Kredit foto: @FathiinNabiilah & Google
Masalah kekurangan tempat parkir kenderaan yang berlaku di sesetengah kawasan seperti hospital kerajaan dan kawasan kediaman yang padat dengan penduduk kadang kala menimbulkan perbalahan antara netizen. Parkir yang disediakan tidak mencukupi dan melebihi bilangan kenderaan yang digunakan oleh netizen sehingga terpaksa meletakkan kenderaan mereka dengan cara 'double park'.
Ramai netizen yang tidak suka apabila kenderaan mereka dihalang oleh kenderaan lain ketika berada di dalam petak parkir. Ini kerana, mereka terpaksa mengerah tenaga untuk menolak kereta yang menghalang kereta mereka sama ada ke depan atau ke belakang bagi memberi laluan kepada kereta mereka untuk keluar. Dengan cara lain, pemilik kereta yang 'double park' itu perlu meninggalkan nombor telefon untuk dihubungi agar mengalihkan kenderaan dengan segera.
Seorang pengguna twitter telah memuat naik status tentang situasi yang dilihatnya di salah sebuah tempat parkir kenderaan. Isu 'double park' kenderaan ini biasa berlaku dan pemilik kenderaan perlu bertimbang rasa dan menghormati antara satu lain. Tetapi wanita ini kesal kerana pemilik kereta yang telah menghalang pemilik kenderaan lain tetap dimaki walaupun telah meninggalkan nombor telefon untuk dihubungi.
"Dah tau double park, turun la handbrake. You stupid dildol. Please do not REPRODUCE" Kata-kata yang ditulis pada nota yang diletakkan pada cermin hadapan kereta.
Kenapa tak call?
Ramai netizen yang berasa ia tidak patut berlaku. Apa salahnya jika pemilik kenderaan yang berada dalam petak parkir tersebut menghubungi pemilik kenderaan yang menghalang keretanya kerana nombor telefon telah ditinggalkan.
Bukan semua kereta boleh turunkanlah handbreak bila double park
Rata-rata netizen yang telah biasa menghadapi masalah double park ini sama ada di parkir kediaman atau mana-mana tempat parkir awam amat memahami situasi yang berlaku. Biasanya mereka akan menurunkan brek tangan kenderaan mereka agar kereta mereka sedang di tolak bagi memberi laluan kepada kereta yang ingin keluar daripada petak parkir. Tetapi, ada juga jenis kenderaan yang tidak boleh dibuat sedemikian dan pemilik perlu meninggalkan nombor telefon untuk dihubungi.
Pernah call tapi tak dijawab!
Beberapa orang netizen pernah mengalami masalah yang mana pemilik kederaan yang menghalang kenderaan mereka tidak menjawab panggilan apabila dihubungi. Jadi, tiada gunanya jika mereka mereka meninggalkan nombor telefon tetapi sukar menjawab panggilan.
Jadi, jika dapat elakkan daripada 'double park', itu lebih baik agar ia tidak menyusahkan orang lain. Bukan apa, kadang kala ada netizen yang sengaja dan suka 'double park' hanya kerana ingin memarkir kenderaan mereka berdekatan dengan rumah mereka atau bangunan yang ingin mereka lakukan urusan. - CARI |