Jika anda mengikuti 'lifestyle' selebriti yang seorang ini, sudah pasti anda mengetahui minat mendalam dirinya dengan aktiviti memasak. Eina Azman sering dipuji netizen kerana rajin benar memasak dan tidak lokek berkongsi resipi dengan peminatnya.
Sempena bulan Ramadhan yang menjelang tiba ini, Eina Azman telah berkongsi beberapa menu mudah untuk dimasak untuk berbuka puasa dan sahur. Sesuai untuk anda yang masih pening dan buntu nak masak apa setiap kali tiba bulan ramadhan.
Foto: IG
Mengakui dirinya bukanlah seorang chef tetapi sangat berminat apabila bercakap mengenai makanan. Menurutnya lagi, Eina semakin bersemangat untuk memasak dan berkongsi resipi apabila orang memuji masakannya.
Menggunakan hashtag #itsdonebyeinaazman , memudahkan netizen mencari resipi di instagram yang telah dikongsi olehnya. Jom kita tengok seleksi resipi mudah melalui perkongsiannya di instagram.
1. Mee kari ayam
2. Nasi goreng nenas
3. Sayur rebung masak lemak cili api
4. Kari ikan merah
5. Ayam goreng kicap & peria katak goreng
6. Mee soto ayam
7. Ikan patin masak tempoyak
8. Asam pedas ikan siakap
9. Ayam masak lemak cili padi & sambal ikan kembung
10. Ikan siakap masak stim
Kecur air liur tengok masakan yang dihasilkan Eina Azman ini. Tak sabar pula nak cuba sebab nampak mudah dan senang pula!
Bulan Ramadhan dah nak tiba, tak perlu dah beratur di bazar membeli juadah, masak sahaja di rumah. -CARI
|