View: 8823|Reply: 45
|
Henry Golding Bintang Asia Pertama Terima Penghargaan 'Men Of The Year' Majalah
[Copy link]
|
|
Henry Golding adalah nama baru dalam industri perfileman Hollywood tetapi beliau sekali lagi mencipta sejarah. Isnin lalu majalah GQ mengumumkan bahawa bintang Crazy Rich Asian itu dipilih sebagai salah seorang daripada 4 pemenang anugerah tahunan 'Men (and Woman) of the Year' dan menghiasi muka depan majalah terkenal itu.
Kredit Foto: GQ
Pemenang lain tahun ini termasuklah pelakon Michael B. Jordan, Jonah Hill dan pemain tenis handalan Serena Williams. Ini adalah kali pertama majalah unggulan itu memilih warga Asia sebagai pemenang anugerah 'Men of The Year'.
Kredit Foto: GQ
Pemilihan Henry disambut dengan penuh kegembiraan oleh komuniti netizens warga Asia. Ini kerana selama ini media Barat selalu memaparkan imej lelaki Asia sebagai lemah dan tidak menarik. Menurut artikel dalam majalah tersebut, Henry dilabel sebagai 'bintang filem paling menyinar tahun ini' dan pemilihannya adalah kerana kejayaannya menempa nama hanya dengan satu filem sahaja.
Kredit Foto: Twitter
Menurut majalah itu lagi, filem Crazy Rich Asian ditunggu-tunggu oleh penggiat Hollywood dan ramai menjangkakan ianya akan sukses besar. 'Ternyata telahan itu tepat, dan Henry kini antara bintang baru paling laris di Hollywood, kerana banyak faktor; kacak, berkarisma dan punya loghat yang mempesonakan' tambah majalah itu lagi.
Kredit Foto: GQ
Dalam muka depan majalah tersebut Henry mengenakan pakaian dengan nuansa retro. Henry menyatakan penganugerahan ini satu penghormatan buatnya. Kemenangan Henry turut dikongsi oleh rakannya dalam filem Crazy Rich Asian.
Kredit Foto: Twitter
Bintang Henry semakin menyinar. Selepas filem Crazy Rich Asian meletup di pawagam, Henry kemudian muncul dalam ,A Simple Favor bersama Blake Lively dan Anna Kendrick, disusuli dengan filem British 'Monsoon'. Tidak lama berehat Henry bakal memulakan penggambaran filem 'The Last Christmas' dan disusuli 'Toff Guys'.
Nampaknya bintang kacukan British-Malaysia kelahiran Sarawak ini semakin gah di persada filem Hollywood.- CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Dah dengan Liv Lo, pengacara TV juga, kacukan Italy-Taiwan
|
|
|
|
|
|
|
|
tahniah. tak sangka dia ni pergi holiwood walaupun agak who are yus kat malaysia |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by borrow at 19-11-2018 09:30 PM
Awal karier heols jd host 8tv Quickie. Bertenggek ai dpn tv nak tgk bam Henry. Tak sangka 9 thn later heols mendunia.
Congratz
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Sang_Pencinta replied at 19-11-2018 07:48 PM
Dah dengan Liv Lo, pengacara TV juga, kacukan Italy-Taiwan
Ooo msti cun mcm dia jgk....hehe |
|
|
|
|
|
|
|
cahaya_almas: Dia dah kawinke..
Dah. Dia dah kawen |
|
|
|
|
|
|
|
Tak sangka Henry ni meletop kat Hollywood... i suka tengok dia jadi host... dia jadi host untuk channel Go Asean... kadang2 sanggup tengok repeat sebab suka sangat dia hosting program tu... |
|
|
|
|
|
|
|
Moga bam Henry sentiasa keeps his head grounded dan tidak lupa diri oleh instant success ini. ALL THE BEST IN LIFE HENRY EWAN GOLDING! |
|
|
|
|
|
|
|
Ketypurry replied at 19-11-2018 08:20 PM
tahniah. tak sangka dia ni pergi holiwood walaupun agak who are yus kat malaysia
Takda maknanya whoareyus zaman meletop sebagai Cleo's Most Elligible Bachelor dan host 8TV Quickie dolu siap gosip minah hudoh berangan gilpren heol masuk tered gosip tempatan hingga tahap diCSI forumer. Ko tak tau? |
|
|
|
|
|
|
|
borrow replied at 19-11-2018 08:56 PM
Awal karier heols jd host 8tv Quickie. Bertenggek ai dpn tv nak tgk bam Henry. Tak sangka 9 thn late ...
Alahaiiiii satu ketika dulu!
Awek Cina tu sapa nama ya? Ai suka sheol dolu. But takleh tanding gandingan Rina ngan Phat Fabes. Klaka namamps. |
|
|
|
|
|
|
|
This is just a beggining.. masih jauh lg perjalanan heols kat hollywood sana. Semoga terus sukses membawa nama malaysia. |
|
|
|
|
|
|
|
tau jah. tapi pencapaian takdelah macam keith foo, fatah amin etc
|
|
|
|
|
|
|
|
Belinda. A ah Rina best , but sheols byk kerja blkg tabir.
|
|
|
|
|
|
|
|
Ketypurry replied at 19-11-2018 10:42 PM
tau jah. tapi pencapaian takdelah macam keith foo, fatah amin etc
Ler, sah2 karna heols bukan berkecimpung sepenuhnya sebagai pelakon dan tak berapa nak terer cakap BM so susah nak dapat role dalam derama ka filim Melayu. Tapi heols ada jah buat cameo dalam filim Pisau Cukur. Heols juga ada berlakon filem seram thriller indie yang akak tak ingat ape dah tajuknya but berlatarkan hutan tropika Sarawak. Hada tered gak pasal movie heols di board filem dan wayang dolu. |
|
|
|
|
|
|
|
borrow replied at 19-11-2018 10:44 PM
Belinda. A ah Rina best , but sheols byk kerja blkg tabir.
Yaaaa Belinda Chee!
Ai paling nyampah si Moyan tu jadik host 8TV dolu. Macam kuntrol cun sangat. |
|
|
|
|
|
|
|
Bagi iols isu ni tak significant. Sebab gq taruh serena williams is the man (woman) of the year. |
|
|
|
|
|
|
|
Salah satu faktor sbb dia kacuk kot.. Faktor utama of cos lah bakat, rezeki, takdir... |
|
|
|
|
|
|
|
Takdelah who are yous sangat dia kat sini. Dia ada standard tersendiri. Lepas tv local, terus pergi BBC. Mengacara pun bagus |
|
|
|
|
|
|
| |
|