Siapa tidak kenal Ameera Khan ataupun lebih dikenali sebagai Little Miss Khan (LMK), seorang instafamous yang telah mengeluarkan jenama kosmetiknya yang tersendiri iaitu LMK Cosmetics. Dahulunya Ameera seperti kakaknya Neelofa, manis menggayakan tudung ke mana sahaja. Namun sejak transformasi beliau untuk kembali 'free hair' nampaknya beliau tidak lepas daripada kontroversi.
Baru - baru ini, Ameera sekali lagi menggegarkan jantung dan sanubari masyarakat apabila memuat turun gambar yang agak terdedah dan menggiurkan. Apa lagi, netizen mula membanjiri laman sesawang instagram milik Ameera untuk memberi komen.
Bukan sahaja itu, beliau juga dikecam kerana dikatakan terlalu ingin menyerupai selebriti hollywood iaitu Kylie Jenner hingga digelar Kylie Jenner wannabe. Namun, gambar yang menunjukkan Ameera sedang berlatih di gym dikecam hebat oleh netizen tersebut telah pun dipadam dari instagramnya. Memang diakui, Ameera memang mempunyai wajah dan susuk tubuh idaman gadis-gadis di Malaysia. Tidak hairanlah beliau dikecam dan Ameera juga rajin ke gym untuk memperoleh bentuk badan idaman.
Acah Kylie Jenner..
Neelofa patut tegur..
Fuh boleh tahan mulut netizen kan. Apa - apa pun kita doakan yang terbaik untuk Little Miss Khan kita ni. - CARI
|