Bagi sesiapa yang memiliki akaun Instagram peribadi, menerima satu atau dua komen sehari dari akaun-akaun yang mengiklankan sesuatu perkhidmatan atau barangan memang merimaskan.
Kredit foto: Instagram
Apa lagi jika barangan atau perkhidmatan tersebut tidak masuk akal atau mempunyai unsur-unsur penipuan. Pastinya kita akan merasa lebih jengkel.
Kredit foto: Carian Google
Bagaimana pula dengan artis yang menerima ratusan komen sedemikian? Pelbagai ragam dan cara mereka menangani troll dalam ruangan komen masing-masing. Ada yang membalas cacian atau memadam komen seperti Diva Azwan Ali, malahan ada juga yang akan menghalang (block) akaun tersebut daripada meninggalkan komen lain di masa depan contohnya tukang masak terkenal, Chef Wan.
Berlainan pula dengan Dato Fazley yang sebaliknya 'menyekolahkan' seorang penjual krim payudara di ruangan Instagramnya. Kisah bermula apabila seorang follower beliau telah meninggalkan komen mengiklankan krim untuk membesarkan payudara. Malangnya tindakan follower itu menggunakan perkataan 'tetek', 'breast' dan 'nenen' telah mengakibatkan artis tersebut membalas komen tersebut dengan nasihat pedas.
Kredit foto: Instagram
'Ya allah, 'tetek', 'breast' atau 'nenen', gunakan satu perkataan sahaja untuk promote barangan anda' katanya.
Dalam status tersebut Dato Fazley juga memohon pengikut-pengikutnya untuk memilih perkataan yang tertib ketika mengiklankan baangan masing-masing supaya tidak menyakitkan mata pembaca dan tidak dilaporkan atau seterusnya dihalang. Tidak cukup dengan itu, Dato Fazley mendoakan pengikut-pengikutnya berjaya dengan perniagaan masing-masing.
Kredit foto: Instagram
Rasanya beginilah cara yang lebih baik dan perlu dicontohi oleh artis lain dalam menegur kekhilafan para pengikut masing-masing. Walaupun, kadangkala pakcik dan makcik bawang tak makan dengan cara lembut seperti ini...
Apa pandangan anda? Siapa artis yang guna cara terbaik melawan troll? - CARI |