“Kalau betul, saya sendiri pun nak tengok dan paling penting, profil aplikasi itu bukan saya yang punya."
Pelakon baru, Adam Lee tidak mengambil peduli dengan tindakan individu menggunakan gambarnya dalam keadaan separuh bogel untuk aplikasi sembang golongan homoseksual.
Pemilik nama Muhamad Arif Adam Mohamad Fadlee, 24, itu mengakui ada kenalan bertanyakan mengenai perkara itu, namun dia tidak mengendahkannya.
“Pernah ada orang tanya mengenai perkara itu, tetapi saya sendiri tidak pernah tengok gambar separuh bogel mana yang digunakan," katanya kepada mStar Online.
Foto: IG Adam Lee
Menurut Adam, dia tidak mahu memperbesarkan perkara itu kerana dia tahu bukan mudah untuk menjejaki dalangnya.
“Kalau ada orang ambil gambar yang saya muat naik di laman sosial dan gunakan untuk tujuan tertentu, tiada apa yang boleh saya lakukan,” ujarnya.
Sepupu kepada pelakon Janna Nick itu akui dia sering memuat naik gambar memperlihatkan tubuh sasanya memandangkan dia sering mengunjungi gimnasium.
Namun, berikutan sibuk dengan karier lakonan dia kini jarang memuat naik gambar sedemikian di laman sosialnya.
Aduhai, apa sahajalah manfaat yang individu terbabit boleh dapat dengan menggunakan gambar Adam itu? - CARI
|