View: 6024|Reply: 43
|
Dah Jenuh Asyik Kecewa Bercinta, Lelaki Ini Siap Keluarkan Kontrak Nak Cari Girl
[Copy link]
|
|
Memang penat agaknya asyik kecundang dalam percintaan sampaikan seorang lelaki ini sanggup membuat kontrak bagi wanita yang ingin berkenalan dengannya.
Kredit foto: Twitter
Tular menerusi Twitter, pun begitu lelaki ini telah pun memadam posting itu. Menurut mStar, kontrak 'Perjanjian Dua Hati' ini mempunyai 40 syarat secara keseluruhannya tapi ini antara beberapa syarat yang telah didedahkan:
1. Kedua-dua pihak perlulah setia dan kommit dalam tempoh perkenalan. Tidak boleh ada orang ketiga.
2. Jika ada yang tidak disukai pada pasangan sila berterus terang untuk perbincangan. Perkara ini merujuk kepada segala aspek habit, tingkah laku, cara layanan dan pandangan luaran.
3. Dalam urusan temu janji, segala hak modal adalah sama rata. Dan kedua pihak perlulah mengeluarkan secara saksama. Duit makan, minyak, tol dan segala hal yang membabitkan wang. (Perbincangan perlulah dilakukan jika salah seorang kekurangan wang.
4. Bagi menghormati proses perkenalan, dilarang untuk anda berkenalan dengan orang lain melainkan hanya sekadar berkawan dan bukan tujuan masa depan. Jika telah berlaku sila rujuk dan berbincang. Jika tiada persetujuan maka perlulah proses penyisihan.
5. Bentak, menengking, memukul sehingga berlaku kecederaan adalah kesalahan besar. Dan anda akan dikeluarkan dari kontrak ini serta merta. Jika itu adalah di luar kemampuan emosi anda sila jelaskan pada surat rayuan pada halaman belakang kontrak ini. Dalam pada proses rayuan, hukuman tetap dijalankan. Anda tidak boleh menghubungi pasangan dalam tempoh 3 hari.
6. Dinasihatkan jangan berharap dan meletakkan segala perasaan yang tinggi. Biar bersederhana dan dalam keadaan berjaga-jaga. Segala kemungkinan boleh berlaku dan untuk kebaikan anda tidak terluka sakit.
Kredit foto: Twitter
Kerana sering putus cinta, dia mengatakan ingin menggunakan cara baru dalam mencari cinta. Ramai yang mengecam lelaki ini kerana dikatakan ingin meniru drama Melayu dalam yang ditayangkan dalm televisyen.
Walaupun nampak mengarut, rupanya ramai yang telah direct message lelaki tersebut bagi mencuba nasib. Namun begitu hanya tiga orang yang betul-betul berminat nak jadi kekasihnya.
Tapi sayangnya ketiga-tiga wanita ini angkat kaki selepas membaca dua syarat dalam kontrak tersebut. Yang pertama hanya boleh mengucapkan kata-kata rindu atau cinta sebulan sekali. Selain mereka tidak bersetuju dengan syarat 'tidak boleh bersentuhan'.
Lelaki ini menambah bahawa cara ini bukanlah untuk mencari publisiti murahan tapi hanyalah ingin lebih berhati-hati dalam menjalin perhubungan.
Rata-rata netizen sebenarnya tepuk dahi apabila membaca syarat-syarat yang dikemukakan oleh kontrak itu.
Kredit foto: Twitter
Ada yang sanggup tak ikut 40 syarat ini? -CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Haha contract tu mcm lebih pd dia jememang single la kau xde sapa nak. Dah la kedekut kena bayar asing2 |
|
|
|
|
|
|
|
Patut ler selalu dikecewakan |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau lepas semua tu kahwen ke tak? |
|
|
|
|
|
|
|
Muka pun sedeyh. Nak letak syarat konon.{:thief |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by msel at 28-11-2018 12:13 PM
Kalau dah selalu dikecewakan, kau lah kot yang problem. takde kontrak pun cinta tak lekat, apetah lagi berkontrak bagai.
|
|
|
|
|
|
|
|
Saje nak cari perhatian mamat ni |
|
|
|
|
|
|
|
bajet hero novel le tuwww..... mesti berangan nak gf kontrak berwajah ala heroin novel
lapar likes hadap viral budak2 sekarang ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Ok la buleh buat drama cinta 40 syarat heheheh |
|
|
|
|
|
|
|
anak raja sultan ka siap kontrak2 plak ko???
whoo r yussssssss?!!
|
|
|
|
|
|
|
|
Bajet2 la. Semoga ketemu jodoh |
|
|
|
|
|
|
|
kalo dah selalu sangat putus cinta elok cermin balik kekurangan diri tu dari buat kontrak atau benda yg bukan2 |
|
|
|
|
|
|
|
Peminat novel cinta atau drama akasia pukul 7 malam d tv3 ke budak ni??? |
|
|
|
|
|
|
|
geli nye la mamat ni..ko hengat skali bercinta trus cinta mati ke weyh??tu sume takdir tau..xpenah dgar ke org ckap percintaan ni perjudian hidup? |
|
|
|
|
|
|
|
Patut la kena tinggal.. laki bodo rupanya, ko bebal much ya dik smpai kena kontrak bagai? |
|
|
|
|
|
|
|
Seriously syarat tak boleh bersentuhan? Kalau nak acah2 alim kat sini terus bawak kahwin je.Takut ko yang jadi setan je nanti sendiri tak tahan. Kalau letak syarat jumpa family terus set tarikh nikah takpe jugak. |
|
|
|
|
|
|
|
Berangannyeeeeeeeee
Klu ade pun pmpuan yg boleh ikut kontrak tu kompem relationships ko bosan gile sbb byk sgt rules. Relationship ni unpredictable mana ada yg sempurna serba serbi |
|
|
|
|
|
|
| |
|