CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 12332|Reply: 47

[Pelbagai] Maksud Tersirat dalam Iklan...

[Copy link]
Post time 6-5-2019 09:38 AM | Show all posts |Read mode
Edited by seribulan at 26-5-2019 04:26 PM

Sempena puasa dan raya, banyak iklan yang sarat elemen tersirat sebegini...selain itu ada juga nilai moral...

Iklan bukan sempena perayaan rasanya lagi baanyyyaakkk

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-5-2019 01:08 PM | Show all posts
8 IKLAN RAYA ARAHAN YASMIN AHMAD YANG SANGAT MEMBEKAS
28 JUNE 2017OLEH: ZAIDI CHE




[size=0.8462em]PIN IT

Jujurnya saya terpanggil untuk menuliskan artikel berkenaan Arwahyarharmah Yasmin Ahmad untuk raya tahun ini. Berikutan trend iklan-iklan raya yang semakin meluas, saya kira belum satu pun yang mencapai tahap kreativiti insan seni yang telah meninggalkan kita ini.

Arwah Yasmin dan iklan raya tidak dapat dipisahkan. Bagai irama dan lagu, saya masih ingat kira-kira 10 tahun yang lalu sewaktu semua orang teruja dan ternanti-nanti iklan raya daripadaPetronas.

Iklan-iklan tersebut sesuai dengan tema, bergaul sempurna dan pandai memainkan emosi seluruh rakyat Malaysia yang menontonnya. Elemen-eleman yang menyentuh perasaan, punya nilai ambuigiti yang tinggi dan mampu membuai sanubari. Durasinya juga tidak panjang berjela-jela seperti iklan raya sekarang yang membuat saya bosan menontonnya. Cukup dua hingga lima minit durasi sahaja.

Pandai arwah Yasmin mengarah iklan-iklan raya yang tetap membekas dalam ingatan. Subjeknya sangat ringkas, namun mesej yang dibawa sangat membekas. Arwah juga lah yang memulakan trend iklan raya yang memaparkan golongan marhaen, iklan-iklan raya yang tidak selalunya sedih, iklan raya yang lucu dan iklan raya yang berbentuk cereka pendek.

Masih ingat kisah tujuh beradik yang membeli seekor lembu untuk ibu tunggal mereka yang disayangi? Atau kisah burung murai antara bapa dan anak lelaki? Meskipun sudah bertahun-tahun iklan-iklan ini diterbitkan. Saya masih ingat.

Ayuh imbas kembali 8 iklan raya Petronas Arwahyaharmah Yasmin Ahmad yang sangat membekas, seperti di bawah:

1- FORGIVING (1999)

2- OMBAK JAHAT (2001)

3 – AL-KISAH JANDA BERANAK TUJUH (2003)

4 – PENARIK BECA (2004)

5 – AYAH (2005)

6 – AKU INGIN PULANG (2006)

7 – BURUNG MURAI (2007)

8 – MAK (2008)


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2019 02:38 PM | Show all posts
seribulan replied at 6-5-2019 01:08 PM
8 IKLAN RAYA ARAHAN YASMIN AHMAD YANG SANGAT MEMBEKAS
28 JUNE 2017OLEH: ZAIDI CHE

yup...suka iklan raya sentuhan arwah yasmin ahmad. memang menyentuh jiwa...

suka yg burung murai tu, terus boleh relate bila skrg ni dah beranak pinak, huhu...


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-5-2019 05:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Tertengok iklan Raya Shopee- jingles yang repetition mudah nak ingat
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-5-2019 12:11 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-5-2019 09:00 AM | Show all posts






Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-5-2019 01:49 PM | Show all posts
Huhu...insofff


Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2019 01:52 PM | Show all posts
Hahaha...legend iklan ni


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-5-2019 07:56 AM | Show all posts




Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2019 01:18 PM | Show all posts
Rindu arwah abah...


Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2019 01:20 PM | Show all posts
ni iklan deepavali yg ai suka...pathiii...pathiii...haha



Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2019 01:37 PM | Show all posts
Ni satu lagi iklan deepavali yg ai still ingat sampai skrg. Khusyuk tgk bdk2 tu kena sapu minyak, hehe




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-5-2019 02:46 PM | Show all posts






Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-5-2019 02:47 PM | Show all posts




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-5-2019 07:21 AM | Show all posts
Edited by seribulan at 10-5-2019 06:32 AM

            10 Iklan Raya Paling Best Dan Sarat Makna 2017            

           
Senarai kami lengkap rasa tawa, suka dan duka.
      
                                          





   

                                         
Gambar: YouTube TM, Maxis dan U Mobile

    Baju raya dah siap, duit raya dah sedia, biskut raya dan buat, lemang dan rendang pun dah sedia tunggu nak makan, tapi tak lengkap setiap kali raya tanpa adanya iklan-iklan raya dari pelbagai organisasi. Sama ada badan kerajaan, badan separa kerajaan, syarikat telekomunikasi, syarikat penerbangan mahupun jenama makanan terkenal, masing-masing tampil memberikan mesej, identiti dan mood raya dalam sebuah iklan raya yang kebanyakkannya berdurasi hampir lima minit. Tahun 2017 ini menyaksikan banyak iklan-iklan raya yang begitu menarik perhatian rakyat Malaysia dan kami telah memilih 10 iklan raya terbaik tahun 2017. Selamat menonton.  


1. Petronas - Donut Ke Karipap

Betul kata Hakim, dunia ni bukan pasal diri kita sorang. Kisah Hakim yang gigih berpuasa penuh walaupun tidak tahan lapar mendapat sokongan dari sahabat-sahabatnya yang bukan beragama Islam untuk berpuasa. Puasa bukan sahaja untuk menahan lapar dan dahaga, tetapi puasa banyak mengajar kita erti kesabaran, bertanggungjawab, sikap empati dan kasih sayang.

2. TNB - Dugaan Raya Aida

Aksi Aida yang terpaksa menempuh pelbagai cabaran demi memenuhi permintaan keluarganya begitu mencuit hati kita. Yang adik nak baju macam Yuna, baju hati Ramlah Ram, Jero pun nak baju angkasawan, mampukah Aida menunaikan hajat keluarganya? Paling best, Yuna pun siap kongsi iklan raya ini di media sosialnya.

3. Maxis - Wayang Sayang

Lakonan Beto Kusyairy tidak pernah sekali pun mengecewakan kita. Kali ini Maxis membawakan kisah Wayang Sayang, kisah sepasang suami isteri yang hidup bersama dalam rasa terpaksa dan hanya bermain bermain wayang untuk memuaskan hati orang di sekelilinya. Namun, satu benda dari arwah bapanya, mengubah hubungan mereka sepenuhnya.


4. KFC - Joget Abah

Tradisi yang diamalkan, haruslah diikuti biarpun makan bertahun-tahun. Dari bapa turun ke anak, tradisi itu amat berharga dan akan dikenang sentiasa. 1001 rasa muncul apabila menonton video ini. Cukup rasa kelakar, sedih dan sarat mesej. Terus buat kami rasa nak hidang ayam KFC pagi raya nanti.


5. TM - Keajaiban Ramadan


Misteri Kampung Batu 311 akhrnya terbongkar apabila rahsia baTMan telah diketahui. Iklan raya ini juga sarat rasa sayu, kelakar serta mengajar kita erti keakraban dan persaudaraan yang seharusnya dieratkan.


6. Digi - Kasih Sayang Duit Raya Terbaik

Pasti ada diantara kita yang pernah mengalami situasi yang sama seperti Rizal, namun beg kita taklah jadi besar. Iklan Raya Digi ini boleh terjadi pada kehidupan seharian kita namun tahukah anda, tolak tepi segala hal kebendaan, kasih sayang itulah anugerah dan nikmat terbesar yang boleh kita beri pada seseorang.


7. Astro - Kisah Benar Adli & Luqman: Dari Hati Ayah

Dari Hati Ayah merupakan sebuah bingkisan dari kisah benar seorang ayah, Adli, 52 tahun yang dianugerahkan seorang anak autism sehingga terpaksa berhenti kerja bagi memberikan sepenuh tumpuan pada Luqman, 18 tahun. Kerana rasa sayang dan tanggungjawabnya, membuatkan Adli membuka sebuah kafe khas untuk anak-anak autism bagi membantu mereka.  


8. Nando’s – 3 soalan lazim ditanya di hari raya

Inilah 3 soalan paling kerappppp ditanya apabila tiba musim raya. Penampilan Iedil Putra selaku penyanyi utama juga sangat mencuit hati. Bijaknya Nando's, mereka memberikan kita jawapan yang kelakar untuk kita gunakan sebagai perisai keselamatan jika soalan-soalan ini ditanya tahun ini. Good luck!



9. U Mobile - Maafkan Kami

Patutnya dah lama U Mobile keluarkan iklan Maafkan Kami ni. Kepada semua bekas-bekas pelanggan dan syarikat telekomunikasi yang lain, maafkanlah U Mobile. Siap Kyoto Protocol yang dendangkan ni, terharu juga kami.

10. Malaysia Airlines - #RayaAroundTheWorld

Perjalanan Juruterbang MAS, Kapten Zakir yang telah membawa penumpang merentasi benua membuatkan kami sebak. Mesej yang mendalam juga disampaikan apabila masyarakat Islam di seluruh dunia meriah menyambut Aidilfitri walaupun berbeza adat dan tradisi.

   

               


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-5-2019 07:23 AM | Show all posts






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-5-2019 07:26 AM | Show all posts








Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-5-2019 07:29 AM | Show all posts









Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-5-2019 07:32 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2019 08:41 AM | Show all posts
aku suka iklan janda anak tujuh tu. comel ank bongsu tu jatuh tergelincir

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:55 PM GMT+8 , Processed in 0.158744 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list