Muka bengkak dan kemerahan akibat memakai alat solek murah, derita budak berusia tiga tahun ini dikongsi sendiri oleh ibunya.
Kylie Caravens berharap agar kesengsaraan anaknya itu dapat memberi peringatan kepada ibu bapa lain terhadap bahaya dan kesan kosmetik pada kanak-kanak.
Mirror UK melaporkan, mangsa, Lydia mengalami alahan yang teruk dan terpaksa dikejarkan ke hospital.
Foto: Mirror UK
Selain itu mangsa juga mengalami bengkak, lepuh dan ruam di seluruh badan.
Anak beranak yang berasal dari Georgetown , Illinois ini memberitahu mangsa tidak dapat makan kerana mulutnya melecet dan luka.
Saya berasa adalah sangat penting untuk mengingatkan ibu bapa supaya lebih berhati-hati terhadap apa yang anak kita pakai.
"Kami membeli set alat solek kira-kira lapan hari lalu dan anggap ia tidak berbahaya. Kami tak pernah bayangkan keadaan buruk berlaku pada anak kami.
"Terdapat enam bahan kimia yang berbeza dalam alat solek itu yang boleh mengakibatkan alahan.
"Malangnya, Lydia merupakan salah seorang mangsa yang terpaksa melalui beberapa alahan sehingga terlantar di hospital." -CARI
Post time 28-3-2018 03:05 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Make up murah yg jual online mmg tak la aku beli. Ramai kengkawan jual.. paling cikai pun dlm koleksi adalah mac. Pernah pakai estee lauder eyeshadow.. bengkak mata..
kalau dah girls tu mmg suka la mekap2 ni.. sama mcm anak i.. kalo dia nak main2 lipstick, mascara ke ape, mainlah asalkan jgn bukak penutup nama pn main2.. main2 jelah letak
budak2 mmg tak elok pakai makeup. ori ke rebranding ke, mahal ke murah ke. mercury, lead dan tah apa2 lagi chemicals dlm tu will be absorbed through their skin.