CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 24622|Reply: 106

Suami tidak memahami

[Copy link]
Post time 19-6-2018 03:01 PM | Show all posts |Read mode
Salam semua. Saya baru 3 bulan mendirikan rumahtangga. Awal perkahwinan semuanya okey. kami terpaksa berhubung secara pjj kerana tugas. Sejak kahwin, baru 5 kali kami berkesempatan berjumpa sebab dia selalu outstation. Kami belum ada rumah dan sekarang saya tinggal bersama ibu, seorang abang dan 3 orang adik. Si suami jarang balik ke rumah saya. Alasannya tak selesa. Katanya tandas tak bersih, family saya kekampungan, kadang-kadang dia tak tahu nak berbual mengenai topik apa. Mungkin pemikiran orang yang educated dan orang kampung berbeza.

Raya pertama kami di rumah family saya. Pagi raya dia sampai rumah kami. Lepas solat raya, dia keluar dan tengahari dia bagitau saya dia nak stay di hotel berdekatan. Kecewa saya bila dia beritahu hal ini. Saya malu pda ahli keluarga. Mereka bertanyakan kenapa suami saya tinggal di hotel sedangkan kami ada bilik sendiri di rumah. Saya hanya beritahu suami ada urusan untuk dia selesaikan dengan segera dan perlu fokus pda kerjanya. Raya ketiga kami balik ke selatan iaitu rumah suami dan pgi raya ketiga, barulah dia datang jemput saya di rumah. Sehingga ke saat ini, saya masih kecewa dengan sikapnya yang tak boleh terima keadaan keluarga saya. Sedangkan saya cuba dan belajar untuk adapt dengan persekitaran keluarga dan suasana di sana. Macamana saya nak atasi masalah ini. Saya jadi geram dan tak bertegur sapa dengan suami kerana masalah ni. Forumer yang dah lama kahwin dan berpengalaman, mungkin ada pandangan dan cadangan dalam membentuk persefahaman di antara psangan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-6-2018 03:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Perkahwinan adik diaturkan ka oleh family?...sebelum berkahwin tak pernah bawa balik rumah perkenalkan pada family ka? ...berapa lama kenal sebelum kawin? ..family adik pengotor sangatkah sampai suami jijik? (Maaf soalan ni sekadar bertanya berikutan cerita adik tentang suami komen tentang family adik)

*******-....perkahwinan bukan setakat berkahwin dengan pasangan tapi lebih kepada menghormati seluruh family antara satu sama lain.  Jika dia tidak hormat family kita maka tak sesuai dijadikan pasangan. ...********
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-6-2018 03:40 PM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 19-6-2018 03:19 PM
Perkahwinan adik diaturkan ka oleh family?...sebelum berkahwin tak pernah bawa balik rumah perkenalk ...

Kami kenal setahun. Masa bercinta dan bertunang, suamipernah datang rumah. Blh bersembang dan berbual bual dengan ahli keluarga. Tapi mungkin ketika itu sekadar berbual ringkas.
Mengenai kebersihan, saya juga seorang pembersih. Saya yakin keadaan tandas di rumah saya bersih walaupun bukan kategori A. Saya tak tahu kenapa suami sukar nak get along dengan family. Sedangkan semua tahu perkahwinan adalah saling menerima bukan sahaja pasangan tetapi juga ahli keluarga. Saya pasti suami mengakui semua ini. Tapi alasan seperti tak boleh get along, tandas kotor, saya rasa itu semua hanyalah alasan sebab dia tak nak stay lama di rumah family saya
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2018 04:09 PM From the mobile phone | Show all posts
I ada saudara yg suami die geli dgn rmh kampung... bkn sorang je yg I tau perangai mcm tu.. mmg sampai ke tua mcm tu.. hmmm, yg I perasan the wife kena accept je perangai suami mcm tu...maybe bagi masa kot mana tau die berubah.. sbb u baru je kahwin
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-6-2018 04:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Minami2013 replied at 19-6-2018 04:09 PM
I ada saudara yg suami die geli dgn rmh kampung... bkn sorang je yg I tau perangai mcm tu.. mmg samp ...

Saya harap suami akan slowly boleh terima keadaan ini. Kalau tak, susah saya nak hadapi. Nak jaga hati fmily, air muka suami, macam2 kena fikir
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2018 04:28 PM From the mobile phone | Show all posts
raya jelah asing2
jangan la besar2 kan benda boleh selesai
ramai lagi takdak laki
hormat jr lah dia
dan anggap dia sedang menghormati tt juga
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-6-2018 06:33 PM From the mobile phone | Show all posts
tandas rumah suami & tandas rumah TT, mana lagi bersih?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-6-2018 07:48 PM From the mobile phone | Show all posts
onexox97 replied at 19-6-2018 04:28 PM
raya jelah asing2
jangan la besar2 kan benda boleh selesai
ramai lagi takdak laki

Betul perkara ni remeh. Tapi sikap sebegitu akan mendatangkan ketidakharmonian dalam keluarga dan ipar duai. Saya juga tahu ramai di luar sana menghadapi masalah rumahtangga yg lebih besar dan mampu hadapi dengan baik. Saya cuma mahu atasi hal remeh supaya tidak menjadi masalah besar sekiranya dibiarkan berlarutan. Even sekarang saya cuba memahami dan mendalami sikap, perangai dan sensitiviti suami. Tapi tidak adil kalau hanya di pihak saya cuba mencari kesesuaian tetapi di pihak suami, hanya tahu memburukkan dan menambahkan masalah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-6-2018 07:50 PM From the mobile phone | Show all posts
zuri154 replied at 19-6-2018 06:33 PM
tandas rumah suami & tandas rumah TT, mana lagi bersih?

Tandas di rumah suami lebih bersih sebab hanya 2 orang yang guna. Masing2 ada tandas dalam bilik masing2. Tandas di kampung berkongsi. Kadang2 cepat berbau. Tapi setiap hari tandas dicuci. Alasan tandas kotor tu hanya alasan untuk suami tak nak stay lama lama di kampung.
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2018 10:27 PM From the mobile phone | Show all posts
cuba snap gambar toilet. lepas tu kami bagi idea apa kena betulkan so masalah selesai. renovate toilet macam 5 star hotel toilet.
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2018 10:40 PM | Show all posts
dunia dunia

toilet punye psl pun hubungan bleh jd hambar
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2018 11:24 PM | Show all posts
Xkan la sehari dua pon xleh nak balik rumah inlaw?
Pelik, tp tt kena slow talk dgn hubby sebab ini akan menyebabkan family tt terasa nnt, xelok kalau mak bapa berkecil hati.huhu

Adakah toilet umah tt mcm toilet awam sampai dia geli sangat tu...
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2018 12:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Sorry tt..tp sy rasa ada masalah lebih besar selain dr alasan toilet..sebab selama tt kenal dia memang dia takkan masuk ke toilet selain rumah dia kah? Contohnya kat tempat kerja atau pam minyak. Memang dia akan balik rumah setiap kali dia nak kencing n verak?
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2018 07:21 AM From the mobile phone | Show all posts
libragirlzod replied at 19-6-2018 07:48 PM
Betul perkara ni remeh. Tapi sikap sebegitu akan mendatangkan ketidakharmonian dalam keluarga dan  ...

dalam banyak hal petua nak bahagia dalam hidup adalah bersyukur dan terima seadanya apa rezeki yg kita dapat
nak ubah orang adalah satu perkara yg sgt sukar jadi ubah je lah diri sendiri, terima saje lah peel perangai dia mcm tu, ada org sy kenal raya asing2, suami xpenah ikut isteri balik beraya, ada satu lg tu suami just hantar je isteri utk beraya rumah mak ayah dia tp jgn harap nk beraya bersama
jd kalu rasa boleh bincang bincang lah
kalau rasa bincang bawa mudarat, xyah bincanglah
rasanya uols ni ada masalah komunikasi
komunikasi tak berkesan
elok jgn ada anak dulu
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2018 08:44 AM | Show all posts
Edited by spankee_fili at 20-6-2018 08:49 AM

Macam husband ai, tandas kat rumah parents ai jenis cangkung tapi memang sentiasa bersih la, sentiasa bau Mr Muscle tapi heols prefer tandas duduk..
So kalau nak memerut heols akan ke shopping mall berdekatan sebab sana floor atas2 tandas duduk..haha
Tapi sebenarnya orang lelaki lagi senang nak blend in, bukak topik pasal kereta bola dah boleh rancak, bangun tengah hari pun bukan ada orang nak kesah..
Takpela you, sabar2 jela semoga dipermudahkan..Memang susah sebenarnya nak masuk family baru, tak semua orang ada bakat untuk beramah mesra dan selesa dengan cepat..jadi dia pun struggle jugak tu..tapi kalau dapat pasangan yang memahami yang sama kepala memang senangla, berkepit jek berdua lantak la orang nak kata apa pun..
Yang penting saling teman each other bagi selesa dulu..
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2018 09:40 AM From the mobile phone | Show all posts
I tak rasa pasal toilet je. Tapi pasal lain. Suami u tak boleh nak blend Ngan famili u rasanya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2018 10:44 AM | Show all posts
sombongnya laki tt, kalau betul dia sayangkan tt dia takkan buat mcm tu, bukan lama pun...sehari dua je kot, takleh tahan ke???? tak kira la apa alasan pun toilet kotor ke, family kolot ke..tak patut dia buat camtu....dia kena terima seadanya  
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2018 11:06 AM | Show all posts
hurrmmm eloklah topik ni
i target nak bagi duit mintak mak renovate toilet & bilik air kat rumah
if betul memang isu toilet semata... i paham toilet rumah kg even bersih nampak tak cantik mcm rumah tmn perumahan
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2018 11:20 AM | Show all posts
Belajar untuk menerima kekurangan suami TT. Baru sgt berkawen, masih dalam fasa mengenali. Jangan anggap benda tu kekurangan yang terlalu mengganggu emosi TT. Cuba dulu bawak berbincang. Mungkin suami ambil masa nak masuk dlm family TT. Macam TT jugak, tengah belajar2 nak masuk dlm family suami. Tp lelaki nih egonya tinggi sikit berbanding perempuan. Yg penting TT kena usaha untuk rumahtangga. Kadang2 isteri kena banyak beralah untuk keharmonian rumahtangga. Mmg betul apa TT cakap, xkan side TT jer yang nak kena faham suami sedangkan suami xde usaha ke arah tu. Klu dua2 fikir yg sama, susah masalah nak selesai.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-6-2018 11:44 AM From the mobile phone | Show all posts
airmineral replied at 19-6-2018 11:24 PM
Xkan la sehari dua pon xleh nak balik rumah inlaw?
Pelik, tp tt kena slow talk dgn hubby sebab ini  ...

Saya akui kami masih dlm proses adapt dengan kehidupan sbg suami isteri. Dia seorang suami yg baik dan penyayang.

Cuma bab bersama family sy dia susah nk blend. Family ramai adik beradik. Memang pada mulanya perasaan malu dan segan. Sama seperti apa yg saya lalui bila berkumpul bersama saudara mara dan sepupu sepapat dia. Tapi belajar perlahan lahan.. Dia hanya ada 2 org adik beradik. Tinggal di rumah sendiri tak bising, ada privacy. Dah membesar dengan cara begitu. Parents dan adik semuanya berpendidikan. Tak macam family saya. Orang kampung dan adik beradik setakat SPM sahaja.

Jadi mungkin pemikiran dan topik perbualan pun berbeza. Tapi saya ajar pada suami supaya berbual hal hal biasa shj. Jgn hal serius. Nanti mereka tak berminat dan join.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:29 PM GMT+8 , Processed in 0.072473 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list