|
Peminat David Beckham, 47, mempertahankan bekas pemain bola handalan itu yang dikecam oleh netizen kerana memuatnaik sekeping gambar beliau sedang memberikan ciuman mulut kepada anaknya, Harper, 7.
Kredit foto: Instagram
Beckham berkongsi gambar itu yang menunjukkan mereka berdua sedang meluangkan masa bermain luncur-ais di London. Bagaimanapun gambar yang bertujuan menunjukkan kemesraan anak beranak itu mendapat kecaman sesetengah netizen yang berkata adalah salah untuk seorang bapa mencium anak perempuan di mulut. Kecaman itu ditentang oleh ramai peminatnya termasuk beberapa orang selebriti yang berpendapat ianya sesuatu yang normal.
Kredit foto: Instagram
Antara kecaman itu termasuklah ‘saya tidak kisah sama ada bapa atau anak, tetapi ini sesuatu yang salah’ . ‘ Dia anak gadis kau, kenapa cium di mulut?, Ciuman mulut hanya untuk isteri!’. Manakala seorang mencadangkan ‘Untuk anak, Beckham perlu cium di pipi sahaja, lebih baik daripada ciuman mulut ‘. Bagaimanapun majoriti daripada komen yang diterima adalah positif dan menyokong cara Beckham dalam membesarkan anaknya dengan Victoria termasuklah Brooklyn, 19, Romeo, 15, Cruz, 13 dan Harper.
Kredit foto: Instagram
‘Ini gambar yang indah menunjukkan kasih sayang bapa, kenapa ada yang tak suka?' Kata seorang peminat.
Seorang lagi berkata ‘Kalau kamu fikir ini salah, bagus kamu dapatkan rawatan mental’. Malahan seorang peminat berkongsi cerita walaupun dia sudah berumur 30 tahun tetapi masih mencium kedua ibu bapanya.
Kredit foto: Daily Mail
Beberapa orang selebriti turut masuk campur. Rabekah Vardy (WAG) menyokong Beckham dan menyatakan dia juga mencium anak-anaknya di mulut tetapi Piers Morgan tidak bersetuju dan berkata ‘ianya sesuatu yang ganjil’.
Kredit foto: Instagram
Bingung dengan perdebatan hangat antara kedua belah pihak, Beckham berkata ‘Saya mencium semua anak saya di bibir kecuali Brooklyn kerana dia sudah dewasa, ini cara kami suami isteri menunjukkan kasih sayang, melindungi, menjaga dan menyokong mereka’ tegasnya. Isterinya Victoria pula turut bersimpati dengan suaminya yang dikecam ramai.
Jadi, salahkan David Beckham mencium anaknya di mulut sebagai tanda kasih sayang seorang bapa? -CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|