Sebelum ini, kita digemparkan dengan perangai pengunjung IKEA yang tidak semenggah. Kali ini, perpustakaan di Sabah pula menjadi topik hangat.
Sayang, baru beberapa hari dibuka perpustakaan negeri Sabah di Tanjung Aru rosak dikerjakan kanak-kanak yang gatal tangan.
Bukan sahaja bahan bacaan bertaburan, perkakas seperti meja dan aksesori lain penuh dengan hasil vandalisme kanak-kanak.
Rata-rata netizen menyuarakan kekecewaan mereka dengan keadaan itu kerana ia sangat baru dibuka, tetapi sudah dicemari dengan sikap tidak bertanggungjawab pihak tertentu.
Ramai netizen menyifatkan kejadian itu berlaku kerana ibu bapa melepas tangan tidak mengawasi anak mereka di dalam perpustakaan berkenaan.
Pun begitu, segelintir pihak tidak hanya meletakkan kesalahan di atas ibu bapa saja. Sebaliknya, pihak perpustakaan turut bertanggungjawab memantau pengunjungnya.
Malah, ada juga yang mengecam mana-mana pihak yang sering menyalahkan ibu bapa dalam hal ini.
Kredit foto: Twitter
Sementara itu, MalayMail melaporkan perpustakaan berkenaan memutuskan untuk menutup bahagian kanak-kanak itu hari ini berikutan perangai tidak semenggah 'pengunjung muda' terbabit.
Pengarahnya, Wong Vui Yin meluahkan kekesalannya mengenai insiden itu dan menyifatkan ibu bapa tidak bertimbang rasa kerana tidak menghormati kemudahan yang disediakan.
"Saya dimaklumkan staf pada petang Ahad bahawa ruangan kanak-kanak mengalami kerosakan.
"Ada kesan contengan di merata tempat, buku yang bertaburan di atas lantai diinjak kanak-kanak, malah tempat duduk tandas dan tong sampah turut dirosakkan," katanya.
Dah tahu memang begitu sikap kanak-kanak, kenapa sediakan krayon? Mesti ramai berfikiran begini kan?
Menurut Wong, pihaknya hanya menyediakan kapur dan papan hijau besar di mana kanak-kanak boleh menzahirkan kreativiti mereka. Klik di sini untuk maklumat lanjut.
Jadi, siapa yang bersalah di sini? - CARI |