CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 29149|Reply: 167

Getah Spender Sherry Ibrahim Saja Ditunjuk Ke?

[Copy link]
Post time 16-4-2019 10:55 AM | Show all posts |Read mode





Sherry Ibrahim lagi?


Mesti ramai peminat dunia hiburan sudah lali dengan cerita yang melanda pelakon dan juga usahawan ini, Sherry Ibrahim. Jika sebelum ini, kecoh dengan bentuk mukanya yang lebih cantik, terbaharu Sherry membuatkan netizen sekali lagi mengkritik apabila penampilannya menerusi seluar denim kelihatan aneh. Seluar tersebut nampak sedikit terlondeh di bahagian pinggang hingga menampakkan tulisan Calvin Klein, seolah-olah ia adalah seluar dalam.


Netizen, apa lagi terus bertalu-talu bertanya mengenai keanehan seluar tersebut, langsung tidak memberi respond pada pertanyaan Shery pada kapsyen iaitu "Neon, why not?"




Kredit foto: IG





Ramai yang bertanyakan sama ada getah putih bercetak jenama antarabangsa yang nampak di pinggang Sherry itu adalah getar seluar jeans atau getah seluar dalam.



"Getah seluar dalam pun nak tunjuk ke?"


Bagi majoriti netizen, penampilan Sherry sangat lah tidak sesuai dengan imejnya yang berhijab. Seolah-olah menutup rambut tetapi dalam masa sama mendedahkan bahagian lain dengan fitnah.




Kredit foto: IG




Bagaimanapun, tidak semua netizen yang membangkang penampilan Sherry itu. Ini kerana ia adalah fesyen semasa dan getah putih itu sendiri bukanlah dari seluar dalam sebaliknya dari seluar denim itu. Jadi tidak lah salah untuk berfesyen, cuma orang yang tidak reti menilainya.




Kredit foto: IG



Perbalahan sesama netizen semakin hangat dengan masing-masing cuba menegakkan pendapat sendiri. Bagi yang merasakan diri Sherry sebagai ikon muslimah, adalah tidak manis berpakaian sebegitu walaupun ianya bukan seluar dalam.



Manakala bagi yang merasakan ianya adalah fesyen, tetap mempertahankan pendapatnya. Akan tetapi ada juga pendapat yang merasakan Sherry sengaja berpakaian aneh agar terus disebut-sebut netizen.


Jadi, apa pendapat anda? Sherry memang suka berfesyen atau sengaja meraih publisiti? - CARI


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2019 11:35 AM | Show all posts
uikkk... kenapa tak pakai baju labuh aja kan senang...

rasanya da tentu2 getah spender tu kan...
kalau tak getah apa pulak kan...
takkan getah baju kot...
getah seluar jeans dia?
hahahhaahhaha.....
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2019 11:40 AM | Show all posts
Alah tu pun nak triggerd ke warga net ni... dh sah2lah fesyen lantak dialah nk pki apa pun, aptb
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2019 11:49 AM | Show all posts
sukatilah sherry. since dah sendu ni mmg mcm2 dia try hard utk naik kan nama dia balik
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2019 11:56 AM | Show all posts
dah start kemurungan ke dia ni? smpai spender pun gigih nak tnjuk
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2019 11:56 AM | Show all posts
benda boleh tunjuk, buat apa sorok
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-4-2019 11:57 AM From the mobile phone | Show all posts
ni sama dgn yg elbulus pakai dekat kepala dulu tu kut
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2019 11:58 AM | Show all posts
benda boleh bodoh.. buat apa nak cerdik

(terjebak jugak )
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2019 11:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Klu dlu...cikgu ttayang cmtu time msk kls...dh kna pakat gelak dh org...
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2019 12:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah tali coli tak boleh tunjuk, tayang la getah suar dalam je
Yang korang nak marah dia kenapa
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2019 12:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Airun replied at 16-4-2019 03:37 AM
cantiknya pakai tudung macam puteri gunung ledang

dia ni x cantik sis aku dah tgk closed up kat mr diy sri gombak.
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2019 12:02 PM | Show all posts
tu mungkin getah jeans (fesyen terbaru) bkn spender...tp rsnya tak perlu la nk berfesyen mcmtu sherry..awk tu kn btudung..mgundang fitnah je bagi netizen yg tak tahu psl fesyen ni..hmm..itulah artis,mmg suka mgundang kecaman netizen..
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2019 12:05 PM | Show all posts
aiyooo....getah spender ke getah seluar yg loose nih...
beli jerlah seluar baru sherry oiii...kat bundle melambak selai RM15.00
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2019 12:05 PM | Show all posts
mmg sj tunjuk la tu
bughok spender sheols srupa jntn pya getah boxer
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2019 12:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Jap.. Nmpk getah spentot tp tak nampak kulit kira bukak aurat tak? Tanya dgn ikhlas ni..
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2019 12:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Benda boleh showw off buat apa nak sorok, gitu kekdahnya. Tapi takkanlah dia tak check seribu kali gambar yg di upload kan, rasa bukan sepender kot. #donehusnuzonnn
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2019 12:20 PM | Show all posts
dia pakai spender jantan ke?
ingatkan nampak line g string ke..renda2 ke..sekali getah tebal begini
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2019 12:22 PM | Show all posts
Bende boleh tunjuk..... dah start kemurungan nih, bahaya
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2019 12:36 PM | Show all posts
BURUK nye dressing kau dek...smpai spender pon nmpk


bogel pls....
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2019 12:38 PM | Show all posts
Calvin Klein haruslah sheols tunjuk.
Chuols ingat kalau spender kedai ahso cina, sheols nak tunjuk ker?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 12:54 AM GMT+8 , Processed in 0.253893 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list