Walaupun hubungan Syafie Naswip dan Aishah Azman sudah lama mendapat restu keluarga namun masih tiada tanda yang mereka sedang merancang untuk majlis perkahwinan.
Pertemuan dengan keluarga juga telah lama diadakan untuk merapatkan hubungan kekeluargaan antara kedua belah pihak.
Foto: IG Syafie
"asal kahwin... Tiada perancangan dalam masa terdekat walaupun sudah tiga tahun bercinta. Insya-Allah kalau ada jodoh pasti tidak ke mana," katanya pada Mstar Online.
Aishah sendiri telah lama mengenali Syafie sebelum dirinya bergelar pelakon lagi. Dia memuji sikap teman lelakinya itu yang dilihat sebagai seorang yang berani dan mempunyai hati yang baik.
Mungkin kerana telah terlalu lama mengenali jadi tiada langsung rasa bimbang dengan hubungan masing-masing. Apa yang penting adalah setia dan jujur.
Moga hubungan Syafie dan Aishah kekal bahagia hingga ke jinjang pelamin. - CARI
|