CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4902|Reply: 26

Wahai Menteri Lupakan Idea Kereta Terbang

[Copy link]
Post time 28-3-2019 03:51 PM | Show all posts |Read mode

kredit Foto: FB Najib Razak






Ramai yang mempersendakan idea kereta terbang yang mahu direalisasikan kerajaan, sejak ia dicadangkan oleh Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Redzuan Md Yusof bulan lepas. Idea kereta terbang ini mungkin hadir selepas ramai yang berpendapat kerajaan perlu menghasilkan inovasi yang baharu berbanding mengeluarkan kereta nasional ketiga.


Baru-baru ini, prototaip kereta terbang yang dikenali sebagai Vector, hasil rekaan syarikat tempatan telah dipamerkan kepada umum di Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA). Seperti dijangka, ramai warganet yang sinis dengan prototaip kereta tersebut, malah bekas Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak turut mempersendakan prototaip kereta tersebut di laman sosial miliknya.





Kredit Foto: Berita Viral Terkini




Bagi penulis, cadangan untuk membangunkan kereta terbang memang idea yang futuristik tetapi mungkin kereta terbang belum sesuai untuk dijadikan alat pengangkutan untuk abad ini. Sebenarnya, ada banyak negara yang sudah membangunkan kereta terbang tetapi ia hanya sekadar konsep dan tidak dikomersialkan. Dalam keadaan kewangan negara yang kononnya dibebani hutang yang melampau, sudah pasti rakyat berasa pelik dengan hasrat kerajaan untuk membangunkan sesuatu perkara yang tidak membawa hasil pulangan yang menguntungkan mereka dan negara.


Kerajaan sepatutnya perlu membangunkan produk berasaskan teknologi baru yang mampu memberi hasil pulangan kepada negara dan membuka peluang pekerjaan untuk anak muda. Sebagai contoh kerajaan boleh membangunkan dron tetapi bukanlah sebagai pengangkutan air mobility seperti kereta terbang yang dicadangkan kerajaan sebaliknya dron fungsi biasa yang digunakan secara meluas pada hari ini di seluruh dunia.





Kredit Foto : BBC




Dron merupakan sebuah pesawat tanpa pemandu (UAV) yang  boleh dikawal sama ada menggunakan alat kawalan atau menggunakan perisian kawalan kapal terbang yang dipasang di dalamnya. Pada masa lalu, dron kebiasaannya digunakan bagi tujuan ketenteraan, di mana ia digunakan untuk latihan tembakan anti pesawat, risikan dan juga sebagai senjata. Namun, hari ini dron banyak digunakan secara meluas bagi tujuan lain, antaranya untuk aktiviti penggambaran sama ada untuk kegiatan komersial atau peribadi. Bagi kegiatan komersial ia selalu digunakan bagi tujuan media, kewartawanan, filem serta yang berkaitan dengannya. Dron mampu membantu mendapatkan imej yang sebelum ini sukar diperolehi. Selain kecil, ringan, mudah alih dan senang dibawa, dron juga senang untuk dikendalikan secara seorang diri sekaligus dapat menjimatkan kos produksi.


Jika Malaysia mampu membina industri perusahaan dron nasional seperti mana PROTON suatu ketika dahulu, sudah pasti ia bakal menghasilkan pulangan yang lebih lumayan. Seperti yang dilaporkan Berita Harian pada tahun 2016, pasaran global dron dijangka bernilai AS$127 bilion menjelang tahun 2020. Malah dijangka juga tujuh juta dron untuk kegunaan komersial dan peribadi akan dibawa ke Amerika Syarikat menjelang 2020. Firma penyelidikan KPCB pada 2014 menunjukkan AS menguasai 35 peratus pasaran dron berbanding 30 peratus di Eropah, 15 peratus di China dan 20 peratus di seluruh dunia yang lain. Jika Malaysia mampu mengeluarkan dron, pasarannya sangat besar dan berpotensi untuk di eksport ke Amerika Syarikat, negara-negara di Eropah serta China dan tidak mustahil negara kita juga mampu mendominasi pasaran Asia, terutamanya di Asia Tenggara.





Kredit Foto : Burkeins.ie




Selain sering digunakan untuk tujuan penggambaran, dron juga boleh digunakan sebagai medium penghantaran barang seperti surat dan dokumen. Pada tahun 2014,  Syarikat logistik, DHL sudah mula membuat penghantaran menggunakan dron di Jerman. Begitu juga  Syarikat Amazon yang sudah memperkenalkan perkhidmatan penghantaran menggunakan dron yang dikenali sebagai Prime Air bagi menghantar barang kepada pelanggannya di Amerika Syarikat sejak tahun 2013.





Kredit Foto : DJI




Penggunaan dron dalam bidang agrikultur juga semakin berkembang. Dron telah digunakan sebagai alat menabur baja dan menyiram air ke kawasan tanaman secara lebih mudah dan efektif. Tambahan lagi, ia juga boleh menjadi alat pemantauan untuk mengesan penyakit atau serangan daripada serangga perosak. Selain itu, ia juga boleh digunakan untuk memantau haiwan ternakan seperti kambing, lembu dan sebagainya.





Kredit Foto : UK Expressed




Fungsi lain dron, ia juga boleh digunakan untuk aktiviti  penguatkuasaan bagi pemantauan keselamatan. Di mana, selain boleh dijadikan alat memantau banjir dan kebakaran, ia juga boleh membantu pihak polis mengesan penjenayah dengan lebih mudah dan pantas. Mungkin dron juga boleh diperluaskan penggunaannya kepada syarikat-syarikat kawalan keselamatan, sekaligus mampu mengurangkan kos buruh dan meningkatkan kecekapan untuk mengawal keselamatan di sesebuah premis.


Kepada Menteri berkenaan lupakan kereta nasional ketiga dan kereta terbang yang tidak mendatangkan keuntungan. Sebaliknya, penulis berharap suatu masa nanti Malaysia akan menjadi pengeluar dron terbesar di dunia. Andai ianya dapat direalisasikan, tentunya membuka peluang pekerjaan untuk anak muda, selain dapat membantu meningkatkan hasil eksport negara.


Diharap juga Kementerian Pendidikan Malaysia akan dapat memberi penekanan terhadap pembelajaran sistem mekanikal UAV atau dron di peringkat vokasional dan universiti. Percayalah ini industri masa depan negara. - CARI

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-3-2019 05:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak payah nak keta terbang bagai, bagi je project tu kat pakar engineers utk dorg kaji. Yg rakyat perlukan skrg adalah practicality: pengangkutan awam yang efisien, kurangkan tol, banyakkan jalan awam especially di kawasan padat pendudukan, transportation tak perlu gempak nampak gah yg ktorg perlukan adalah satu pengangkutan yg boleh bawa dari point A ke point B dgn selamat dan harga berpatutan, dan pengurangan trafik di jalan raya supaya takde la mak bapak sampai tak sempat tengok anak 5 hari seminggu, dan perbanyakkan parking supaya tak sesakkan jalan yg mmg dah sesak. Invest on these first. Then baru kita sembang keta terbang ka babi terbang ka.
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2019 05:19 PM From the mobile phone | Show all posts
kita tgk highway malaysia.2 lane pun jamm 4 lane pun jamm. elok 4 lane potong jadi 2 lane . elok jalan rata cantik di koreknya x pasal jadi 1 lane. macam ni nak buat kereta terbang?{:laugh

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2019 07:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau nak merasa naik kereta terbang, bolehlah naik belon panas dulu. Sama tak agaknye? {:smile
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2019 07:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Dodol pon xpaham apa motif nak cepat sgat kereta terbang ni? Kereta atas tanah pon menggelabah accident kehulu kehilir. Ni kalau terbang mampos terus agaknya?
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2019 07:39 AM | Show all posts
Bodoh. Sekadar buat dron untuk bawak orang dibilangnya kereta terbang. Kalau buat kereta terbang pun hanya nak jadikan teksi. Baik tak payah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-3-2019 07:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Sebelum berangan buat kereta terbang sila baiki dulu laluan keretapi ke tumpat. Dah 5 tahun tak ada service dari kl
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2019 07:58 AM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 29-3-2019 07:50 AM
Sebelum berangan buat kereta terbang sila baiki dulu laluan keretapi ke tumpat. Dah 5 tahun tak ada  ...

org tua tu sblm pergi mmg nak tinggalkan sejarah gilang gemilang...

die tak kira priority ke apa.... dlm dunia takde kapal terbang komersil lg pun...

dah la kelentong skjp utk pengangkutan awam... skjp utk pantau ladang.... nmpk sgt bodoh di situ...

klau sibuk psl dron yes.... ni model tu mmg murahan gile haha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2019 08:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Idea untuk menyediakan kereta terbang adalah usaha yg diteruskan. ini kerana kajian penyelidikan dibuat secara berterusan sepertimana kapal terbang mula2 di cipta. Dari idea tersebut ilmu penerbangan semakin bercambah. Mungkin bukan utk hari ni atau esok.. tapi akan datang.
Itu la yg berlaku pada zaman revolusi perindustrian di eropah..
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2019 09:02 AM | Show all posts
idea tu bagus lah. tapi ape ke hodoh sangat model kereta terbang yang dipamer depan PM tu??? sape yang aprove ni? OMG!
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2019 09:08 AM | Show all posts
dinopower2 replied at 29-3-2019 07:58 AM
org tua tu sblm pergi mmg nak tinggalkan sejarah gilang gemilang...

die tak kira priority ke ap ...

aku tgk interbiu menteri semalanm 28 mac lepas kene kutuk.

aku pon pening skrip dia.



menteri kata, prototaip sedang di bina di jepun, oleh org malaysia. ekosistem takde kat malaysia. duit private, bukan duit gomen.
yg jadi pening:
1. prototaip kot. kejadahnya di jepun?
2. prototaip kot: ekosistem apa?
3. Private venture punya duit, bestuh yg menteri bercerita mcm projek gomen undertaking apahal?


lepas tu menteri cerita pasal undang2 la, insurance la.
to which my thoughts would be: baru nak pikir?


all that, and flashback to katanya vector punya "scale down model kipas kdk" ni, can be on the market as soon as jun or july this year.
hamekawwww... lagi pening. skrip dia ni. bukan kita buat kerja fiksyen.



and yes. bukan utk private use. for transport, for emergency health service. can me manned or UAV.


pastu masuk partner europe pulak. katanya scaled down production half the size.





all the above skrip cacamarba tonggang terbalik in 10 mins youtube bidio interbiu di pelemen.


JFC.
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2019 09:09 AM | Show all posts
ufc214 replied at 29-3-2019 08:25 AM
Idea untuk menyediakan kereta terbang adalah usaha yg diteruskan. ini kerana kajian penyelidikan dib ...

kereta biasa pun masih peringkat tin milo tak boley lepasss.... sedangkan BMW dah advance hingga ke guna remote pun boleh park sendiri tanpa pemandu ada kat dlm kereta punggg.

Tak yah sembang yg tak wujud lah kalau yg wujud pun tercorot tak mampu upgrade jadi canggih.


Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2019 10:57 AM | Show all posts
kalau tgh terbang cari parking pastu parking xde dan minyak plk abes camane? jatuh bedebus menimpa sapa2 yang ada kat bawah ke cmn?
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2019 08:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Betulkan attitude rakyat msia dulu. Beratur, kebersihan, bertanggungjawab. Perkara asas ni pun kita fail lg. Naik lrt berebut, potong que kat jln raya, buang sampah merata, tak bagi org tua duduk dulu dlm public transport, kidnap parking oku. Jgn nk buat gelak dgn keta terbang.
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2019 08:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Banyak ysng negatif dari positif tentang kereta terbang ni.
1. Ada planned route tak cam route kapalterbang?
2. Enjin kereta memekak atas rumah aku..., bolih saman tak?
3. Langgar bumbung rumah bolih dapat pampasan tak?
4. Senang nak skodeng orang tengah mandi. Bawak binoculars......semua jd clear
5. Selain pencemaran bising..... pencemaran asap, pencemaran pemandangan bakal terjadi
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2019 10:40 AM | Show all posts
dodolgemok replied at 29-3-2019 07:31 AM
Dodol pon xpaham apa motif nak cepat sgat kereta terbang ni? Kereta atas tanah pon menggelabah accid ...

waaaa...  hang nampak makin cerdik..  kesan minum sesudu minyak sawit kah?  cepat betul kesannya.  tu sesudu. bayangkan lah kalau sebotol, mungkin berlipat kali ganda cerdik kau dol...  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2019 11:09 AM From the mobile phone | Show all posts
ufc214 replied at 29-3-2019 08:25 AM
Idea untuk menyediakan kereta terbang adalah usaha yg diteruskan. ini kerana kajian penyelidikan dib ...

Bacalah apa kata Elon Musk.. kalau tak kenal sila tanya pakcik google
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2019 01:58 PM From the mobile phone | Show all posts
I ada tengok dokumentari..ada negara buat jalan khas untuk bas yg mana kenderaan lain tak boleh lalu..jadi ianya lebik jimat dari kereta terbang dan mrt or lrt
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2019 04:27 PM | Show all posts
Personally aku sokong shj kereta terbang ni tapi aku harap untuk permulaan yang terlibat dari menteri sampai kepada orang bawahan tahu pasal sains dan teknologi, objektif serta regulation untuk transportation ni semua. Klau tak ianya akan bagi mesej yang tak tepat dan salah faham kepada ramai orang.

pertama sekali ialah berkenaan dengan target pasaran. Disebabkan harganya mahal maka untuk permulaan, targetnya ialah bisnesman yang perlu bergerak dengan pantas antara bandar dalam suatu negara atau negara2 berhampiran atau orang kaya yang mahukan toy yang canggih supaya dapat berbangga dan puaskan ego besar mereka.

Bayangkan dalam sehari, kerja di kl, lunch di penang, mesyuarat di kota baru dan balik tidur di johor bahru. Semuanya mungkin dengan kereta terbang kerana tidak perlu tukar transport, tak perlu tunggu jadual penerbangan dan yang paling penting boleh bergerak dengan pantas menggunakan jadual sendiri dan dengan kos yang minimal berbanding dengan sistem yg ada sekarang.

Orang kaya yg ada kereta terbang juga akan kelihatan mempunyai prestige yg tak terkalahkan. Aku juga percaya pelobi-pelobi sistem cepat kaya akan berlumba-lumba selfie berdiri diatas kereta terbang ini. Maksudnya, dengan nada lebih serius aplikasi dari kereta terbang ini akan mempunyai banyak variasi bergantung kepada kekreatifan yg perlahan2 akan meningkatkan pasaran.

Keduanya ialah berkenaan dengan praticality. Inilah cabaran terbesar kerana melibatkan teknologi, manakala regulation baru juga perlu untuk tujuan keselamatan, keselesaan dan sychronization dengan sistem penerbangan lain.

Contohnya kita hanya perlu beberapa kawasan kecil untuk landasan atau tempat mendarat di satu-satu bandar, iaitu bila bergerak antara bandar boleh guna mode terbang, manakala dari tempat landasan ke rumah, office, hotel etc bolehlah guna mode kereta yang mungkin jaraknya cuma beberapa kilometer.

Cabaran terbesar untuk kereta terbang ialah teknologi penerbangan disebabkan rasanya kita terlalu baru dalam bidang ini. Mungkin itulah sebabnya mahatir kata nak beli kapal terbang kecil untuk kita cuba belajar.

Teknologi penerbangan kita sekarang menggunakan medium udara(kecuali roket) untuk menghasilkan daya keatas dan kedepan. Ini boleh dicapai menggunakan kipas yang boleh berubah kedudukan atau kombinasi kipas dan sayap yang kurang praktikal kerana perlukan landasan kapal terbang. Masalahnya sekarang ialah saiz heli dan plane yg ada besar2. Kalau dilihat model dalam gambar memang tak praktikal untk digunakan dijalanraya.

Untuk lebih praktikal, saiz kereta terbang mestilah kecil yang mana mungkin boleh dicapai dengan menggunakan foldable wings and foldable fan dan berat yang juga kecil yang mungkin menggunakan satu atau dua penumpang shj.

Banyak  perkara lagi lain lagi yang perlu diberi tumpuan seperti design engine dan sistem control untuk mode terbang dan mode kereta sekaligus, teknologi autopilot, jenis bahanapi, sistem komunikasi, sensor, computer, radar, sistem keselamatan etc. Ianya perlu diputuskan samada buat sendiri atau suruh orang buat yang akan sebabkan kos naik lebih tinggi.

Jadi nak buat ker tak?

aku percaya yang kita akan mampu buat tetapi biarlah orang yang incharge adalah orang yang jujur dan mempunyai natural passion untuk menghasilkan kereta terbang. Setakat orang yang diberi bajet sejuta, kemudian bagi model spt dalam gambar, nampaknya kita semua akan menderita. Orang2 yang ada kecenderungan 5 percent aku punya juga haruslah dilempar jauh2.

Aku bersetuju atas kebimbangan orang ramai yang menyatakan lebih baik bangunkan pengangkutan awam dahulu atau kebajikan rakyat dari kereta terbang, hanya menteri2 ni semua yang boleh putuskan sebab mereka boleh melihat sejauh mana bajet boleh strech. Sekiranya pembangunan2 basic pun tak boleh jalan sebab nak buat kereta terbang, baik tangguhkan dahulu atau buat kerjasama dengan negara lain dan tak perlulah hutang2 ni semua dan bagi kesan negatif kepada kehidupan rakyat..

Dan kena ingat juga pentadbiran mahatir dahulu sangat2lah tidak balance dan bersifat selective kerana kalau diingat balik pembangunan hanya berlaku disemenajung manakala disabah dan sarawak sangatlah lembab. Hanya pada zaman najib memerintah barulah kelihatan pembangunan yang lebih seimbang. Barangkali itulah sebabnya mahatir ni dah mulai tarik kebajikan penjawat awam untuk dia boleh buat projek lain... ada bahaya terbantutnya pembangunan basic sebab nak buat apa yang dia nak.

Kalau diberi pilihan antara dron kah atau kereta terbangkah?  Personally aku pilih kereta terbang. Nilai bisnes lebih besar, persaingan yang masih terbuka luas sebab negara2 semua baru mula untuk  buat, aplikasi lebih luas dan lebih mudah buat dron bila kita sudah ada teknologi kereta terbang.  Bila dah stabil, perlahan2 boleh turunkan harga sehingga ramai orang akan mampu untuk memilikinya. Untuk jangka masa panjang kita akan lebihh untung...



Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2019 05:18 PM From the mobile phone | Show all posts
KeretA terbang ni kalau crash blh menyusahkan org yg takde kena mengena dkt atas bumi. Lg satu brp tan kapasiti muatan pun kena ambil kira. Cuaca dkt malaysia ni pns dan lembap spnjg thn serta angin yg kuat sesuai ke dgn kereta terbang... bagaimana dgn laluan udara nnt... bukankah blh mengganggu privacy org lain jg terutamanya bila lalu kwsn perumahan... kalau kwsn bndr yg bangunan tinggi2 tu pulak mcm mn kereta terbang ni berfungsi... jgn langgar bangunan pencangkar langit sudah..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 02:38 PM GMT+8 , Processed in 0.074888 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list