Jangan ingat budak kecil saja rajin bertanya jam sebab tak sabar nak berbuka puasa, bapak budak pun ada tau! Sabar sajalah kalau ada pasangan atau rakan-rakan yang berperangai macam ni!
Kalau waktu imsak bolehlah minum air sedikit, tapi kalau dah azan Subuh kedengaran, alamatnya extra lapar lah ya hari itu.. Adoi, nasib badan!
4. Awal-awal dah plan nak makan/masak apa
Sindrom ni selalu terjadi pada mak-mak. Lepas sahur pun dah boleh rancang nak masak apa untuk juadah berbuka. Ataupun mungkin tengah fikir nak masak atau makan di luar?
Bukan mak-mak saja, kawan, rakan sekerja, teman serumah pun ada juga. Kemudian, hasut pula kawan-kawan mencari menu di Internet untuk dimakan waktu berbuka nanti. Ha, siapa ada perangai macam ni? Baik mengaku.
5. Penunggu bazar Ramadan
Seolah-olah menjadi benda wajib untuk dilakukan di bulan Ramadan, ada yang akan menjadi penunggu bazar ramadan. Takut habis kalau pergi lewat, katanya.
Dah pergi tu, ada pula yang membeli sampai membazir. Bulan Ramadan ini kan bulan keberkatan, jauhi amalan membazir makanan ya!
6. Teguk air sampai satu 'jug' ketika berbuka
Ha, ini satu lagi gelagat. Tahulah dahaga, tapi bila berbuka tu berpada-padalah meneguk air. Nanti kenyang sebab air, siapa nak makan juadah berbuka puasa yang banyak tu? Dapat pula air manis dan berais, memang kena la dengan tekak, kan?
Itu adalah antara gelagat yang biasa kita jumpa di bulan puasa. Anda ada nak kongsikan perangai aneh dan pelik yang hanya muncul di bulan mulia ini? Jom kongsikan kepada kami! - CARI