View: 8689|Reply: 26
|
5 Hutan Paling Menyeramkan? Meremang Bulu Roma
[Copy link]
|
|
Dunia semakin maju, kota-kota semakin pesat membangun. Namun mistik di alam semesta kita masih tidak akan lari walau arus pembangunan semakin pesat.
Hutan-hutan masih ada, disitu banyak perkara mistik boleh di selongkar. Ketahuilah anda di bawah adalah 5 lokasi hutan yang menyeramkan di dunia.
Hutan Hoia-Baciu, Romania
kredit foto :google
Hutan ini terletak berdekatan dengan Transylvania. Tempat ini sering dihubungkait dengan Segitiga Bermuda daratan. Hutan Hoia-Baciu ini dikenali sebagai hutan yang mempunyai lubang waktu di dalamnya. Orang-orang di sana percaya ada suatu kawasan di dalam pusat hutan tersebut ada sebuah gerbang ghaib yang boleh menembusi waktu dan dimensi berbeza.
Ia diperkuatkan dengan cerita ada seorang gadis pernah tersesat masuk ke dalam hutan tersebut, lalu hilang tanpa dapat dikesan. Anehnya selepas daripada lima tahun , gadis ini muncul kembali. Dia tetap tidak berubah dan tetap memakai baju yang sama malah usianya seolah tidak meningkat.
Hutan ini juga dikatakan ada hubungan dengan UFO kerana ada ada orang yang pernah melihat UFO berlegar-legar di langit kawasan hutan tersebut. Menambah keseramannya ialah sesekali akan kedengaran suara perempuan merintih-rintih di dalam hutan tersebut.
2. Hutan Aokigahara
kredit foto :google
Hutan tebal ini terkenal dengan gelaran Lautan Pohon, dan mempunyai keluasan 32 kilometer di Barat Laut kaki Gunung Fuji, Jepun. Ia merupakan salah satu hutan yang menyeramkan di dunia.
Ada khabar angin mengatakan di dalam tanahnya wujud besi yang menyebabkan gangguan pada kompas sehinggakan ramai pejalan kaki serta penjelajah hutan ini tersesat.
Paling menyedihkan, hutan Aokigahara ini sering menjadi tempat orang membunuh diri yang popular di Jepun. Adalah dilaporkan lebih 500 kes bunuh diri telah terjadi sejak 1950an.
3. Hutan Hitam (Black Forest ), Jerman
kredit foto :google
Pokok pine dan cemara ( cypress ) tumbuh lebat dan menjulang tinggi sehinggakan tidak boleh ditembusi matahari. Menjadikan hutan ini sangat gelap dan sunyi walaupun di waktu siang.
Oleh itu, ia sering dikatakan tempat ini adalah sangat ideal sebagai tempat tinggal ahli sihir dan serigala jadian.
Kisah seram, hantu dan pembunuhan serta sihir di hutan itu turut terkenal dalam sebuah buku bertajuk The Necromancer yang diterbitkan pada 1794.
Bagaimanapun sekiranya ada yang ingin berkunjung ke hutan ini, mereka dinasihatkan untuk menghafal jalan supaya tidak tersesat kerana usaha pencarian akan menjadi sulit kerana keadaan hutan yang gelap.
4. Hutan Wychwood, England
kredit foto :google
Hutan ini terletak di Oxfordshire, semasa abad pertengahan, sebelum inggeris dikuasai bangsa Roman, hutan ini sangat luas. Namun akhirnya ditarah untuk dijadikan kawasan pertanian.
Misteri hutan ini ialah cerita mengenai Amy Robsart yang ditenui mati dengan lehernya patah. Punca kematiannya masih menjadi misteri sehingga ke hari ini.
Suatu hari hantunya bertemu dengan suaminya Earl of Leicester sedang berburu, lalu berbisik mengatakan dia akan mati selepas 10 hari. Ternyata dia mati selepas 10 hari kerana sakit. Hal ini menyebabkan ramai orang mengatakan sekiranya sesiapa terjumpa dengan hantu Amy juga akan menimpa nasib yang sama.
5. Isla De Las Munecas, Mexico
kredit foto:google
Lokasi hutan ini adalah di sebuah pulau berhampiran dengan ibu kota Mexico. Setiap pohon di hutan ini tergantung ratusan anak patung yang sangat mengerikan.
Wujudnya patung-patung berkenaan dengan bermulanya kisah mengenai Don Julian Santana. Dia merupakan satu-satunya penghuni pulau tersebut dan telah menjumpai mayat seorang gadis di salah sebuah tali air di pulau tersebut kira-kira 50 tahun lalu.
Don Julian Santana telah menggantung anak patung di sebatang pokok sebagai penghormatan terakhir untuk gadis itu. Namun, apa yang menyeramkan saban hari anak patung semakin bertambah di setiap pokok sehinggalah tahun 2001.
Akhirnya Don Julian Santana ditemui mati lemas di tali air yang sama. Sejak itu, ramai yang mengganggap anak patung yang tidak lengkap dan bergantungan itu merupakan jelmaan syaitan.
Kesimpulannya sanggup ke anda berkunjung ke hutan-hutan ini?Sangat seram dan meremang bulu roma kan? - CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
hutan hitam tu gelap betul..jalan2 terlanggar rimau pun x sedar. tau2 dh kena ngap |
|
|
|
|
|
|
|
byk movie tunjuk pasal hutan kat japan tu..salah satunya the forest...cerita misteri pasal hutan nih..
sangat menarik
masa g japan tiga tahun lepas ada terpikir nak gi..tp kawan2 cakap xpayahla gi..tempat setan tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Seramnya. Tp baca black forest teringat kek pula. Paling seram rasanya yg bergantung2 patung tu. |
|
|
|
|
|
|
|
iye..i pun tgk citer tu..
|
|
|
|
|
|
|
|
Seram lagi hutan di Malaysia..........kalau kau orang pernah masuk hutan la. Bukan pinggir hutan...........tetapi dalam hutan banat betul. Pulak2 kalau korang sesat dalam hutan......kencing dalam seluar tu dah kira perkara lumrah. Rasa macam tak jauh dari tempat mula.........tapi makin dicari jalan keluar, makin dalam kita masuk dalam hutan tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau tanye org yg selalu masuk hutan mesti byk cerita2 mistik
|
|
|
|
|
|
|
|
biasa je ? korang belum sampai lagi bukit belakang ruah aku.lagi serm. |
|
|
|
|
|
|
|
wow, another 10 places must visits with your enemies. hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
OttoVonBismark replied at 26-1-2019 02:32 AM
biasa je ? korang belum sampai lagi bukit belakang ruah aku.lagi serm.
Kt mane tu |
|
|
|
|
|
|
|
Apalah jadi dengan hutan tempat ted bundy buang semua mayat yang dia dah bunuh dengan dia punya remains pun dekat situ. Mesti seram jugak |
|
|
|
|
|
|
|
Hutan di Malaysia pun seram juga kalau kita sesat seorang diri dalam hutan. |
|
|
|
|
|
|
|
x de ke akak2,gadis2 ngletis nak #tag acah2 melancong kesini.. |
|
|
|
|
|
|
|
Hutan Hoia
Hutan Hitam
skerinya me tgk |
|
|
|
|
|
|
|
hutan kat mana pun seram..tambah2 tengah malam
tapi serious yg kat atas mmg seram
Mount Fuji pernah sampai tapi hutan tu sib baik tak masuk..klu tidak hmmmm |
|
|
|
|
|
|
|
komotthecat replied at 25-1-2019 11:43 PM
kalau tanye org yg selalu masuk hutan mesti byk cerita2 mistik
Arwah atok Aku suke memburu mlm2 Ade la die citer kt cucu2 pasal mistik time die g memburu...setakat nie Ade la die citer 2/3 citer kt kami haaa...yg lain2 tu die simpan rapi sampai meninggal |
|
|
|
|
|
|
| |
|