anda juga pasti tertanya-tanya kan?


Melalui laman Kompas.com, kami kongsikan biodata dan gambar gadis pujaan Pato tersebut:


Dilraba Dilmurat merupakan warganegara China namun namanya tidak seperti keturunan Cina yang lainnya kerana dia berasal daripada keturunan Uyghur.

Foto: IG Dilraba Dilmurat



Foto: IG Dilraba Dilmurat



Uyghur merupakan salah satu keturunan minoriti yang terdapat di China dan mereka memiliki kebudayaan dan rupa fizikal yang lebih kepada warga Turki.



Foto: IG Dilraba Dilmurat



Dilraba mendapat pendidikan di Akademi Teater di Shanghai dan memulakan karier seninya dalam dunia lakonan pada tahun 2013 dengan memegang watak utama dalam drama bersiri berjudul Anarhan.



Foto: Ig Dilraba Dilmurat



Foto: IG Dilraba Dilmurat




Foto: IG Dilraba Dilmurat



Populariti Dilraba semakin meningkat apabila dia membintangi drama fantasi yang berjudul 'Sword of Legends' pada tahun 2014.Dia juga pernah berlakon di samping pelakon Korea popular, Rain. Wah!


Hebat juga kan? Semestinya ramai yang cuba mendekati gadis cantik ini kan? -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2018 04:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Cantik dilraba neh
Alahai..serbasalah aku nak.taip
Hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2018 04:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru tau nama dia Dilraba.. penah tgk citer yg dia berlakon dgn Rain.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2018 05:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Lawa dia ni tp kurus sgt. Angelababy pon lawa
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2018 05:20 PM | Show all posts
lg lawa riz ulala, kopek pun selambak macam joget lambak
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2018 05:56 PM | Show all posts
akak bc laju2 terbaca di-raba oleh dik-murat

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-3-2018 05:57 PM | Show all posts
btw kalau keturunan ughyur so sheols muslim kah? bkn etnik ughyur ni sejenis etnik yg ditindas n dinafikan hak kt china nun ke?
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2018 05:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Omg... cantiknyaaaaa...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2018 06:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Br nmpk iklan oppo kt plus ke mana nth..mmg cantik la dia ni
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2018 06:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Cantik..tp nmpk sgt fake beauty..
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2018 06:40 PM | Show all posts
Geng ughyur ni ramai yang cantik dan kacak.  Kalau kat China geng yang jual roti nan, kekacang, satay kambing tu suma pun geng ni ler.  Muka mereka tak macam typical chinese biasa.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2018 07:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Patut ler nama dia lain, i dok pikir arab ke dilraba ni. Kalau dia berlakon suka tgk mulut dia kecik,comel pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2018 07:57 PM | Show all posts
Puak ni mmg lawa...tp susah nak kahwin dgn keturunan mrk


mcm puak russian omynyor tu


berjalan2 boleh nak bawa masuk dlm hidup kita ,perlu difikirkan berjuta2 kali


sedap diraba
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2018 09:15 PM From the mobile phone | Show all posts
tomaz replied at 23-3-2018 05:02 PM
Lawa dia ni tp kurus sgt. Angelababy pon lawa

Angela baby tu mata dia mcm juling sikit kan? Tgok dia sekejap dlm running man China vs Korea dlu2.... for me Ji Hyo jauh lg lawa
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2018 09:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Orix replied at 23-3-2018 09:15 PM
Angela baby tu mata dia mcm juling sikit kan? Tgok dia sekejap dlm running man China vs Korea dlu2 ...

Xperasan pulak mata dia. Tp laki dia helokss. Hahah. Ji hyo tu pd iolss lg lawa dr kimtaehee ngn idol. Baby tu lawa la compare jinjang yg ada

Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2018 09:44 PM From the mobile phone | Show all posts
tomaz replied at 23-3-2018 09:30 PM
Xperasan pulak mata dia. Tp laki dia helokss. Hahah. Ji hyo tu pd iolss lg lawa dr kimtaehee ngn i ...

Laki dia duta jam tgan Tissot yg duk merata iklan kt shopping mall tu kan? Kalau botak x nsem... aah ji hyo tu cuma sebab dia bukan jenis bajet2 cantik n control ayu, so tak menyerlah sgat compare dgan sweetheart korea yg lain mcm suzy tu semua yg jenis acah2 cute
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2018 10:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Cantik
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2018 11:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Santeknye awaaa
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2018 11:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Santeknye awaaa
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2018 11:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Uighur memang lawo2 pompuannya yah! Kenapa la ai bokan kacukan Uighur... Tch. *menghela nafas panjang*
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 08:41 PM GMT+8 , Processed in 0.274785 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list