kat melaka katanya
Tidak cukup dengan rusuhan di seafiled selangor,hari ini seluruh rakyat malaysia khususnya rakyat melaka dikejutkan sekali lagi dengan insiden yang tidak bertanggungjawab dan mampu untuk menggugat kenteteraman awam apabila daging dan tulang babi dilemparkan di kawasan surau taman serkam darat.Seperti yang kita semua maklum perbuatan ini adalah satu bentuk penghinaan kepada institusi agama islam apabila tempat ibadat sengaja dicemari oleh daging babi yang begitu sensitif kepada umat islam. Pergerakan pemuda UMNO jasin mengecam perbuatan yang tidak bertanggungjawab ini dan menggesa agar pihak kerajaan negeri dan pihak polis untuk mengambil tindakan yang tuntas dan keras kepada orang yang melakukannya. Kami percaya keamanan yang dikecapi selama ini adalah bertunjangkan sifat hormat menghormati dan toleransi sesama kaum,dan menjadi tanggungjawab pemimpin untuk kita sama2 mendidik dan menjaga rakyat agar sifat ini sentiasa diamalkan demi untuk mengekalkan keamanan di bumi malaysia tercinta ini. Pergerakan pemuda UMNO bahagian jasin tidak akan berkompromi kepada sesiapa sahaja yang ingin melakukan provokasi murahan untuk menggugat ketenteraman rakyat dan kami bertekad untuk mempertahankan keamanan bumi malaysia ini walau apa jua yang berlaku. Jangan disimbah minyak kepada api yang sedang membara dan jika pihak kerajaan negeri mengambil ringan mengenai perkara ini,kami percaya ia akan menjadi semakin parah ada masa yang akan datang.
Dr akmal saleh
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO bahagian Jasin
|