CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6185|Reply: 24

Usher Terpaksa Jual Rumah Mewah Gara-gara Skandal Dengan Dua Wanita, Seorang Lel

[Copy link]
Post time 29-8-2018 11:43 AM | Show all posts |Read mode
Kredit Foto: The Source




Menurut sumber RadarOnline, penyanyi Usher yang terkenal dengan lagu 'Burn' terpaksa menjual rumahnya akibat perbelanjaan tinggi membayar saman dan peguam kerana terpalit beberapa skandal memalukan.


Dua wanita dan seorang lelaki telah menyaman Usher kerana menjangkiti mereka dengan penyakit kelamin (STD) ketika berhubungan intim.




Kredit Foto: Rap-Up (Usher dan Quantasia)




Kedua-dua wanita itu, Quantasia Sharpton dan seorang lagi dinamakan sebagai 'Jane Doe' serta seorang lelaki dinamakan 'John Doe' telah menyaman Usher kerana menjangkiti mereka dengan herpes.


Lelaki terbabit mendakwa dia dan Usher melakukan hubungan intim ketika bertemu di sebuah spa di Koreatown, Los Angeles. Manakala, Quantasia mendakwa berhubungan dengan Usher ketika menghadiri konsertnya di Atlantic City. Sementara itu, wanita kedua pula mendakwa mengadakan hubungan dua kali dengan Usher.




Kredit Foto: GossipOnThis.com (Quantasia dan peguamnya)




Ketiga-tiga pihak yang menfailkan saman berjumlah ASD20 juta (RM80,440,000) pada Ogos, 2017 meminta mahkamah mengarahkan Usher membuat pemeriksaan kesihatan.




Kredit Foto: People




Sudah jatuh, ditimpa tangga. Susulan daripada pendedahan skandal memalukan ini, isterinya yang juga pengurusnya, Grace Miguel telah menuntut cerai.


Grace dilaporkan, menuntut wang sebanyak USD180 juta (RM723,960,000) sebagai harta sepencarian. Sebelum ini, Usher pernah berkawin dengan Tameka Foster, tetapi bercerai pada 2010.




Kredit Foto: Hollywood Reporter




Terbeban dengan saman demi saman, Usher dikatakan terpaksa menjual beberapa buah rumah mewahnya. Mungkin selepas ini, penyanyi terkenal itu perlu berfikir panjang sebelum melakukan sesuatu yang bodoh. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-8-2018 11:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Oh wow usher suka yg BBW ke hehe.
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2018 12:17 PM | Show all posts
Mak aii ngan Jantan pun sapu..
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2018 01:05 PM | Show all posts
bi rupanya dia nih... tak sangka
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2018 01:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Bizeks rupanya..
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2018 02:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Bininya tak jangkit herpes ke {:question Elok la berpisah dr dapat penyakit gini {:thief
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-8-2018 02:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Tapi yuna cuma crush je kan dgn usher ni?

{:smile
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2018 02:13 PM | Show all posts
ewwwww taste mamat ni

selayak la kene penyakit

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-8-2018 05:04 PM | Show all posts
amboii.. skandalnya pun.. boleh tahan...
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2018 05:54 PM | Show all posts
rasanya artis diorang ni mana kisah jantan betina..

bila nak, tak kisah la laki ke perempuan, asal boleh, berkenan, jalann
dah berapa kes dulu baca, lepas sorang-sorang cerita memang layan jantina sejenis. experiment lah, mabuk lah, pasangan jauh lah

asal dapat kepuasan
hidup berlandaskan hedonism
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2018 05:58 PM | Show all posts
Apa nak heran dengan geng ting tong macam dia orang ni nothing new pun untuk mereka beza umum tahu atau tidak je
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2018 07:07 PM | Show all posts
hauknya taste ko usher the who r yusss
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2018 01:52 PM | Show all posts
Wow mamat ni layan jantan jugak.
Sejenis sex addict ker dia ni?
Semua jantina dia sapu.
Taste pun bukan alang-alang.
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2018 01:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Brad pitt pn org speku bi kan. James dean pn katanya bi.
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2018 08:53 PM | Show all posts
kalu kt sana byk selebriti yg bisex kn cuma samada ada yg diketahui dan ada yg sebaliknya...

Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2018 03:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Sapa nak tengok Quantasia gesel2 nonek ngan Usha boleh jengok sini (mula minit 0:45):



Dang you go girl! Kena herpes seumor hidop pon at least mrasa la jugak humping ngan Usher, khuen?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-9-2018 05:22 PM From the mobile phone | Show all posts
chazey replied at 2-9-2018 03:32 PM
Sapa nak tengok Quantasia gesel2 nonek ngan Usha boleh jengok sini (mula minit 0:45):



Wakakakka mahap lah tapi tak berat ke oiii
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-9-2018 09:30 PM From the mobile phone | Show all posts
chazey replied at 2-9-2018 03:32 PM
Sapa nak tengok Quantasia gesel2 nonek ngan Usha boleh jengok sini (mula minit 0:45):



So selepas konsert nilah Quantasia terus diundang masuk kamar Ushar
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2018 03:20 PM | Show all posts
pelik bebenor tastenya.. quantasia sebesar asia pun selero... adoiiii
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2018 06:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Siyesla usher?well taste manusia berbeza kan..tp atleast stick to one personla..xpepasal herpes
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 07:43 PM GMT+8 , Processed in 0.082831 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list