Edited by EJALTI at 7-8-2018 06:38 AM
Lagi carutan bergema dalam Dewan Rakyat hari ini
https://www.malaysiakini.com/news/437774
Diterbitkan 7 Ogs 2018, 1:37 petang | Dikemaskini 7 Ogs 2018, 1:39 petang
Dewan Rakyat terus dicemari dengan penggunaan perkataan kesat, hari ini oleh Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabantangan) pula.
Wakil rakyat lantang itu hari ini naik angin dan menghamburkan kata-kata carutan dalam bahasa Inggeris, selepas diusik sama ada beliau ada pergi ke kasino.
Bung pada mulanya mencelah ketika Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) membahaskan isu pemansuhan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).
Khairy menceritakan pengalamannya ke sebuah pasar yang didakwanya menyaksikan harga barang lebih murah sebelum kadar GST diturunkan kepada sifar.
Willie Mongin (HARAPAN-Puncak Borneo) kemudian bangun bertanya:
|Pergi kasinokah kinabatangan?”
Ia merujuk kepada gambar tular berkaitan di media sosial.
Bung naik angin dan menjawab:
“Apa ini? Biadab! Ini kurang ajar, tarik balik. Ini biadab. Memangg kurang ajar. YB tak layak duduk sini. Samseng. What you want. You mau gaduh dengan saya?
Thomas Su (HARAPAN-Kampar) kemudian bangun berkata Puncak Borneo cuma bertanya soalan.
Ia menyebabkan Bung membalas dengan terus mencarut dua kali dalam Dewan. |