CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6716|Reply: 58

Ramai Tak Setuju Mengundi Hari Rabu Tapi Pendapat Wanita Ini Ada Betulnya..

[Copy link]
Post time 11-4-2018 01:01 PM | Show all posts |Read mode




Tidak lama lagi, rakyat negara kita akan berhadapan dengan Pilihan Raya Umum ke-14 dan mereka wajib mengundi parti dan pemimpin pilihan mereka. Ia adalah peristiwa yang sangat penting dan akan menentukan nasib rakyat dan juga negara. Bagaimanapun, ramai netizen yang mempertikaikan dan tidak bersetuju apabila tarikh pilihan raya diadakan pada 9 Mei 2018 bersamaan dengan hari Rabu. Ia dilihat menyukarkan pengundi untuk pulang ke kampung halaman untuk membuang undi kerana perlu mengambil cuti tambahan.  

Walaupun ramai netizen yang mempertikaikan tarikh yang ditentukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), seorang wanita ini cuba untuk memahami dan bersikap terbuka dengan tarikh pilihan raya tersebut. Baginya, ia bukanlah satu masalah yang besar yang boleh menghalang rakyat negara ini untuk keluar mengundi.








Ramai netizen yang bersetuju dengan pendapat wanita ini. Sepatutnya, netizen perlu bertindak bijak dengan menukar alamat tempat mengundi di kawasan tempat tinggal masing-masing. Jadi, ia tidaklah menyusahkan mereka untuk pulang ke kampung halaman untuk membuang undi.




Undilah calon dan parti yang boleh membangunkan kawasan tempat tinggal kita dan bukannya undi di kampung tetapi bermastautin di bandar.






Bagaimanapun ada juga netizen yang tetap tidak bersetuju. Mereka tetap berasa tarikh pilihan raya wajar di buat pada hujung minggu atas banyak faktor. Selain ia memudahkan ramai pengundi, tidak terkecuali, sekolah-sekolah turut dijadikan tempat mengundi. Pihak sekolah dan guru perlu menyusun atur bilik darjah sebelum dan selepas hari mengundi secepat mungkin supaya ia tidak mengganggu sesi persekolahan.








Tarikh mengundi telah pun ditetapkan dan ia sama sekali tidak akan diubah dengan sewenang-wenangnya. Walau apapun, netizen perlu menunjukkan kesungguhan untuk menjalankan tanggung jawab sebagai rakyat Malaysia. Jom keluar mengundi! - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-4-2018 01:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Exactly...salah sendiri, tak caknautk tukar address...ni tetap jgk nak mengundi dekat kg...pru je pun, nak jgk cuti mcm raya
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2018 01:11 PM | Show all posts
ye la tu kak

soalan utk akak

pentadbir2 dan pegawai2 kerajaan kata peduli dengan rakyat tapi  kenapa kali ini tak peduli dengan rakyuat? bukan org pembangkang je penyokong kerajaan juga susah nk balik mengundi.  Peduli rakyatke macam ni kak? jawab kak jawab
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2018 01:15 PM | Show all posts
alang alang kak....... sorang je yang berkuasa buat keputusan utk berjuta2 pengundi ....kenapa dia letak rabu kak.... kenapa x sabtu senang saem nk kelik kg undi.

sorg dengan berjuta peel org mana lagi senang kontrol kak   jawab kak jawab
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2018 01:17 PM | Show all posts
so maksud akak kali ini SPR dah xboleh tahan marah lama suruh tukar alamat ngundi org buat dek je...jadi SPR nak hukum kita semua ke kak ?
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2018 01:22 PM From the mobile phone | Show all posts
betul la... dah tau keja tempat susah cuti patut pikir la awal2... nasib baik ai undi post... next pilihanraya baru undi tempat bermastautin... sekarang nak try ubah nasib mak ayah kat kampung dulu...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-4-2018 01:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalo tukar ikut alamat bermastautin pon, contoh keja kat kl duk kajang, amik masa gak nak g ngundi tu..paling koman halfday, tak pasal burn halfday annual leave,kalo majikan tak bagi cuti..halfday leave tu padahal boleh spare untuk emergency.. nak mengundi pon nyusahkan rakyat, imagine duk depa lagi 5years {:yameteh
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2018 02:00 PM | Show all posts
Edited by AbukRokok at 11-4-2018 02:03 PM

dah la bagi tarikh tgh2
lepas tu SALAHKAN BAKAL PENGUNDI
TERBAIKLAH!
kata peduli rakyat?

x isytihar cuti pulak tu... yang xmengundi dan xde  kne mengena pulak dibagi cuti (budak sekola)

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-4-2018 02:05 PM | Show all posts
mcm aku tmpt aku duduk ni tersgt dah ok...tp kg aku masih tak dpt apa2 pembaharuan yg setimpal... ..so pilihan aku mengundi di kg lah...

aku tak brapa stuju ngn akak tu..dan aku sanggup ambik cuti utk balik mengundi ...


sekian
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2018 02:11 PM From the mobile phone | Show all posts
ibuiqah replied at 11-4-2018 02:05 PM
mcm aku tmpt aku duduk ni tersgt dah ok...tp kg aku masih tak dpt apa2 pembaharuan yg setimpal... .. ...

pendapat sama dgn aku

hometown aku takde pembangunan langsung dr kecil sampai besar. . so aku tetap pilih untuk undi di sana walaupun satu undi aku mungkin berbaloi atau tidak.
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2018 02:13 PM From the mobile phone | Show all posts
kalau nyewa camne takkan nak tukar alamat rumah keling landlord. pastu pindah nak tukar lagi
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2018 02:15 PM | Show all posts
dHoney replied at 11-4-2018 01:32 PM
Kalo tukar ikut alamat bermastautin pon, contoh keja kat kl duk kajang, amik masa gak nak g ngundi t ...

khennnn.....kepala lutut depa betui...ingat pengundi yg balik ngundi kat kg jauh2 tu je ada prob

aku dah nekad takkan pi mengundi...

Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2018 02:56 PM | Show all posts
kak orang  tak kisah pun hari mengundi jatuh hari bekerja

yang orang marah bila hari mengundi jatuh hari rabu tengah minggu

kenapa tak buat jumaat ke atau isnin pun hari bekerja jugak

bahlol ko tu simpan sikit kak

ko jangan nak menceceh memburit kat mana mengesek kat mana

setiap orang ada sebab nak mengundi tempat asal mereka walau dah pun duduk merantau kat tempat lain











Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2018 03:04 PM | Show all posts
Ada benar akak ni cakap, ok Paz nak pi tukar tempat mengundi lepas ni.
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2018 03:12 PM | Show all posts
org persoalkan nape buat hari tgh minggu.... kak ooiiii  kalau  nak buat hari kerja juga nape tak buat hari jumaat ke... ni tak tgh2 minggu
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2018 03:16 PM | Show all posts
Edited by Red_mAnc at 11-4-2018 07:18 AM

puan itu probably makcik bawang 'higher rank' yang berlagak pandai.. tu yang beriya benar support SPR dedakuz... P/S: *akak bawang oii kita bukan tak nak tukar alamat IC, the point here is that kita nak pastikan tempat asal kita mendapat perhatian dan tindakan serta pembelaan dari segi pembangunan yang adil dan saksama sebanding dengan dengan kota2 utama yang lain.. thats the freakin point kak oi...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-4-2018 03:27 PM | Show all posts
ramai jer yg kena attached keje dekat luar kawasan. tak kan la setiap kali kena attached ko nak surh tukar alamat. mcm keje aku nie average 1 tahun sekali kena attached dekat mana2 project around malaysia. lain kali bongok tu simpan sket makcik oii. jgn asyik nk kutip like jer.
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2018 03:36 PM | Show all posts
"Pendapat Wanita Ini Ada Betulnya.."

Sebagai 'media', pelapor tidak boleh bersetuju dengan pendapat wanita ini. Tak belajar etika penulisan berita ke?  
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2018 03:56 PM | Show all posts
marumaru replied at 11-4-2018 01:22 PM
betul la... dah tau keja tempat susah cuti patut pikir la awal2... nasib baik ai undi post... next p ...

saya setuju
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2018 04:02 PM | Show all posts
AbukRokok replied at 11-4-2018 06:00 AM
dah la bagi tarikh tgh2
lepas tu SALAHKAN BAKAL PENGUNDI
TERBAIKLAH!

dah declare cuti lah nyah..

http://www.themalaymailonline.co ... res-may-9-a-holiday
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 03:13 AM GMT+8 , Processed in 0.066761 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list