Masa kini, harga rumah semakin mahal, lebih-lebih lagi di kawasan bandar yang pesat membangun. Jadi, cara terbaik bagi sesetengah orang ialah dengan menyewa sahaja dulu bagi yang belum mampu untuk memiliki rumah sendiri. Lebih-lebih lagi yang baru sahaja memulakan kerjaya.
Kebiasaannya bagi mereka yang ingin mencari rumah untuk disewa, mereka akan mencari iklan rumah sewa sama ada melalui carian di internet atau notis yang ditampal di sesetengah tempat di kawasan awam. Kemudian, sama ada mereka pergi melihat terlebih dahulu kawasan rumah tersebut atau akan menghubungi terus nombor telefon yang tertera.
Seorang pengguna twitter telah memuat naik status dan video yang telah dirakam oleh seorang lelaki yang ingin mencari rumah sewa dan dia ingin melihat sendiri keadaan rumah yang ingin disewa. Bagaimanapun, dia amat terkejut apabila melihat persekitaran di luar rumah flat tersebut dipenuhi dengan najis kucing. Ia memenuhi seluruh koridor di tingkat paling atas rumah flat tersebut.
Sanggup ke nak menyewa rumah macam ni?
Geli..dah jadi tempat tinggal kucing dah.
Rata-rata netizen yang melihat video tersebut turut terkejut dan berasa geli dengan keadaan luar rumah yang dipenuhi dengan tahi kucing. Rumah-rumah ditingkat paling atas flat tersebut semuanya tidak berpenghuni dan sebab itulah ia menjadi tempat tinggal kucing-kucing dan sekaligus membuang najis di situ.
Tengok pun dapat bau!
Yang lucunya, netizen turut berasa loya dan terbau tahi kucing setelah melihat video tersebut. Mungkin masing-masing dapat membayangkan keadaan tempat itu yang berbau busuk dengan lautan najis-najis kucing. Seperti tidak masuk akal pun ada juga kan? Bagaimana keadaan sebegitu boleh berlaku dan jelas bahawa tingkat paling atas flat itu sememangnya terbiar. Kalau dah macam ni, ada ke orang yang sanggup menyewa rumah di situ?
Tip halau kucing
Netizen turut berkongsi tip untuk menghalau kucing-kucing daripada membuang najis di kawasan rumah iaitu dengan meletakkan air berwarna merah di dalam botol. Tetapi ia hanya berkesan untuk sementara dan kucing akan datang semula. Ada yang cadangkan menggunakan cat repellent kerana ia betul-betul berkesan untuk menghalau kucing.
Jadi, bagi kalian yang sedang mencari rumah sewa, lebih baik kalian pergi melihat kawasan dan keadaan rumah yang ingin disewa terlebih dahulu. Apabila berpuas hati dan berasa selesa untuk tinggal disitu, barulah meletakkan bayaran deposit dan sewa rumah. - CARI |