Ya, anda tak salah lihat.
Ini adalah penyanyi yang popular dengan lagu Jampi, Hajat, Haram dan terkini single raya Bersyukur Seadanya.
Ramai yang terkejut melihat perubahan bentuk fizikalnya, sementelah lagi suaranya juga dikatakan tidak semerdu dahulu. Hael Husaini mengakui yang pengambilan ubat mengandungi steroid secara tidak langsung menganggu bentuk fizikalnya menyebabkan ramai yang terkejut dengan perubahannya yang semakin berisi terutama di bahagian muka.
Sukar menjelaskan penyakit yang dihidapinya, namun Hael tetap berkongsi yang berat badannya naik sebanyak 10kg sebulan selepas pengambilan ubat steroid tersebut. Berat badannya naik mencanak-canak membuatkan dia juga bimbang dengan kesan steroid tersebut tetapi tiada pilihan dan itulah yang terbaik buat masa ini.
"Sebagai seorang penyanyi yang tiba-tiba suara hilang memang mencemaskan. Kalau anda yang pernah dengar saya menyanyi selama ini memang tahu lah macam mana. Sepanjang saya menyanyi selama 12 tahun, saya takdalah 'tone deaf' atau sumbang. Tapi saya akui lately ni nyanyian saya kurang menepati piawaian saya sendiri." katanya kepada portal MStar.
Kredit foto: IG
Hael mahukan suaranya kembali ke normal namun ianya juga menuntut pengorbanan iaitu kesan sampingan yang membuatkan badannya berisi.
"Suara hilang, tapi kita tak boleh explain dekat setiap orang yang saya sakit. show ni saya tak boleh buat. Nak tak nak sebagai anak seni kena juga jalankan profesional untuk menyanyi da deliver yang sepatutnya. show must go on."
Kredit foto: MStar
Menceritakan yang persembahan AME yang dikecam baru-baru ini bukanlah permulaan dia kehilangan suara. Ini kerana ia bermula dengan Big Jam yang mana Hael telah memberikan persembahan yang melangkaui kemampuannya. Jadi doktor sendiri telah menasihatkan agar Hael berehat selama setengah tahun.
"Doktor memang suruh saya berehat enam bulan tetapi saya cakap dengan doktor kalau selama itu, macam mana saya nak cari duit untuk sara keluarga. Jadi, ada kelonggaran dengan syarat saya mengikuti jadual ubat dan sebagainya."
Kredit foto: IG
Ternyata perubahan bentuk fizikal Hael agak mengejutkan kerana jauh berbeza daripada penampilannya sebelum ini. Selain itu, suara emasnya yang masih belum pulih turut menganggu persembahannya. Cari mengharapkan agar Hael kembali pulih seperti sediakala untuk menghiburkan rakyat Malaysia dengan lagu-lagu malar segar. - CARI
|