View: 19413|Reply: 45
|
5 Gula-gula Nostalgia, Siapa Pernah Makan Memang Legend!
[Copy link]
|
|
Masa zaman kanak-kanak dahulu, banyak snek dan gula-gula sedap dan yang pastinya, kita semua pernah makan ataupun lihat. Kadang-kadang, kita terpaksa simpan duit sebab nak beli gula-gula berikut, sampai kena marah pun ada.
Tapi, peredaran zaman kadangkala membuatkan kita lupa akan gua-gula yang penuh dengan nostalgia ini. Jom ingat kembali, LIMA gula-gula yang terkenal suatu ketika dahulu!
1. White Rabbit Candy
Sumber Gambar: Quora
White rabbit candy merupakan gula-gula yang paling digemari suatu ketika dahulu. Mana tidaknya, lapisan plastik yang membaluti gula-gula tersebut boleh dimakan dan larut bila terkena air.
Meskipun perisa vanilla adalah yang paling digemari ramai, sebenarnya gula-gula ini datang dengan pelbagai jenis. Turut tular baru-baru ini apabila White Rabbit turut mengeluarkan ais krim perisa gula-gula ini!
Sumber Gambar: Business Insider Singapore
Sumber Gambar: Untour Food
Namun, turut gempar apabila ada kajian mengatakan gula-gula ini mengandungi sumber yang tidak halal. Jadi, buat anda yang nak makan tu, periksa dulu okey.
2. Yupi Mini Burger
Masa kecil dahulu, jika kita teringin nak makan burger tapi tiada duit, Yupi Mini Burger adalah jawpannya. Yupi Mini Burger mempuya empat lapisan yang seakan-akan menyerupai burger sebenar.
Sumber Gambar: Bukalapak
Sumber Gambar: Amazon
Pasti anda semua makan Yupi mini burger ni satu persatu dari roti di atas sehinggalah roti di bawah kan? Jangan risau, kita semua sama! Jenama Yupi turut mengeluarkan gula-gula dengan perisa yang sama, tetapi dalam bentuk pizza.
3. Gula-Gula Asam Boi.
Gula-gula asam boi turut merupakan kegemaran ramai pada zaman dahulu kerana rasa masam dan manis gula-gula itu. Yang istimewanya, dalam gula-gula ini terdapat asam boi sebenar dan kita boleh makan asam itu.
Sumber Gambar: Shopee
Kadang-kadang, tinggal biji asam pun kita masih menghisap tanpa disedari. Punyalah sedap!
4. Nano Nano
Ini gula-gula yang agak legend pada zaman dahulu. Siapa masih ingat iklan Nano Nano yang catchy ini?
Sumber Gambar: Airfrov
Iklan Nano Nano ini sering dimainkan di televisyen sampai kita semua pun hafal, ya tak? Nano Nano sesuai untuk mereka yang gemarkan rasa masam dan masih dijual sehingga ke hari ini!
5. Murakawa Bubble Gum
Hanya orang yang bertuah sahaja pernah merasa gula-gula ini. Gula-gula ini datang dalam pelbagai perisa antaranya anggur, strawberi dan oren. Kotaknya yang kecil kadangkala tidak cukup kerana gula-gulanya yang sedap dan manis.
Sumber Gambar: Behphy
Sumber Gambar: Flickr
Untuk mendapatkan gula-gula ini, agak sukar untuk dicari di pasar raya. Mungkin anda boleh cari di Shopee atau Lazada.
Zaman kecil dahulu penuh dengan memori dan gula-gula ini merupakan sebahagian daripadanya. Agak-agak, kalau anda nak throwback memori masa kecil, boleh beli gula-gula di atas! - CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
White rabbit candy tu iolss cuma pernah makan yg gambar 1st tu je.. Igt lg iolss noob sbb bukak dia punya plastik clear tu, rupanya boleh je makan skali. Paling tak suka yg burger tu.. Iolss mmg tak makan semua gummy |
|
|
|
|
|
|
|
Yeah semuanya pernah makan dan memang nostalgia zaman kanak2.
Gula2 rabbit tu lepas tadika singgah kedai beli, lama2 sebab anak dia suka sangat ayah beli satu paket dari supermarket |
|
|
|
|
|
|
|
gula gula yang pembalut dia gambar udang tu!
iolss suka yg tu. gula gula rabbit tak suka sangat
lagi satu gula2 susu tu |
|
|
|
|
|
|
|
semua di atas!
sampai sekarang pun kalo jumpa still beli la sikit buat hilang kempunan |
|
|
|
|
|
|
|
Wow!! mmg nostalgia... semua gula2 tu anak2 aku pernah makan... |
|
|
|
|
|
|
|
Kesemua itu masih dijual sampai sekarang kalau ke gerai old school disesetengah pusat membeli belah mesti akan jumpa selain kedai2 dikawasan luar bandar |
|
|
|
|
|
|
|
Semua gula-gula ni ada jual kat Kedai Eco (RM2) |
|
|
|
|
|
|
|
Satu lg gula2 asam yg berkeping2 mcm duit syiling.. |
|
|
|
|
|
|
|
Menggamit kenangan sangat |
|
|
|
|
|
|
|
Ni memang nostalgia! baru baru ni Inside Scoop keluarkan ice cream perisa gula2 rabbit ni |
|
|
|
|
|
|
|
Gula2 rabbit best giler makan. Tapi plastik dia tu memang selamat utk di makan kah sebenarnya?
Rindunya nak makan Nano Nano . Dah lama tak nampak jual kat mana2. Dulu terpengaruh beli gula2 ni sebab iklan dia asyik keluar TV
Mini burger tu aku suka makan sekeping2 tp since aku kurang gemar makan benda yg liat2 ni so jarang beli.
Murakawa gum tu selalu beli kat kedai runcit dekat rumah. Yg asam boi tu macam tak ingat pulak. |
|
|
|
|
|
|
|
nak menggamit nostalgia sgt, singgah ler ke kedai Cco RM2.10...melambak you...harap jumpa pintu keluar masuk.. |
|
|
|
|
|
|
|
Yg lain suka jugak makan kecuali yupi mini burger. Sebab tak suka benda2 gitu. Hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
jajan zaman dulu2 semua ade jual kat 1 kedai borong kat melawati.. laaaaagii murah.....memang ramai peniaga runcit amek stock dekat kedai ni. kalau gi sana, hampir semua makanan masa kita budak2 boleh dapat.... seronok giler |
|
|
|
|
|
|
|
Meouls paling suka gula asam keras tu, nanonano & yupi (burger & Pizza). Yang paling meouls x suka gula2 rabbit.
Bercakap pasal pasaraya eco, kedai tu mmg berhantu la. penat tau nak seret anak iouls keluar. |
|
|
|
|
|
|
|
Semua pernah makan. Dah tua rupanya sy ni...... |
|
|
|
|
|
|
| |
|