View: 23835|Reply: 25
|
Persediaan & kelengkapan baik pulih, menaik taraf dan pemasangan PC
[Copy link]
|
|
KERJA baik pulih, menaik taraf atau memasang komputer peribadi (PC) di rumah atau di premis pelanggan memerlukan beberapa peralatan asas. Contohnya, memiliki sebuah peti peralatan sangat penting jika anda perlu bergerak dari satu lokasi ke lokasi yang lain. Kandungan peti tersebut tidak semestinya serba lengkap, sebaliknya bergantung kepada keperluan semasa. Berikut adalah keperluan asas yang boleh ditimbangkan.
Kit peralatan - anda perlu memiliki sebuah "bekas" untuk menyimpan barang keperluan untuk kerja-kerja membaik pulih, menaik taraf atau memasang perkakasan PC. Ia tidak semestinya mahal, asalkan boleh digunakan. Ketika ini terdapat banyak reka bentuk kit peralatan tersebut di pasaran, jadi semasa membuat pemilihan dan pembelian, anda boleh memilih model yang boleh menyimpan banyak barang.
Pemutar skru - alat ini penting untuk kebanyakan kerja menaik taraf dan penggantian komponen PC. Sediakan setidak-tidaknya pemutar skru Philips (bermata silang dan leper) yang sederhana besarnya. Pemutar skru berkepala litup (memberikan lebih cengkaman pada skru) juga boleh digunakan. Pemutar skru berkuasa elektrik (kepalanya boleh ditukar ganti) pula menjadikan kerja lebih cepat dan selesa.
Penyepit (tweezers) - ia selalunya digunakan untuk menukarkan kedudukan "jumper". Biasanya, untuk mencengkam 慾umper |
|
|
|
|
|
|
apache This user has been deleted
|
bagi saya skru driver jer dah cukup... semua leh settle...
pc nie repair dia bukan nyer macam betul radio @ tv |
|
|
|
|
|
|
|
Dalam banyak2 item kat atas tu. cermin yang aku musykil sangat.... |
|
|
|
|
|
|
|
Sementara itu, terdapat komponen asas lain yang tidak semestinya begitu penting bagi sebuah PC. Namun, sekiranya ia disediakan dalam peti alatan, anda tidak perlu membuang masa mencarinya apabila diperlukan.
Skru - kali pertama melsayakan kerja baik pulih atau pemasangan PC, skru mungkin dirasakan tidak cukup. Tetapi, jika anda kerap melsayakan tugas ini atau membeli perkakasan baru (seperti papan induk atau "case"), maka skru gantian kian bertambah. Jadi, sediakan skru secukupnya dalam peti peralatan.
Pelapik (washers) - pelapik plastik kecil berwarna merah jambu biasanya diperlukan untuk mengalas atau menyendal skru logam pada papan induk bagi mencegah kejutan elektrik. Sekiranya komponen ini disediakan sebelum mengendalikan pemasangan papan induk, maka kerja anda menjadi lebih mudah.
Skru penyendal (spacer) - skru pengalas kecil ini digunakan untuk menempatkan papan induk pada "dulangnya" yang dipasang pada "case". Ia memiliki lubang telus agar skru lain boleh melaluinya untuk "mengikat" papan induk berkenaan. Sesetengah papan induk dan "case" menggunakan penyendal yang tidak boleh ditembusi skru lain. Kedua-dua penyendal ini juga boleh disediakan dalam peti peralatan.
Jumper - sediakan beberapa butir bagi menggantikan mana-mana "jumper" yang hilang atau tercicir
Kabel riben - pembelian papan induk dan pemacu baru biasanya disertakan beberapa utas kabel riben seperti kabel IDE, kabel FDD, dan kabel bulat. Kabel ini mungkin diperlukan pada saat tertentu kelak.
Slot penutup - komponen ini perlu jika kad tambahan ditanggalkan dan tidak diganti dengan kad lain. Jadi, slotnya yang kosong perlu ditutup bagi mengelak kemasukan debu dari bahagian belakang "case". Penutup slot yang boleh diskru lebih mudah digunakan berbanding penutup slot yang perlu disisipkan.
Rel pemacu - banyak "case" menggunakan rel pemacu (meskipun rel ini tidak bersifat universal) untuk memegang beberapa pemacu di tempatnya, seperti menampung pemacu 3.5" di ruang pemacu 5.25".
Pengikat - komponen ini bertujuan untuk mengikat kabel dan wayar yang tidak digunakan agar lebih kemas dan tidak menganggu aliran udara di bahagian dalam PC. Gelang getah juga boleh digunakan.
Pelindung port ATX - kebanyakan "case" ATX memiliki ruang port (papan induk) yang terbuka luas di belakangnya yang menonjol keluar. Jadi, kepingan logam yang nipis diperlukan untuk menutupinya.
Penampung pemproses - komponen khas ini biasanya digunakan bagi "memegang" pemproses tertentu.
Bahan "thermal" - bahan penyerap haba (heat sink) ini biasanya perlu ketika memasang pemproses.
Beg anti-statik - beg pelapik ini pula boleh melindungi peranti yang tidak dipasang daripada cas statik. |
|
|
|
|
|
|
apache This user has been deleted
|
Originally posted by Remy_3D at 7-7-2004 03:36 PM:
Dalam banyak2 item kat atas tu. cermin yang aku musykil sangat....
tu arr pasal.... banyak alat yg meragukan....
hmmm aku rasa dia sajer utk repair board kot
(maap bukan nak perlekehkan... sesuka jer) |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Remy_3D at 7-7-2004 03:36 PM:
Dalam banyak2 item kat atas tu. cermin yang aku musykil sangat....
utk kegunaan technician tu sendiri....lol:lol |
|
|
|
|
|
|
|
Nak selamat pakai anti static wrist pad. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau thumbscrew, screw driver pon takyah. |
|
|
|
|
|
|
|
udare termampet tu cemaner ? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by H猷L鰃頧 at 8-7-2004 09:59 AM:
udare termampet tu cemaner ?
dgn kata lain guna blower..... ianya mengeluarkan angin utk mencuci debu yg ada dlm PC, so tak payah la nak pakai mulut utk tiup.. |
|
|
|
|
|
|
|
pam basikal pon buleh gak :lol. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by jofizo at 8-7-2004 11:38 AM:
dgn kata lain guna blower..... ianya mengeluarkan angin utk mencuci debu yg ada dlm PC, so tak payah la nak pakai mulut utk tiup..
Kalau tiup pakai mulut basah laa mobo kene air liur. |
|
|
|
|
|
|
|
amender nieh??:stp:
sepanjang haku repair komputer sejak tahun 1997, haku cuma perlukan skru driver jer, pas tu zip tie utk ikat wayer, skru pakai skru dier balik, dan lain-lain adalah spare parts atau pong upgrade parts jer... |
|
|
|
|
|
|
|
what i have to agree with u fast is that..
all of those things are unimportant...
jusz screwdreba for life!! |
|
|
|
|
|
|
|
Apa yang Jofizo berikan kat atas tu bukan untuk non-technician repairman.
Ramai yang DIY mmg biasenyer pakai screw driver ajer... yes itu dah cukup, tapi untuk org yang mmg kerjenye mostly berkaitan maintenance komputer, alat2 tu tidak dapat tidak mesti kena ada. Korang cuba bayangkan (for technician) tengah sibuk repair tu tetiba ade perlukan jumper untuk setting balik 'mobo' yang dah dikacau owner nyer... (aku pernah kena) mane nak carikkalau tak ade spare dulu?
Actually brg2 tu strictly untuk technician yang carik makan dengan maintenance komputer |
|
|
|
|
|
|
|
berkenaan ngan udare termampet tu camaner nak gune, ape peralatan (brape ringgiet) & kat kat mane leh dibeli?
ke hampa-gas ? |
|
|
|
|
|
|
|
kat carefour ada jual vacum RM40++ brand blue sky. sekali aku vakum board aku tercabut abis skru. power..... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by matdue77 at 12-7-2004 12:49 PM:
Apa yang Jofizo berikan kat atas tu bukan untuk non-technician repairman.
Ramai yang DIY mmg biasenyer pakai screw driver ajer... yes itu dah cukup, tapi untuk org yang mmg kerjenye mostly berka ...
for me yg cari makan repair komputer nieh, extra thing selain screw driver yg ader dalam simpanan adalah
1. zip tie utk ikat wayar
2. extra jumper
3. extra screw
4. solder
tapi barangan ni amat jarang haku guna. selain tu, barangan lain adalah termasuk katergori spare parts, contohnyer macam IDE cable, atau audio cabel utk CD drive. Peralatan lain tak perlu.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|