Kredit foto: IG Fiza Halim
"Berbaloi ke dua bungkus Nasi Goreng Cina kosong tanpa sayur dan ayam berharga RM26.30?"
Pelakon Fiza Abdul Halim berasa kesal dan tidak berpuas hati apabila dikenakan bayaran tidak masuk akal bagi dua bungkus nasi goreng yang dibeli untuk anak-anaknya.
Dalam satu kemas kininya di Instagram, Fiza turut meluahkan rasa terkejutnya apabila mendengar harga itu daripada sepupunya.
"Takkan nasi goreng bodoh macam ni jatuh sampai RM11 lebih.
"ada pihak berkenaan, tolong pantau pekerja anda," katanya.
Rata-rata pengikutnya turut tidak berpuas hati dan merasakan tidak wajar pemilik bistro berkenaan meletakkan harga setinggi itu kepada pelanggan.
Malah, ramai juga yang menggesa pelakon itu supaya membuat aduan di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).
Betul kata netizen, harga dua bungkus nasi itu boleh beli beras 10 kilogram! Cekik darah sungguh! - CARI
|