Suatu ketika dulu, sinetron cukup menjadi fenomena dalam kalangan rakyat Malaysia sehingga ada yang sanggup setia bersama ratus episod dengan jalan cerita penuh drama. Sebelum fenomena K-drama, sinetron memang menghiburkan waktu petang rakyat Malaysia.
Untuk itu, jom imbau kenangan bersama 10 sinetron yang pernah popular di Malaysia.
Sinetron ini pernah menambat hati penonton Malaysia. Kisah persis cerita dongeng ini mengisahkan Alya(Bawang Putih) yang sering dianiaya dan di dera oleh ibu tiri dan kakak tirinya Siska (Bawang Merah).
Walaupun begitu, Alya tidak bersendirian. Dia sering ditemani "ibu peri" Putri Cahaya yang sering membantunya saat berada dalam kesulitan dan juga memberi kata-kata semangat kepadanya.
Malin Kundang
Kredit Foto : Youtube
Malin Kundang kisah lagenda seorang anak derhaka yang di sumpah ibunya. Ada yang masih ingat watak Si Malin yang begitu angkuh dan menjadi anak yang tidak taat setelah kaya raya?
Ikhlas
Kredit Foto : Youtube
Sinetron dengan 55 episod ini, adalah sinetron yang memberi banyak pengajaran kepada penonton. Ia menyelitkan kisah konflik keluarga, rumah tangga, cinta, kisah remaja yang terjebak dengan penyalahgunaan dadah, dan pengamal ilmu hitam yang mana akhirnya masing-masing kembali ke pangkal jalan.
Intan
Kredit Foto : Google
Sinetron yang dimainkan oleh Dude Herlino bersama Naysilla Mirdad adalah antara sinetron yang terawal ditayangkan di Astro. Cerita ini mengisahkan Intan yang baru sahaja berkahwin dengan Ello di duga dengan kematian Ello akibat kemalangan.
Tidak lama kemudian, jodoh mempertemukan Intan dengan Rado seorang doktor yang mula mencintainya. Namun cinta mereka menjadi cinta terlarang.
Benci Bilang Cinta
Kredit Foto : Youtube
Seorang jejaka kaya terpaksa mengahwini gadis miskin disebabkan sebuah perjanjian keluarga sejak berpuluh tahun yang lalu. Setelah berkahwin, hubungan Dimas (Baim Wong) dan Winda (Marshanda) seperti kucing dan anjing.
Tambah pula, sikap Winda yang lucu dan bersahaja pasti membuatkan ramai penonton terhibur melihat gelagatnya.
Safa & Marwah
Kredit Foto : Google
Kalau bukan jalan cerita penuh dengan rintangan, jangan dipanggil sinetron. Ini adalah salah satu sinetron Indonesia yang membawa kepada 200 episod ke atas. Cerita ini mengisahkan Safa anak gadis kaya dan Marwah anak gadis miskin yang mempunyai kehidupan penuh cabaran.
Namun ada sesuatu perkara yang pada akhirnya membuatkan kedua gadis ini terkait pada akhirnya.
Puteri Yang Terbuang
Kredit Foto : Google
Puteri Yang Terbuang adalah sebuah sinetron yang mengisahkan Puteri yang hidup penuh dengan kesusahan dan dibenci oleh kedua ibu bapanya. Suatu hari dia bertemu dengan seorang jejaka bernama Putra yang belajar di sekolah tempatnya bekerja sebagai tukang cuci. Tidak lama kemudian mereka saling jatuh cinta.
Setelah itu juga, satu persatu rahsia kedua ibu bapa Puteri dan Raja mula terungkai.
Liontin
Kredit Foto : Google
Mengisahkan dua beradik Manda dan Indy yang terpisah dan akhirnya bertemu kembali setelah mereka besar. Keduanya bertemu kerana Liontin (rantai) yang dipakai mereka adalah sama.
Olivia
Kredit Foto : Google
Ini adalah salah satu sinetron menjadi kegemaran remaja. Sinetron ini mengisahkan Olivia (Velove Vexia) seorang gadis muda yang amat meminati bola sepak, tetapi di sekolahnya hanya terhad untuk lelaki sahaja. Lantaran itu, Olivia mengambil kesempatan dengan membantu menggantikan abang kembarkannya Ruben yang sedang menunggu untuk uji bakat band.
Status Ruben sebagai pemain bola sepak handal, digunakan oleh Olivia sebaik mungkin untuk menyertai pasukan bola sepak. Melalui cerita ini, pelbagai adegan lucu yan terjadi saat Olivia menyamar menjadi lelaki. Malah yang paling merumitkan apabila dia mula jatuh cinta dengan teman sebiliknya.
Nada Cinta
Kredit Foto : Google
Sinetron Muzikal yang dilakonkan oleh Randy Pangalila dan Mikha Tambayong juga menjadi kegemaran penonton pada suatu ketika dulu. Sinetron ini juga mempunyai episod yang agak lama dengan jalan cerita yang penuh liku.
Selain senarai di atas, sinetron apa yang pernah menjadi kegemaran anda. Jom senaraikan. -CARI
Post time 28-1-2019 02:07 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Iolss suka sgt dgn nia ramadhani tu.. Dia bawak watak jahat pon iolss tetap suka dia. Dlm bawang putih bawang merah tu iolss tak suka dgn revalina tu. Asik nangis je geram tau.. Haha, lagi sinetron yg best nia berlakon kisah adinda, siti nurbaya dan ratapan anak tiri. Ratapan anak tiri tu paling best.
Malin kundang pon best.
Intan tu asik la nagis je.. Menyampah
Benci bilang cinta best gak.
Safa marwah okay la.
Puteri yg terbuang best.
Omggg, sinetron liontin ni la yg buat iolsss suka sangat dgn nana mirdad. Iolss tak berapa nak gemar dgn naysila tu.. Berlakon mesti asik nangis je manjang.
Nada cinta tak best.. Sbb iolss tak minat mika tambayong tu.
Ku tlah jatuh cinta & jelita lakonan agnes monica pon best
Post time 28-1-2019 02:40 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Dalam banyak2 tu, i cuma terjebak dengan bawang putih bawang merah je. Mak oiii jenuh nak menghabiskan. Tapi walaupun ceritanya tak logik ditambah dengan menyampah meluat tengok watak terlajak baik, i tetap gigih gak menghadap tv setiap petang uolsss
mak iols layan betul cerita jelita tu sampai mak iols panggil iols agnes sebab dy kata iols mirip agnes dengan rambut dalam jelita tu
pastu citer bawang putih bawang merah tu...mmg siputih tu makan maki je...bodoh sgt org buli tau nangis je...myampah...pastu bunting lak anak si hero tu...lg double menyampah
lagi 1 drama indon yg best upik, abu dan laura tu...geram jee tgk laura tu...comel!
Post time 28-1-2019 03:03 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Meols paling suka sinetron Olivia! Ala2 citer She's The Man tapi Olivia lagi klakar Episod pun x sampai beratus2 mcm sinetron lain. Bawang Merah tu bohsan sbb panjang nau tapi meols suka jah Nia Ramadhani. Watak jahat yg menghiburkan & suka tengok muka jahat dia
Post time 28-1-2019 03:03 PMFrom the mobile phone|Show all posts
kakyungpilah85: mak iols layan betul cerita jelita tu sampai mak iols panggil iols agnes sebab dy kata iols mirip agnes dengan rambut dalam jelita tu ...
Yupp jelita tu mmg best. Masa citer tu tayang kat tv3 iolss di akhir bangku persekolahan. Mmg ramai buat rambut jelita time tu. Cantik sgt.
Upik, abu dan laura pon best, sbb cinta laura tu mmg comel la dgn gaya dia cakap tu lg buat kita suka tengok dia
sebab suka sangat tengok dina lorenza (watak mak kandung puteri) cantik sungguh lah . dengan lembut nya . sekarang dina lorenza dah bertudung . mmg bertambah lah kecantikan nya.
2) benci bilang cinta
best sebab jalan cerita tak meleret. plus keluarga si marshanda mmg sengal belaka.
3) jelita
of course angnes monica , cantik gila dia . tapi sekarang awat lain ja ..
tengok Liontin dulu..penat!
mati hidup balik, pastu mati lagi derma jantung, orang yang dapat jantung tu pulak nampak macam muka hero pastu berdegup2 jantung tertarik2 bila pandang heroin...