Emas lazimnya dijadikan perhiasan seperti rantai, cincin dan gelang atau disimpan dalam bentuk jongkong.
Lain pula halnya di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) kerana emas dijadikan makanan di negara Teluk yang kaya dengan hasil minyak itu.
Memetik laporan Step Feed, walaupun dikritik banyak pihak, tindakan bekas pemain skuad bola sepak kebangsaan Perancis, Franck Ribery memakan stik disalut emas 24 karat bukanlah sesuatu yang luar biasa di Dubai.
Franck Ribery (kiri) dan stik bersalut emas berharga ASD350
Kredit foto: Step Feed
Selain stik berharga ASD350 (RM1,434) itu, ada banyak lagi makanan berasaskan emas ditawarkan kepada mana-mana pelanggan yang mampu membelinya di sana.
Ais krim Black Diamond berharga ASD816 (RM3,344)
Kredit foto: WhatsOn
Hidangan pencuci mulut ini diperkenalkan oleh Scoopi Café pada 2015. Ia mengandungi ais krim kacang vanilla dari Madagascar, saffron dari Iran, trufel hitam dari Itali serta kepingan dan serbuk emas 23 karat.
Kek cawan Golden Phoenix berharga ASD1000 (RM4,098)
Kredit foto: YouTube / Bloomsbury's
Difahamkan, pelanggan yang mampu dan teringin mencuba makanan ini boleh mendapatkannya di Dubai Mall.
Kopi berharga ASD20 (RM82)
Kredit foto: Facebook Hotel Armani Dubai
Dijual di Hotel Armani di Burj Khalifa. Kopi Arab yang diadun sendiri oleh hotel berkenaan ditabur dengan dedaun emas 23 karat.
Pakej Go for Gold berharga ASD50 (RM205)
Kredit foto: YouTube / Curly Tales
Ketulan ayam dan kentang jejari yang ditabur 30 gram serbuk emas ini dijual di Trophy Room iaitu sebuah bar sukan di Fairmont Dubai.
Kepingan nipis emas atas burger
Kredit foto: Instagram
Pelanggan di 24 Karat iaitu sebuah restoran Itali di Hotel Marriott Dubai boleh memesan makanan seperti burger, pizza dan salad yang dihidangkan bersama kepingan nipis emas.
Burger Burg Khalifa berharga ASD63 (RM258)
Kredit foto: Instagram
Pada 2017, The Roadery iaitu sebuah syarikat pengendali trak makanan dari United Kingdom (UK) menjual burger yang ditabur dedaun dan serbuk emas pada rotinya ketika pesta Eat The World DXB berlangsung.
Boleh cuba makan kalau anda mampu, tetapi tidak pasti pula sama ada emas akan memberi kesan sampingan terhadap badan manusia atau tidak. - CARI |