|
Madonna, artis yang tidak perlu diperkenalkan lagi memang terkenal dengan imejnya yang sering berubah-ubah. Yang terbaru, penampilan Madonna, 60, dalam sebuah persembahan menjadi tanda tanya di kalangan peminatnya apabila video yang tular menunjukkan dia tampil dengan saiz punggung yang jauh lebih besar daripada sebelumnya.
Kredit foto: Twitter
Ketika itu Madonna tampil membuat persembahan sempena sambutan tahun baru di sebuah kelab terkenal di Stonewall Inn, New York bersama-sama dengan anaknya David Banda, 13 yang bermain gitar.
Persembahan menarik Madonna diberi pujian ramai tetapi banyak mata-mata yang lebih memberikan tumpuan kepada saiz punggungnya.
Kredit foto: Twitter
Ketika blogger terkenal, Perez Hilton memuat naik video tersebut, komen utama peminat adalah 'Mengapa Madonna membuat pembedahan punggung yang hodoh?'.
Kredit foto: Twitter
Ada juga yang berkata 'saya lebih suka punggung Madonna yang asal, mungkinkan pakar bedah beliau melakukan kesilapan'.
Kredit foto: Twitter
Berikutan persoalan yang semakin memanas di Twitter, penyanyi Express Yourself itu telah tampil membuat kenyataan ringkas. 'Saya tidak terdesak untuk meminta kebenaran sesiapa, saya boleh buat apa sahaja ke atas tubuh badan saya seperti juga hak orang lain ke atas tubuh mereka' tulisnya.
Kredit foto: Twitter
Nampaknya seperti biasa, Madonna tidak kisah sebarang tohmahan dan komen daripada orang ramai. -CARI |
|