View: 6563|Reply: 20
|
Jadi Jutawan Hanya Dengan Curi 1 Sen! Kisah Penggodam Terkenal Tahun 90-an
[Copy link]
|
|
Jika anda masih ingat pada tahun 1990, terdapat satu rompakan bank melalui penggodaman sistem perbankan.
Kejadian ini diklasifikasikan pihak polis pada ketika itu sebagai profesional dan dilakukan dengan begitu teliti sehinggakan majikannya sendiri tidak menyedari ketika kejadian tersebut berlaku. 'Lebih hebat', rompakan itu hanya dilakukan seorang suspek sahaja, iaitu Aman Shah.
Keratan akhbar mengenai Aman Shah
Aman Shah yang dilahirkan pada tahun 1966, melakukan perbuatan tersebut ketika umurnya baru mencecah 24 tahun. Hasil daripada aktiviti penggodaman tersebut, dia memperoleh hampir RM41 juta secara keseluruhan.
Dia yang berkerja sebagai eksekutif hanya memperoleh gaji kira kira RM1,800 pada ketika itu. Namun, dia menjalani kehidupan yang sangat mewah dan memiliki 6 buah kereta sport yang hanya seorang jutawan saja mampu memilikinya.
Berikut antara kereta mewah dimilikinya yang bernilai hampir RM3.05 juta!
1. Lamborghini Countach (RM1.3 juta)
2. Porsche 928 S4 (RM 638,000)
3. Porsche Carrera (RM350,000)
4. Mercedes Benz 300SL (RM 502,000)
5. Mercedes Benz 300E (RM 192,000)
6. BMW 329I (RM68,000)
Antara koleksi kereta mewah milik Aman Shah
Bagaimana Aman Shah berjaya diberkas?
Ketika dia bekerja sebagai eksekutif di bank Hock Hua Bank cawangan Raja Laut, dia merupakan seorang pekerja yang agak cekap. Majikan Aman menghantarnya ke kursus komputer untuk mengasah bakat dalam perlaksanaan operasi bank.
Kemudian, dia dinaikkan pangkat sebagai ketua di Jabatan pemprosesan SPEED iaitu Sistem Pemindahan Elektronik Untuk Dana dan Sekuriti.
Melalui jawatan dan kemahirannya, dia melaksanakan operasi dengan memindahkan 1 sen setiap hari dari setiap akaun di Hock Hua Bank ke akaun proksi lain kepunyaanya.
Aman hanya melakukan penggodaman kod keselamatan dan memindahkan wang pelanggan ke dalam akaunnya hanya dalam tempoh 14 hari.
Aktiviti ini agak genius pada ketika itu kerana sistem bank masih mengemas kini akaun secara manual menggunakan buku bank di kaunter. Jika pada hari ini, kemungkinan pencuri akan ditangkap pada hari pertama ianya dilakukan.
Majikannya berasa pelik bagaimana seorang eksekutif yang hanya memperoleh gaji sebanyak RM1,800 boleh mempunyai pelbagai kereta mewah.
Disebabkan kegilaannya dan kebanggaan terhadap kereta mewah miliknya, Aman pernah dijemput untuk ditemu ramah rancangan televisyen (TV) sekapur sireh pada 1990 mengenai kekayaannya.
Dengan bangga, dia menceritakan segala kekayaannya tanpa memikirkan tindakan itu boleh menimbulkan syak wasangka orang ramai tentang bagaimana dia 'dilanda' kekayaan tersebut.
Pada ketika itu, Aman telah meletak jawatan. Melalui rancangan itu, majikannya berasa curiga dan bertindak melakukan audit terhadap transaksi yang dilakukan Aman ketika dia bekerja di bank tersebut.
Aman Shah, penggodam jutawan
Akhirnya, Aman Shah berjaya ditangkap dan diberkas di kondominium mewahnya di Bangsar tiga hari kemudian dan dijatuhkan hukuman lima tahun penjara.
Khabar angin juga mengatakan Aman Shah mendapat layanan istimewa seperti ditugaskan untuk bekerja di pejabat, dan pernah ditawarkan bekerja dengan Jabatan Jenayah komersial untuk PDRM, namun tiada bukti kukuh.
Aman Shah kini berumur 52 tahun dan menetap di Ampang, Kuala Lumpur. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Kendu juga orangnya sis! So kereta dah banyak, aweks ada juga ke masa tu dekkk? Ke ummah lemari? |
|
|
|
|
|
|
|
crita lame ni..die de awek ms tu...
rse kete ke acc ltk name awek die..n pnh couple ngn zizie ezzete
|
|
|
|
|
|
|
|
misz_sanggul replied at 12-12-2018 11:24 AM
crita lame ni..die de awek ms tu...
rse kete ke acc ltk name awek die..n pnh couple ngn zizie ezz ...
Alaaaaaaaa...... dekkkk! |
|
|
|
|
|
|
|
tertangkapnya beliau menyebabkan hajat beliau tidak kesampaian utk memiliki Equanimity |
|
|
|
|
|
|
|
huhu tak berapa nak kendu
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
bawangkecik replied at 12-12-2018 11:37 AM
huhu tak berapa nak kendu
Ye la sis. Huduh pula di sini sis. |
|
|
|
|
|
|
|
Riak terus tertangkap. Nampak segak waktu muda eh tp last gmbo dgn zizie hurm beshe beshe je.. |
|
|
|
|
|
|
|
Riak terus tertangkap. Nampak segak waktu muda eh tp last gmbo dgn zizie hurm beshe beshe je.. |
|
|
|
|
|
|
|
dia ni xpndai nak simpan kekayaan dia..cuba kawal skit nafsu bli keta mewah tu..
baik dia bli emas bebanyak kat merata kedai emas knfem xkantoi punya..LOL |
|
|
|
|
|
|
|
Maknanya..dia dh bebas la..apa kerja dia skrg |
|
|
|
|
|
|
|
1 sen sehari..brp banyak akaun plk tu kan yg ada kat bank tu..mana tak kaya.. cuma bodohnya meriak tak bertempat..haruslah tertangkap jua..so hasil godaman yg sebanyak hampir Rm41j tu dirampas la ye..termasuk kereta2 nya tu? |
|
|
|
|
|
|
|
bodo nya.. kalo dia x meriak, mesti dia dh duk luar negara dgn hasil kekayaannya itu...
bukan laki yg sama dgn fazura tu ke...
hebat gak dia yer... |
|
|
|
|
|
|
|
dia meriak tak meriak pun.. dah hasil tu haram, mmg jatuh ke tanah jua akhirnya..tak bawak ke mana |
|
|
|
|
|
|
|
kalau dia boleh kawal nafsu dia.. dari awal dia tak merompak duit orang kat bank tu
|
|
|
|
|
|
|
|
1 sen je
I selalu kena rompak 5sen dr kedai2 kat mall
Baru2 ni pizza hut
Dh la dh ketuk kat servis caj
Curi lagi 5 sen sbb dorg xde duit 5sen
Silap i p byr cash
Pffttt
|
|
|
|
|
|
|
|
tau xpe..bayangkan sehari 1000 org kne amik 5 sen tauke kedai da untung rm50 tau..
aku pun slalu terkena, pastu aku trus sound dah tau xde 5 sen yg menggatal letak rega blakang ada 5 sen dah kenapa??
|
|
|
|
|
|
|
|
Dari Aman Shah ke Bung Mokhtar, kita dah tau taste Zizie Ezzete ni cemana |
|
|
|
|
|
|
|
Brp umur zizie sebenarnya?....
Sblm 1990 dia dah kawin |
|
|
|
|
|
|
| |
|