"Hormati rumah tangga masing-masing."
Selepas kontroversi Aliff Aziz dan PU Abu yang masih belum berkesudahan, timbul pula desas-desus mengenai kecurangan chef selebriti dan pengacara Aznan.
Bagaikan menjadi trend apabila selepas seorang demi seorang kecurangan atau skandal selebriti didedahkan sejak kebelakangan ini. Terbaru, pelakon Idzham Ismail memberi sepatah dua kata berhubung isu itu menerusi InstaStorynya.
Menurut Idzham, setiap pasangan seharusnya tidak mendedahkan masalah rumah tangga kepada umum, sebaliknya selesaikan kemelut yang melanda dengan baik.
Trend apa ni buka aib rumah tangga?
Kredit foto: IG Idzham Ismail
Sebelum ini, Chef Fikree didakwa curang dengan isteri orang dan perkara itu didedahkan sendiri isterinya, Syarifah Zuriehan Syed Ahmad Kamal.
Hebat juga dugaan Ramadan buat golongan artis dan selebriti tahun ini ya? - CARI |