View: 7009|Reply: 20
|
Buku Pendidikan Seks Ini 'Cerita' Bagaimana Buat Anak Kepada Kanak-kanak!
[Copy link]
|
|
Kanak-kanak zaman sekarang bukan lagi seperti dahulu. Kini, mereka lebih mudah terdedah kepada bahan tontonan dan bacaan yang tidak ditapis di pasaran.
Seks pula merupakan perkara ‘taboo’ yang bukan sahaja agak menjengkelkan kepada masyarakat Asia, malah topik ini sebaik mungkin cuba dielakkan oleh sesetengah warga barat.
Foto: Mirror UK
Namun, suatu hari kelak kanak-kanak pasti akan mulai mempunyai perasaan ingin tahu mengenai proses semula jadi ini. Daripada memomokkan mereka dengan kisah-kisah dongeng dan analogi yang bercanggah, lebih baik kanak-kanak diberikan penjelasan yang ringkas tetapi tepat dan benar.
Oleh kerana desakan anak sulungnya mengenai persoalan bagaiamana bayi terhasil, seorang penulis Fiona Kataukas telah menggambarkan proses ‘pembuatan’ bayi itu dalam bentuk grafik dan penerangan terperinci yang telah menyebabkan perdebatan antara ibu bapa.
Foto: Mirror UK
Buku bergambar itu menunjukkan hubungan seks sebagai "jigsaw puzzle" di mana kedua-dua pihak akan merasai "rasa bersemangat, teruja dan saling menyayangi".
Bab awalnya bertajuk 'Seks dan membuat bayi' serta butiran terperinci bersama imej grafik kemaluan lelaki di dalam vagina wanita - lengkap dengan sperma yang bersedia untuk berenang.
"Serius, buku ini tidak sesuai untuk berada di bahagian kanak-kanak," ujar seorang ibu.
"Ya Tuhan, ini adalah sampah! Biarkan kanak-kanak menjadi kanak-kanak. Mereka tidak perlu tahu maklumat yang begitu terperinci," kata yang lain.
"Apa dah jadi dengan dunia hari ini," keluh ibu bapa lain pula.
Foto: Mirror UK
Namun, ada juga yang bersetuju dengan pendedahan dilakukan Fiona itu.
“Saya tidak tahu apakah had umur untuk buku ini. Tetapi, saya dengan senang hati akan membiarkan anak saya berusia 11 tahun membaca ini. Saya lebih suka memerhatikan depan mata daripada dia melayani telefon dan menonton video ini di komputer seorang diri,” ujar seorang netizen di laman Mirror UK.
Menurut pembaca, pada usia berapakah sesuai bagi anak-anak untuk didedahkan berhubung pendidikan seks? - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Ready set go!  |
|
|
|
|
|
|
|
nnt bebudak tu tanya kenapa woman on top?  |
|
|
|
|
|
|
|
Umur berapa yg sesuai nak explain dekat anak2 yek?? |
|
|
|
|
|
|
|
lebih baik kasi baca sambil diterangkan bebaik
dari dia pergi google atau tengok video sesorang. |
|
|
|
|
|
|
|
Pedo alert.sexual conditioning opportunities nih |
|
|
|
|
|
|
|
Mak aiihhhh....terkejut meols smpai mcm tu skali bukunya  |
|
|
|
|
|
|
|
ini consider buku lucah la
bongok la p letak kat bahagian kanak2
|
|
|
|
|
|
|
|
Acik2 mulayu suka buat lawak
"Suruh la mak buat adik .. minta lagi adik kat mak ayah"
Nanti adik2 tu yg buat adik lepas membaca kamasutra edisi education compliance
It's good to ajar anak "sex education"
Namun buku itu terlalu kamasutra
Hahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
Entah la zaman sekarang taktau nak buat apa.. kat umah tak bagi dia fon/gajet yg boleh access pada google pun tapi kat sekolah dengan kawan2 kita tak sure apa yg diorang sembangkan. Apa yg kawan2 tunjuk. Kita tak mampu nak 24hours bersama anak2.. |
|
|
|
|
|
|
|
mak aih..gle tol ni lucah la ngok tol pnulis buku ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
gambar yg kedua tu... oh gitu. oooOo |
|
|
|
|
|
|
|
bila anak ko ada ada peling nak membirah
masa tu sangat sesuai
|
|
|
|
|
|
|
|
hadoi.. detail gile.. sape author nye..
 |
|
|
|
|
|
|
|
fushimi replied at 2-5-2018 09:19 AM
bila anak ko ada ada peling nak membirah
masa tu sangat sesuai
Kisah benar ni. Anak jiran boy 10thn cium anak buah i,girl 7thn. Cium kat tangga,blkg kereta. Girl ni follow je sebab diorg balik school sama2. Terbongkar bile parents kena panggil pergi school. Rupanye cikgu2 siasat dari february. Siap follow sama2 balik rumah dari belakang lagi. Soal siasat ala2 sembang2 je. Girl tu citer semua. Yang boy tu lak masa kena panggil parents terus nangis non stop.
Tu yang i risau, dah explain tak boleh bagi boy pegang secret part/kissing etc. Tetap jugak risau. |
|
|
|
|
|
|
| |
|