Agak lama juga tidak mendengar khabar Dira Abu Zahar yang penuh dengan kata-kata sindiran. Namun musim persekolahan 2019 kali ini pelakon, pengarah drama dan Exco Puteri Umno ini akhirnya mencetuskan isu yang kemudiannya tular di media sosial.
Dek kerana borang yang perlu diisi itu mengelirukan antara bapa/penjaga utama dan ibu/penjaga kedua sedangkan dia seorang sahaja yang menjaga anak tersebut, maka Dira melabelkan borang tersebut sebagai bentuk diskriminasi.
Bagaimanapun ia seperti pepatah 'menepuk dulang, terpercik ke muka sendiri' apabila netizen membahannya dengan menyatakan borang itu sudah lama wujud sejak zaman datuk dan neneknya lagi, mengapa itu pula yang dijadikan isu?
Kredit foto: Twitter
"Mak aku takda pendidikan tinggi, ibu tunggal lagi pun tak bodoh macam ni. Elok ja isi borang aku sekolah dulu."
Biarpun kritikannya tidak menjurus pada politik namun komennya yang lebih kepada mempersoalkan soalan mudah membuatkan netizen menyuruhnya supaya bertanya kepada guru-guru bukannya meluahkan di media sosial lalu menjadikan ia perdebatan sesama netizen.
Kredit foto: Twitter
Malahan ramai pula yang mempersoalkan kewajaran soalan tersebut sedangkan borang itu sudah wujud lama. Jadi, kenapa baru sekarang terasa diskriminasi? Adakah sejak menjadi pembangkang?
Kredit foto: IG
"Dia cuma nak bakar orang lain, supaya famous. Attention seeker kan memang camtu."
Ada pula netizen yang mengusiknya dengan mengaitkan isu Dira dengan Fathia Latiff yang pernah hangat satu ketika dahulu.
Kredit foto: IG
Bagaimanapun, ada juga netizen yang baik hati menjawab kekusutan tersebut.
Bagaimanapun, keesokan harinya, Dira sekali lagi memuat naik status ringkas bahawa netizen tidak memahami post sebelumnya adalah sekadar sarkastik. Namun sekali lagi Dira dikritik kerana tidak mahu mengakui kesilapannya lalu cuba mengaburi dengan perkataan 'sarcasm'.
Kredit foto: Twitter
Kredit foto: IG
Sebagai public figure, pastinya apa sahaja yang dikicau mendapat perhatian netizen. Jadi, rasanya Dira perlu lebih berhati-hati sebelum memuat naik status agar tidak nampak bodoh sombong. - CARI
|