Wanita menanggung kesakitan selama hampir dua tahun selepas suami memasukkan pemegang (handle) motosikal ke dalam farajnya.
Memetik METRO, mangsa berusia 30 tahun itu dilaporkan dimasukkan ke MY Hospital di Indore, Madya Pradesh Isnin lalu selepas mengadu tidak tahan sakit perut.
Selepas imbasan X-ray dan CT menunjukkan pemegang motosikal berkenaan berada di dalam uterus, usus kecil dan pundi kencing mangsa, ibu enam anak itu segera menjalani pembedahan pada pagi Selasa.
Seramai 19 doktor terbabit dalam operasi itu yang mengambil masa empat jam bagi mengeluarkan objek berkenaan.
Dr Sonia Moses berkata, mangsa mendakwa objek berkenaan disumbat ke dalam faraj oleh suaminya yang ketika itu berada di bawah pengaruh alkohol.
Mangsa diugut suaminya supaya merahsiakan kejadian itu daripada orang ramai.
Foto: METRO/Cover Asia Press
"Objek itu berada di dalam tubuhnya selama hampir dua tahun sehingga organnya mengalami jangkitan teruk akibat terkoyak dan terhakis menyebabkan mangsa terseksa menanggung kesakitan.
"Bagaimanapun, kami berjaya memulihkan pundi kencingnya dengan memasukkan stent," jelasnya.
Namun, mangsa dilaporkan dia tidak lagi boleh mendapatkan zuriat dan kini dipantau dalam unit rawatan rapi (ICU).
Difahamkan, polis menahan suaminya sebaik menerima laporan daripada mangsa. - CARI |