Ibu bapa mana yang tidak berbangga atas kejayaan anak sendiri lebih-lebih lagi apabila anak bergelar al-hafiz. Saat yang paling mengharukan pastinya apabila anak yang dibesarkan dengan penuh kasih sayang itu menjadi imam untuk solat.
Itulah yang dirasakan oleh pelakon, Norman Hakim apabila anak sulung hasil daripada perkahwinan terdahulu bersama Abby Abadi menjadi imam untuk solat tarawih buat pertama kalinya. Tidak dapat menyembunyikan perasaan teruja, gembira dan terharunya dapat berimamkan anak sendiri, Norman memuat naik status di akaun Instagram memanjat rasa syukur atas nikmat yang diperolehinya.
Hari penting dalam hidup..
Kredit foto : Instagram Norman Hakim
Cuba mencuri waktu untuk hari bersejarah anak walaupun sibuk..
Kredit foto : Instagram Norman Hakim
Bersyukur atas nikmat kurniaan-Nya..
Kredit foto : Instagram Norman Hakim
Norman turut berkongsi video saat Danish menjadi imam bagi solat tarawih buat pertama kali..
Dalam pada itu, ramai yang tumpang gembira dan terharu membaca posting Norman tersebut.
Kredit foto : Instagram Norman Hakim
Alhamdulillah, bertuah Norman dan Abby dikurniakan dengan anak yang soleh. Semoga adik Danish sentiasa membahagiakan hati orang tua. -CARI
|