Sudah lama saya R&D dengan pelbagai formula & brand sabun baju untuk jadikan baju sentiasa putih 👔. Tapi tidak pernah menjadi. Guna clorok, baju akan jadi kuning. Guna nila, baju akan jadi lebam. Guna vanish, kos tinggi. So..... Saya tanya sepupu saya Siti Atirah Sharifuddinyang bekerja sebagai nurse. Apa rahsia nurse2 menjaga uniform untuk sentiasa putih? Nahhhhhh.... Nin diaaaa cara2 nya. Anda boleh cuba untuk uniform anak2 sekolah nanti 💕💕💕 Saya suka guna sabun Lux - Rose. Sebab bila baju dah kering, bau ros 🌹masih ada. Kerja lebih sikit untuk memarut sabun ketul tu tapi tak mengapa lah, saya tidak sibuk mana pun untuk menjadikan itu satu alasan 😎 Rendam baju2 putih dengan sabun lux yang diparut selama 1malam. Saya tambahkan sikit sahaja sabun baju biasa... Esoknya, terus on mesin basuh. Tidak perlu sental...
credit : Leena Hassan
|