Artis realiti dan jutawan kosmetik, Kylie Jenner disaman oleh sebuah syarikat kosmetik kerana didakwa menciplak rangkaian dan meniru jenama mekap mereka, lapor Daily Mail TV hari ini.
Kredit Foto: Twitter
Saman itu difailkan di sebuah mahkaman persekutuan Amerika Syarikat (AS) hari ini, oleh Sheree Cosmetics yang mendakwa jutawan berumur 21 tahun dengan harta kekayaan bernilai lebih USD900 juta (RM3.7 billion) itu telah meniru jenama mereka Born To Sparkle, yang dikeluarkan 10 bulan lebih awal berbanding jenama sama milik Kylie.
Kredit Foto: Daily Mail
Sheree Cosmetics mula memasarkan jenama itu pada Oktober 2017 dan Kylie pula walaupun mempromosikan jenama itu lebih awal pada Julai 2018 dalam Instagram sebagai koleksi ulang tahun hari lahirnya, tetapi hanya mula memasarkan produknya pada 6 Ogos 2018.
Kylie memberitahu 117 juta pengikut instagramnya bahawa dia tidak sabar untuk berkongsi koleksi mekap baru dengan mereka.
Kredit Foto: Kylie Cosmetics
Dalam satu temubual eksklusif dengan Daily Mail TV, pengasas Sheree Cosmetics, Tiffany Herrmann berkata langkah menyaman Kylie itu adalah untuk melindungi syarikatnya.
"Kami perlu melindungi syarikat kecil kami kerana kami telah bekerja keras untuknya, kami tidak mahu idea kami dicuri," katanya.
Kredit Foto: Daily Mail
Tiffany menyatakan kebimbangan tindakan syarikat Kylie mengeluarkan jenama yang sama akan mengganggu jualan kosmetik Born To Sparkle miliknya.
"Kami mahu jenama ini dilindungi dan hak kami ditegakkan," tambahnya.
Kredit Foto: Sheree Cosmetics
Julai lalu, majalah Forbes menganggarkan jumlah kekayaan Kylie sebanyak USD900 juta (RM3.7 billion) dan USD800 juta (RM3.3 billion) daripadanya diperolehi menerusi Kylie Cosmetics yang diasaskannya pada tahun 2016.
Forbes juga meramalkan Kylie akan menjadi jauh lebih kaya pada ulang tahunnya yang ke 21 dan akan menjadi jutawan paling muda di dunia dengan pendapatan hasil usaha sendiri dan bakal memecahkan rekod pengasas Facebook, Mark Zuckerberg yang menjadi jutawan pada usia 23 tahun.
Hai, dah kaya raya pun masih menipu orang ke Kylie? - CARI |