View: 12183|Reply: 90
|
[Tempatan]
[Misteri Mimpi Syakilla] Macam mana ular sawa naik sampai tingkat 14? UPDATED #6
[Copy link]
|
|
Edited by Syd at 21-3-2019 08:19 PM
Remaja perempuan terkejut tidur diganggu ular sawa 3.3 meter
MOHD. AZLI ADLAN
20 Mac 2019 5:28 PM
KUALA TERENGGANU - Seorang remaja perempuan panik apabila tidur lenanya diganggu dengan kehadiran seekor ular sawa seberat kira-kira 26 kilogram di rumahnya, Program Perumahan Rakyat (PPR) Hiliran di sini hari ini.
Dalam kejadian pada pukul 4 pagi itu, Nor Alia Aqilla Jamaluddin, 18, terselamat apabila terjaga daripada tidur selepas merasai satu objek lembik sedang bergerak sedang melingkari lehernya.
"Pergerakan pada leher itu membuatkan saya segera tersedar daripada tidur. Biar pun bilik tidur agak gelap, saya dapat melihat kepala ular itu mahu menghampiri leher saya sambil lidah terjelir keluar.
"Saya yang terkejut bingkas bangun dari katil dan terus membuka lampu bilik tidur. Saya tidak tunggu lama terus berlari meninggalkan katil sambil menjerit ketakutan apabila menyedari kelibat ular sawa batik sepanjang kira-kira 3.3 meter di bawah katil," katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.
Nor Alia Aqilla berkata, jeritannya itu disedari semua ahli keluarganya yang menetap di tingkat 14 PPR Hiliran tersebut sebelum ibu saudaranya, Nor Elida Khaidir, 27, bertindak menghubungi bomba untuk meminta bantuan. - K! ONLINE |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 21-3-2019 08:04 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Ni kalau dapat belit betis mmg terkehel peha |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 21-3-2019 08:05 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Babi ular besar tu masuk rumah mmg melompat lah! Ramai cakap ada penduduk situ sendiri yg bela ular, tu smpai terlepas melingkar ke rumah org lain. |
|
|
|
|
|
|
|
Peliknya. ..huh kalau belit leher mmg boleh maut. ..alhamdulillah adik tu x ada apa2. ..besar ular tu juga |
|
|
|
|
|
|
|
aku pong baca dlm kosmo pagi tadi, wonder mcm mana si belit ni naik smpi tgkt 14
tekan lift sendiri ke macam mana
dah tu pandai plak ko masuk bilik anak dara
bilik mak2 orang taknak la ko masuk
dasarrrrrr belit |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
hahahhahahahaaaa...
|
|
|
|
|
|
|
|
i rasa mesti ada yg bela nie.. mcm kwn i ular dia buatnya jd pet.. serammm |
|
|
|
|
|
|
|
Dkt rumah aku pernah terjadi gak kes ular naik sampai ke tingkat 4 kat KL ni, musim2 panas mcm ni mmg ular byk keluar drpd sarang derang utk cari tempat yg lagi sejuk, kalo korang duk rumah flet ke apartment ke kondo ke yg belakang rumah korang ada semak samun tu hati2 ler, jgn ingat duk tempat tinggi ular takleh nak panjat.
|
|
|
|
|
|
|
|
Rasanya ade org bela nii.. rakyat mesiakan ke suke bela ular |
|
|
|
|
|
|
|
Masa akak keje dulu ada kes gini, ular naik tingkat 7..rupanya ada jiran cina tu beli ular utk masak..ular tu terlepas. Tp klu ular sawa batik yg sgt berat dan besar dlm kes ni xtau la.. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau ade org bela, tang mana dia masuk bilik budak ni?
adoiii pintu x tutup ker
|
|
|
|
|
|
|
|
haruslah replied at 21-3-2019 08:31 AM
kalau ade org bela, tang mana dia masuk bilik budak ni?
adoiii pintu x tutup ker
Kalo rumah bwh ni kadang ada yg ikut siling.. Tp ni umah flat.. Huhuhu.. Dia ikut jln mana pepanas ni weeiii? |
|
|
|
|
|
|
|
pelik bin ajaib..nasib adik tu tak dibelit dek ular ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
mimpi ngeri betul ni..tengah sedap tidur terasa lembik dan menjalar..tiba2 kepala ular dan lidah menjelir..kalu aku dh histeria meroyan dan sebagainya |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 21-3-2019 08:51 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Zatul Iffah Zolkiply dan Ahmad Rabiul Zulkifli
[email protected]
TIDUR lena seorang remaja perempuan terganggu selepas dikejutkan dengan kehadiran seekor ular sawa sepanjang dua meter di atas katilnya dalam kejadian di Tingkat 14 Projek Perumahan Rakyat (PPR) Padang Hiliran, Kuala Terengganu, hari ini.
Kejadian dipercayai berlaku pada 4.20 pagi ketika mangsa, Nor Alia Aqilla Jamaluddin, 18, yang sedang tidur dikejutkan dengan kehadiran objek lembik di lehernya.
Dia yang bekerja di sebuah kedai makan nekad bangun dan membuka lampu bilik sebelum ternampak seekor ular sawa melingkar di atas katilnya.
“Saya rasa ada benda lembik di leher dan tidak sangka rupa-rupanya ia seekor ular sawa sebelum menjerit memanggil ibu saudara, Nor Elida Khaibir, 27, yang berada di bilik sebelah,” katanya.
Sementara itu, Nor Elida berkata, dia yang sedang tidur terjaga apabila anak saudaranya menjerit memanggil namanya sambil memaklumkan ada ular di dalam biliknya.
“Saya pergi ke biliknya dan nampak reptilia itu di atas katil lalu menghubungi bomba untuk bantuan sebelum kami duduk di luar rumah sementara menunggu kedatangan bomba.
“Saya tidak tahu bagaimana ia boleh masuk ke dalam rumah sedangkan kami duduk di tingkat tinggi.
“Memang terkejut sangat, namun saya bersyukur tiada kejadian buruk berlaku,” kata ibu kepada dua anak lelaki berusia tiga dan lima tahun itu.
Sementara itu, Pegawai Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Penolong Kanan Penguasa Bomba Shahrizal Shamsudin berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian pada 4.58 pagi sebelum empat anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Terengganu bergegas ke lokasi kejadian.
“Pemeriksaan mendapati ular sawa itu menyorok di bawah katil dan kami menangkapnya pada 5.20 pagi.
“Kami tidak mengambil masa yang lama untuk menangkapnya sebelum membawanya ke balai untuk tindakan lanjut,” katanya.
Sementara itu, dakwaan kononnya seorang kanak-kanak hampir dibelit ular sawa itu disahkan tidak benar dan bertujuan sengaja disensasikan.
Ketua BBP Kuala Terengganu, Timbalan Penguasa Bomba Rozizah Abni Hajar berkata, berita itu tidak benar kerana ular sawa sepanjang dua meter itu ditangkap dengan mudah.
“Kami tangkap dan bawa ke balai. Ia akan dilepaskan ke kawasan hutan jauh daripada kawasan penempatan penduduk.
“Berdasarkan keterangan daripada pemilik rumah berkenaan, kejadian itu tidak berlaku dan saya harap orang ramai berhenti menyebarkan berita tidak tepat," katanya ketika dihubungi.
Mengulas mengenai kejadian itu, Rozizah berkata, keadaan cuaca panas mungkin menjadi faktor ular itu masuk ke dalam rumah kerana ingin mencari tempat yang sejuk.
“Ini kali pertama kami dapat kes seperti ini. Biasanya, reptilia ini menyelinap masuk ke dalam rumah kampung yang terletak berhampiran hutan atau paya.
“Kami hairan memikirkan macam mana ular sawa itu boleh menyelinap masuk ke rumah flat yang berada di tingkat 14.
“Dalam hal ini, saya menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan memastikan semua pintu serta tingkap tidak terlalu terdedah manakala laluan tikus ditutup bagi mengelak kehadiran reptilia ini," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 Mac 2019 @ 11:13 PM |
|
|
|
|
|
|
|
ular mmg suka memanjat
da sampai kemuncak disembur bisanya
bukan bishe bishe
|
|
|
|
|
|
|
|
risau ak...
dh la slalu parking keta sbelah kawasan yg redup n bhutan skit...
ttiba tgh drive...menjenguk plak dari kerusi...
ngan boboi sekali tanjat |
|
|
|
|
|
|
|
Giler ko
Nasib budak ni selamat. |
|
|
|
|
|
|
| |
|