Peniaga dalam talian sememangnya memerlukan kesabaran tinggi dalam menghadapi pelbagai ragam pelanggan. Lebih-lebih lagi sekiranya pelanggan berkenaan merupakan seorang yang kurang sabar dan panas baran.
Seorang pengguna Facebook, Nor Amirah berkongsi pengalamannya terpaksa melayan kerenah pelanggan yang tidak menyempat-nyempat menunggu barangnya tiba di muka pintu.
Jangan beli barang online kalau tak menyempat
Menerusi perkongsian perbualan aplikasi WhatsApp mereka, dilihat pelanggan berkenaan tidak dapat mengawal amarahnya hingga mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Nor Amirah kerana kelewatan itu.
Malah, pelanggan berkenaan seolah-olah enggan memahami situasi sebenar dan bertindak melulu dengan menuduh Nor Amirah seorang penipu.
Mungkin kerana berasa malu, individu terbabit kemudiannya bertindak menyekat nombor Nor Amirah.
Perkongsian itu menimbulkan kemarahan orang ramai kerana seolah-olah 'baru keluar gua' dan tidak tahu konsep membeli secara dalam talian.
Baru keluar gua kot...
Namun, ada juga beberapa komen melucukan daripada netizen yang 'baik hati' membantu menjejaki penghantaran pembelian individu berkenaan.
Mengamuk la barang tak sampai lagi tu...
Bagaimanapun, Nor Amirah kemudian menyatakan individu terbabit sudah menghubunginya dan meminta maaf bagi pihak suaminya. Katanya, bukan dia yang memaki hamun Nor Amirah, sebaliknya suaminya yang bertanggungjawab dalam hal ini.
Pun begitu, tiada siapa mempercayai alasannya kerana ia tidak logik.
Kesian, suami pula kena fitnah
Kredit foto: FB Nor Amirah
Bersabarlah Nor Amirah, semoga kejadian ini tidak mematahkan semangat awak untuk bertambah maju dalam perniagaan online. - CARI |