CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 9523|Reply: 51

"Wany Hasrita, Jangan Duet Dengan Tajul Lagi"- Netizen

[Copy link]
Post time 8-11-2018 12:21 PM | Show all posts |Read mode




"Mungkin mereka belum melihat kelebihan saya."



Bintang Paling Popular 2018, Wany Hasrita akhirnya mengakui tidak mampu menepis persepsi negatif netizen terhadap kemenangan di luar jangkaan baru-baru ini. Apa yang mampu dilakukannya ialah tidak tertekan dengan pengaruh negatif serta berusaha membuktikan yang dia layak menyandang gelaran tersebut.


Di Twitter, seorang netizen memberikan saranan yang sangat bagus untuk dijadikan panduan buat Wany yang nampaknya masih terumbang ambing dalam mencari haluan seninya. Bagi netizen terbabit, Wany perlu bertindak drastik dengan berhenti menjadi klon Achik dan Nana. Ini bermakna tiada lagi lagu bersama Tajul dan cuba mencari identiti sendiri jika penyanyi Menahan Rindu ini betul-betul serius mahu berjaya.



Kredit foto: Twitter





Bagi Cala, lagu baru Wany yang berduet dengan Tajul sangat menyakitkan telinga mendengarnya. Mungkin alasan ia direkod sebelum dinobatkan Bintang Popular boleh diterima, tetapi setelah menang, Wany perlu mengubah muzik supaya lebih bertenaga dan tidak lagi menyanyi lagu leleh. Ini kerana suara Wany dalam kategori sedap.



Selain itu, bagi yang bertanya adakah salah berduet dengan Tajul, jawapannya bukan salah atau betul. Tetapi hasrat Wany ialah menjadi artis berkualiti, jadi perlu ada produk berkualiti baru layak digelar artis yang bagus.






Kredit foto: Carian Internet



"Betul lah, rasanya Wany perlu ubah style muzik, buang jauh muzik ala-ala Nana. Dah jadi Bintang Popular kot, tak salah nak demand sikit nak lagu yang lebih kualiti. Untuk karier dia juga."



Ramai netizen bersetuju dengan pandangan ini dengan menyatakan suara Tajul tidak sesuai berduet dengan Wany serta membuatkan ramai yang menyampah. Malahan mereka juga memberi contoh lagu 'Menahan Rindu' yang dinyanyikan oleh Marsha sangat segar setelah  di ubah suai muziknya.






Kredit foto: Ig




Bagaimanapun, ada juga yang berpendapat bahawa bukanlah kuasa Wany untuk menentukan muzik yang mahu dibawa. Semuanya bergantung kepada syarikat rakaman itu yang mempunyai sudut pandang tersendiri. Sebagai contoh ketika Ernie Zakri dibawah pengurusan lama, seperti terumbang ambing hinggalah berada di bawah pengurusan baru, barulah muziknya diterima ramai.





"Selain itu, Wany juga perlu stop cover lagu tak berfaedah seperti Syantik hanya kerana inginkan 'viral'. Apa yang penting ialah perbaiki vokal dan dapatkan lagu bagus seterusnya reka identiti sendiri."



Kredit foto: IG




Ramai yang tidak dapat menerima kemenangan Wany Hasrita kerana dia terlalu hijau dalam industri ini. Apatah lagi pencapaiannya juga tidak segah seperti yang diharapkan oleh peminat seni tanah air. Bagaimanapun ia adalah rezeki buat artis baru ini dan pastinya Wany sendiri mahu membuktikan yang dia layak menyandang Bintang Paling Popular. Jadi, nasihat netizen ini mungkin boleh diambil kira. Semoga berjaya. - CARI

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-11-2018 12:39 PM | Show all posts
Kosserrrrrr Cari-Azza ni. Tweet dari sorang netizen jer pun, terus bukak benang
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2018 12:54 PM | Show all posts
marah kenapa dia dicalunkan bukan marah Wani.. sebab dia dicalunkan dan dia ramai peminat.. Sah2 ABPBH popularity award... tapi aku setuju tolong jgn lagi berduet dengan tajul... sama kes ngan Nana la ni.. dulu dia pun tak boleh tentukan halatuju ikut kehendak dia.. lepas menang GV dan jalan sendiri baru la leh dengar lagu2 yang baik...
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2018 01:25 PM | Show all posts
Edited by seribulan at 8-11-2018 08:47 PM

hello wani barista bakal duet dgn tok mal tau

Wany Hasrita terkejut mahu ‘dilamar’ Jamal Abdillah
Diterbitkan: Khamis, 8 November 2018 6:16 AM



Wany tak sangka Jamal Abdillah mahu berduet dengannya. Foto: AZLINA ABDULLAH.


]PENYANYI Wany Hasrita terkejut apabila penyanyi terkenal Datuk Jamal Abdillah meluahkan hasrat untuk bekerjasama dengannya.

Wany atau nama sebenarnya Nurshazwany Hasrita Hasbullah, 26, berkata dia sememangnya sudah lama berharap dapat berduet dengan penyanyi itu.

"Saya terkejut juga bila tengok video Datuk Jamal kata dia nak bekerjsama dengan saya. Sebab dia penyanyi legend, saya sedar kedudukan saya di mana.

"Tapi tak sangka dia mahu berduet dengan saya. Dari dulu lagi, kalau orang tanya siapa penyanyi yang saya teringin berduet, saya mesti kata Datuk Jamal.


ARTIKEL BERKAITAN:








Wany sudah lama mengimpikan untuk berduet dengan Jamal Abdillah.


"Dari awal pembabitan saya dalam industri muzik ini, memang saya berharap sangat dapat bekerjasama dengannya," katanya kepada mStar Online.


Wany ditemui ketika sesi fotografi khas bersama mStar Online di Menara Star, Petaling Jaya, pada Rabu.



Menerusi video temubual bersama sebuah portal hiburan, penyanyi lagu Seroja ini meluahkan hasrat untuk 'melamar' Wany sebagai pasangan duetnya dalam sebuah lagu kelak.


Dalam pada itu, Wany memberitahu kerjasama itu mungkin bukan dalam masa terdekat memandangkan belum ada lagi perbincangan antara dua pihak.





[size=0.98em]

Namun, penyanyi lagu Menahan Rindu ini mahu membuat persiapan dan memperbaiki kelemahan dalam nyanyiannya terlebih dahulu.


"Saya tidak rasa kerjasama itu akan ada dalam masa terdekat. Mungkin tahun depan atau tahun seterusnya.


"Sebab belum ada perbincangan apa-apa antara pihak saya dan pihak dia. Tapi apa-apa pun, saya perlu buat persiapan dan perbaiki kelemahan dalam nyanyian.


"Saya perlu ada peningkatan sebelum kerjasama dengan dia. Sekarang ini, saya ada juga masuk kelas vokal dan ada perancangan untuk masuk kelas persembahan juga," ujarnya.

Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/hiburan/ ... PWzglfIAlhv7zqB2.99

Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2018 01:26 PM | Show all posts
well, meols bukanlah peminat tegar Wany Hasrita tapi dah kenapa dlm ramai2 BBNU ramai yang sakan membuli sheols selepas menang ABP baru2 ni? kalaulah ditakdirkan orang lain yang menang let's say no 2 dlm undian which is Khai Bahar, adakah netizens2 berikut bakalan membuli heols juga?
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2018 02:50 PM | Show all posts
aku serius nak tanya nih....

apa korang rasa pasal suara wany ni...
1- adakah betul2 berkualiti?
2- adakah betul2 unik atau special?
3- adakah suara dia ada 'weight'?
4- adakah suara dia punya identiti tersendiri?

aku tak persoalkan populariti dia ya..
da menang tu... rezeki la namanya...
cuma tuk masa hadapan tu... camna?
boleh kah wany ni bertahan? bersaing?


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-11-2018 02:52 PM | Show all posts
mieymiey replied at 8-11-2018 12:39 PM
Kosserrrrrr Cari-Azza ni. Tweet dari sorang netizen jer pun, terus bukak benang

pastu gaya berita mcm ramaiiiii jer netizen beranggapan mcm tu..
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2018 03:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni suara lembek...pastu mmg xde aura.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-11-2018 03:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Kawan aku cakap dia poyo? Betul ke? Aku kalau dengar ura-ura ni, memang tak nak caya. Yang pasti aku tak minat dia.
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2018 03:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Kawan aku cakap dia poyo? Betul ke? Aku kalau dengar ura-ura ni, memang tak nak caya. Yang pasti aku tak minat dia.
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2018 03:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Safiey illias dah sound wany haaaa sebab mashup kan lagu dia. Iols tertengok dekat ig semalam. Bagi iols memang patut pun SI tu meroyan (sorry bukan nak backup SI) sebab trend artis sekarang ni kalau lagu best je terus nak buat cover. Nak viral la tu kan. Tambah pulak kalau diorang nyanyi lagi sedap dari penyanyi asal. Habis la semua follower puji pastu lahar penyanyi asal
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2018 03:44 PM | Show all posts
wani sesuai dengan lagu yang dia mash up tu, rancak, try la wany, genre pop rock .. stop dulu lah lagu leleman ni, ASK hari tu teruk eh kau bawak life, hancur lagu hati kama iols ...
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2018 03:45 PM From the mobile phone | Show all posts
laksmanabentan replied at 8-11-2018 02:50 PM
aku serius nak tanya nih....

apa korang rasa pasal suara wany ni...


apa korang rasa pasal suara wany ni...
1- adakah betul2 berkualiti?
TAK
2- adakah betul2 unik atau special? BIASA JE
3- adakah suara dia ada 'weight'?
Langsung takde
4- adakah suara dia punya identiti tersendiri?
Ada. Suka melewehkan lagu which is for me sangatlah bosan bila dengar suara dia (eh ni kira identiti suara ke? Lantak la. Haha)
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2018 03:49 PM | Show all posts
wani ni suara dia takde weigth.. vokal okeylah.. tok mal plak nak duet.. blajalah vokal wani .. dh nyanyi dkt ask tp suara masih weak takde weight.. do soemthinglah wani.. kang ko duet ngan tok jamal pun org masih pertikai.. tok jamal bagi peluang tu buatlah elok2.. org kalau suara sedan improve hater pon boleh jadi fan
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2018 04:00 PM | Show all posts
mek rasa, 2/3 thun lg flop ilang d telan zaman mcm najuwa letih...
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2018 04:03 PM | Show all posts
asmara_me replied at 8-11-2018 03:44 PM
wani sesuai dengan lagu yang dia mash up tu, rancak, try la wany, genre pop rock .. stop dulu lah la ...

hancur ke? boleh lah, jgn banding dgn Tok Ti
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-11-2018 09:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Suara dia gemersik kekadang tp xde momentum
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2018 10:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia jer yang bawa lagu dengan penuh lenggok. Tapi I tetap tak berkenan suara dia, tak berapa sedap I dengar. Bukan ker under fmc? Memang begitu la standard dari dulu. Bersaing dengan src dulu pun bermodalkan retis leman.
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2018 10:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Makin lama makin bosan dengan dak wany ni. Dia acah2 nana eh.
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2018 10:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak sedap...biase je sheols nyanyi..gembar-gembur lebih-lebih, ujung-ujung nyanyi live hauk
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 01:04 AM GMT+8 , Processed in 0.056718 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list